Dah dekat 3 minggu Suami Terchenta mengadu sakit belakang sampai ke betis. Pergi klinik 3 kali, cuma dapat ubat tahan sakit dan ubat untuk rehatkan otot (muscle relaxant). Setiap kali ubat yang doktor bagi tu habis kesannya, sakit tu datang balik.
Risau jugak takut dia kena slipped disc. Tapi kalau slipped disc memang tak boleh bergerak langsung. Dia masih lagi boleh berjalan, bangun, duduk semua cuma tak selesa. Dia describe sakit tu berdenyut-denyut dan lenguh-lenguh. Satu lagi kemungkinan kena sciatica (saraf tersepit) macam aku pernah kena 2 tahun lepas. Tapi sakit sciatica tu rasa macam kena cubit, panas dan tajam je rasanya.
Masa aku kena sciatica, aku ikhtiar la cari servis fisioterapi. Terjumpa servis dari Sentuh. Secara ringkasnya, Sentuh ni macam aplikasi Grab la - it's a digital platform untuk kita tempah perkhidmatan wellness & beauty iaitu urutan spa, urutan tradisional, facial, urutan antenatal, dan fisioterapi.
|
Antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam platform Sentuh |
Yang best nya pesakit tak payah ke pusat fisio untuk buat terapi sebab physiotherapist yang akan datang ke rumah kita. Ye la, nak berjalan pun payah kalau sakit saraf tu dah teruk sangat. Lagi satu physiotherapist dari Sentuh ni memang terlatih dalam bidang fisioterapi sebab dieorang ada diploma / ijazah dalam bidang fisioterapi.
Alhamdulillah, lepas 2 sesi fisio, sakit sciatica aku tu beransur pulih dan sampai sekarang aku dah tak mengalami sakit belakang sebab physiotherapist siap ajar senaman regangan dan tips untuk mengelakkan sakit sciatica dari berulang. Oh ya, kalau klien perempuan, Sentuh akan hantar physiotherapist perempuan jadi tak perlu risau isu aurat dan sebagainya.
Back to Suami Terchenta. Sebab sakit belakang Suami Terchenta dah berlarutan selama 3 minggu, aku pun book sesi fisioterapi untuk dia pulak. Kebetulan ada promosi diskaun 15% kalau book sesi pada hari Isnin - Khamis, jadi aku book sesi tu pada hari cuti umum Maulud Nabi Khamis lepas.
Physiotherapist datang ke rumah siap bawak portable massage bed dan peralatan fisioterapi macam mesin TENS (Our Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation). Lepas dah set up katil dan alat-alat fisio, dia pun mulakan sesi dengan bertanya sejarah penyakit Suami Terchenta dan assess bahagian badan yang sakit dan level of pain. Lepas tu dia buat beberapa ujian mobiliti sambil tanya sama ada Suami Terchenta sakit tak masa buat ujian mobiliti tu contohnya membongkok ke belakang dan ke depan.
|
Kena cover sikit sebab Suami Terchenta kena bukak baju masa ni 🤭 |
Lepas buat ujian dalam keadaan berdiri, physiotherapist suruh Suami Terchenta baring atas katil pulak dan dia pun angkat kaki nak tengok sejauh mana boleh bengkokkan kaki. Ada lagi beberapa ujian yang lain dan hasilnya, confirm bukan slipped disc. Alhamdulillah, lega aku dengar.
|
Assess tahap mana boleh angkat kaki dan level of pain |
Tapi physiotherapist tu bagitau tak macam sciatica pulak sebab sakit sciatica lain dari apa yang Suami Terchenta describe sakit dia. Sakit sciatica ni tajam dan macam kena renjatan letrik je sepanjang sciatic nerve tu. Selalunya sciatica ni sakitnya di sebelah tulang belakang sampai ke punggung dan betis, sama ada kiri, kanan atau kedua-dua belah. Suami Terchenta pulak bagitau sakit dia alami ni berdenyut-denyut dan sakit dia dekat tengah-tengah bahagian bawah pinggang (lower back). Dia suspect Suami Terchenta mungkin kena disfungsi sendi SI (sacroiliac joint dysfunction), keadaan ni bila sendi antara tulang pelvis tu menipis sampai dua-dua tulang bergesel atau ada keradangan. Kalau nak confirm kan, kena pergi buat MRI.
|
Bahagian ni yang mungkin bermasalah sampai menimbulkan kesakitan (imej Google) |
Rawatan fisio yang dia buat hari tu cumalah untuk kurangkan rasa sakit je tapi kena pergi jumpa pakar tulang jugak untuk buat pemeriksaan lanjut (MRI). Alhamdulillah, lepas sesi fisio, Suami Terchenta kata sakit belakang dah kurang tapi sakit di bahagian punggung sampai ke betis masih lagi terasa.
Kenapa Aku Suka Perkhidmatan Dari Sentuh
Alhamdulillah setakat ni perkhidmatan fisioterapi dari aplikasi Sentuh ni memuaskan bagi aku. Ni antara sebab-sebabnya:
- Physiotherapist yang profesional dan terlatih
- Senang nak buat tempahan melalui aplikasi Sentuh.
- Respon dari Sentuh apps yang cepat contohnya kalau physiotherapist tak sampai lagi kita boleh check dia dah kat mana.
- Servis yang reliable - setakat ni tak pernah lagi Sentuh reschedule slot yang kita request.
Selain dari di KL, Sentuh turut menyediakan perkhidmatan wellness & beauty ni di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Brunei.
Kalau korang berminat nak cuba perkhidmatan wellness & beauty di rumah, boleh muat turun aplikasi Sentuh dari Google Play dan App Store. Pengguna baru boleh dapatkan diskaun RM20 dengan menggunakan kod ni semasa membuat tempahan:
Jangan lupa masukkan referral code ni bila nak buat tempahan ye: SEN-LQBT3I. 🫶🏻
Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web Sentuh https://sentuh.my/.