Memandangkan Suami Terchenta tak boleh buat MRI, kiteorang pulang dari temujanji hospital Sabtu lepas tanpa ada penyelesaian kepada masalah sakit belakangnya yang dah nak masuk 4 minggu.
Tapi kiteorang tak putus asa. Petang tu, kiteorang cuba pulak rawatan kiropraktik di RENEW Chiropractic Centre @ Sentul Village. Kiteorang buat keputusan datang ke sini sebab baca Google review yang bagus tentang kiropraktor kat tempat ni dan dia ada ijazah dari IMU dalam bidang kiropraktik. Haa... bab tulang belakang ni kenalah pergi jumpa yang betul-betul ada kepakaran, sebab ada kes yang sampai lumpuh bila dia dapatkan rawatan betulkan tulang belakang. Nauzubillah!
|
RENEW Chiropractic Centre |
Wikipedia - Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang.
Kiropraktor di sini ialah DC (doctor of Chiropractic) Isabelle Chong. Walaupun ikutkan dia bukanlah doktor perubatan, tapi nak bagi senang cerita aku panggil dia Dr Isabelle je la.
Dia ni sangat la profesional sepanjang sesi kiropraktik Suami Terchenta. Mula-mula dia tanya macam-macam soalan yang lebih kurang sama dengan soalan doktor ortopedik dan physiotherapist tempoh hari. Dia tanya sakit tu macamana - kebas-kebas atau tajam, bahagian mana, posisi apa yang sakit dsb. Aku rasa dekat 10 minit jugaklah dia tanya soalan-soalan dekat Suami Terchenta.
Lepas tu, barulah dia buat pemeriksaan fizikal. Mula-mula dia mintak Suami Terchenta duduk membongkok dan menegak beberapa kali sambil dia tekan bahagian tulang belakang (mungkin nak tengok dekat mana ada bahagian yang lari alignment). Lepas tu barulah dia mulakan rawatan. Mula-mula dia suruh Suami Terchenta baring meniarap sambil dia tekan untuk cari trigger point yang menyebabkan sakit dan kebas-kebas tu. Masa ni Suami Terchenta kata sakit jugak la dia buat tu walaupun nampak je badan dia kecik halus tapi kuat jugak dia tekan. Tapi bila dia berhenti tekan, Suami Terchenta kata lega sangat.
Dr Isabelle bagitau tempat yang dia tekan tu rasa kebas sebab bahagian otot tu kurang oksigen yang mengalir kat situ. Lebih kurang sama keadaan kalau kita tekan jari kita sampai jari rasa kebas. Macam tu la otot dekat tempat yang sakit tu, ada bahagian yang menyebabkan saraf tu tersepit sampai bekalan darah/oksigen kurang lalu kat situ.
Suami Terchenta kata paling sakit bila dia tekan dekat belakang lutut sebab rasa sakit/kebas tu sampai ke betis. Tapi lepas tu dia rasa lega sangat.
Antara rawatan yang dibuat dalam sesi tu ialah myofascial release (trigger point therapy), shockwave therapy (untuk lancarkan pergerakan darah di bahagian trigger point tu) dan chiropractic adjustment.
|
Dr Isabelle tengah buat rawatan myofascial release |
Lepas tamat rawatan, Dr Isabelle bagitau kemungkinan besar Suami Terchenta menghidap keadaan yang dipanggil spinal stenosis (susah nak confirm kan sebab takde gambar x-ray dan tak boleh buat MRI untuk tengok keadaan tulang belakang Suami Terchenta) sebab simptom-simptomnya ialah sakit dan kebas-kebas di bahagian belakang sampai ke kaki masa berdiri dan berjalan.
Bila jumpa physiotherapist, dia suspek kena SI joint inflammation, jumpa ortopedik pulak suspek slipped disc dan kali ni bila jumpa kiropraktor pulak suspek spinal stenosis. Adoi, dah macam-macam prognosis tapi satu pun tak boleh nak confirm kan gara-gara tak dapat buat MRI!
Sebelum balik, Dr Isabelle ajar posisi regangan bahagian tulang belakang supaya tak menghimpit bahagian saraf dan boleh kurangkan sakit. Yang bagusnya, dia positif keadaan Suami Terchenta ni boleh sembuh sebenarnya tanpa perlu buat operation tapi kena rajin buat senaman regangan belakang dan kena buat beberapa sesi lagi untuk dia bantu betulkan kedudukan tulang Suami Terchenta.
Bagi aku yang penting Suami Terchenta rasa lega sikit especially lepas terapi myfascial release tu. Pengalaman kena sciatica dulu buat aku faham perasaan Suami Terchenta bila sakit tu tak hilang berminggu-minggu.
Di penghujung sesi, kiteorang berpuas hati dengan rawatan dari Dr Isabelle yang profesional dan terperinci. Aku harap sangat-sangat lepas ni sakit belakang yang dialami oleh Suami Terchenta akan berkurangan dan dia akan pulih macam biasa 🤲🏻.
Kalau ada yang berminat mencuba rawatan alternatif / kiropraktik, boleh la datang ke tempat ni. Kena buat temujanji dulu sebelum datang ye.
RENEW Chiropractic Centre
Alamat: Unit 2-7, Second Floor, Sentul Village Service Apartment, 10, Jln Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 10 pagi - 6 petang (Isnin - Sabtu), 1 tengahari - 6 petang (Ahad).