Dulu zaman bekerja dalam dunia korporat, prinsip yang selalu ditekankan masa buat KPI ialah prinsip KISS = keep it short & simple.
Maksudnya, tak perlulah buat KPI yang berjela-jela tapi tak membawa nilai atau impak yang besar. Lebih baik design KPI yang ringkas tapi ada nilai yang tinggi (high-value).
Kenapa tetiba teringat pasal prinsip KISS ni hahaha!
Kisahnya semalam kiteorang pergi brunch di salah sebuah kafe kesukaan Khayla iaitu Bray Bakery. Khayla macam biasa la si hantu croissant tu pesan 2 ketul croissant (croissant dan toast kat sini memang sedap sebab guna sourdough). Aku pulak order eggs benedict with smoked salmon.
Macam ni la rupa eggs benedict yang aku pesan |
Normally, aku suka eggs benedict sebab aku suka poached egg. Aku suka kombinasi sos hollandaise yang masam, smoked salmon yang masin, daun salad yang crunchy dan telur kuning cair yang meleleh atas roti yang garing. Eggs benedict yang paling sedap aku pernah makan di The Westin KL.
Tapi eggs benedict yang aku makan semalam tak memenuhi citarasa dan fell short of my expectations. Sebabnya terlalu banyak bahan-bahan tambahan yang mengubah rasanya yang simple kepada terlalu kompleks dan mengelirukan. Mungkin chef cuba menampilkan food presentation yang estetik (tengok je la bunga-bungaan atas poached egg tu) malangnya bahan-bahan hiasan tu mengganggu tastebud aku sebab ada rasa pelik dan kurang menarik.
Alangkah bagusnya kalau chef tu mengamalkan prinsip KISS = keep it sweet & simple. Tak perlu keterlaluan menghias makanan sampai hilang rasa asal hidangan tu. Kesudahannya, aku tak enjoy langsung hidangan eggs benedict yang sepatutnya ialah salah satu hidangan favourite aku.
On the other hand, croissant kat sini masih lagi mengungguli carta senarai croissant paling sedap bagi Khayla. Dan aku pun setuju jugak dengan Khayla - croissant kat sini memang aku bagi 5 🌟. Jadi kalau ke sini lagi aku akan pesan croissant je la kot, sebab croissant nya sweet & simple taste hehe.