Surah Ad-Dhuha mengajarkan kita tentang adanya rahmat Allah kepada manusia. Isi penting pada surah ini Allah SWT menerangkan berkali-kali tidak akan meninggalkan Nabi Muhammad SAW dan orang beriman.
Ia dinamakan Ad-Dhuha yang bermaksud waktu dhuha oleh kerana pada awal surah ini, Allah bersumpah dengan waktu dhuha.
Surah ini diturunkan untuk memberikan hiburan kepada Nabi SAW atas celaan orang-orang musyrik Quraisy yang menghina baginda. Dalam masa yang sama ia juga untuk membantah segala celaan mereka, dan meyakinkan bahawa Allah tidak meninggalkan ataupun membenci Nabi Muhammad SAW.
Antara kelebihan mengamalkan Surah Adh-Dhuha ialah:
- Dicukupkan segala rezeki - ianya berkait rapat dengan amalan mengerjakan solat sunat Dhuha, yang mana ibadah ini memberikan kita kemurahan rezeki dengan segala kecukupkan di dunia, insha Allah.
- Memperoleh keselamatan bagi dirinya dan keluarga di dunia - apabila membacanya sebanyak 7 kali ketika terbit dan terbenam matahari, Insha Allah terpelihara dari musibah, sihir, kecurian dan binatang berbisa.
- Membuktikan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT - Ad-Dhuha merupakan sumber kekuatan kepada kita sebagai hamba Allah. Justeru, surah ini sesuai untuk mereka yang hampir berputus asa dan sedih dengan nasib yang menimpa.
- Mendidik hati kita untuk sentiasa bersyukur - Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7 bahawa jika hambaNya bersyukur, pasti Dia akan tambahkan nikmat dalam hidupnya, sebaliknya bila hambaNya kufur nikmat, maka sesungguhnya azabNya amatlah pedih.
Dan malam apabila ia sunyi-sepi
Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak (pula) benci kepadamu.
Bukankah Dia mendapati engkau yatim-piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk?
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
Adapun orang yang meminta-minta, maka janganlah engkau tengking herdik.
Bacaan Surah Adh-Dhuha yang indah:
Nota kaki: Dengan segala yang berlaku pada masa sekarang, perbanyakkan membaca Surah Adh-Dhuha dan sampaikan doa dan harapan kepada Allah untuk bantu saudara-saudara Islam kita yang sedang menghadapi ujian yang sangat berat di bumi suci sana.