Beli kat Shopee, harga dalam RM50+ |
Aku pernah cerita sebelum ni yang aku jumpa pakar sakit puan dan dia bagitau aku ada dinding rahim yang tebal dipanggil hiperplasma endometrium. Setiap kali time datang bulan tu memang adoi, sengsara jugak la kena senggugut. Memang panadol menstrual dan botol air panas je boleh kurangkan rasa tak selesa tu, biasanya lepas makan panadol aku akan tidur sambil letak botol air panas di belakang pinggang / bahagian bawah perut (depend kat mana rasa sakit mencucuk-cucuk tu).
Anyway, aku tertarik untuk mencuba produk EO (essential oil) yang aku jumpa di Shopee ni sebab salah satu kandungannya ialah Endoflex yang benefit nya ialah mengurangkan sakit waktu datang bulan. Aku bukanlah taksub sangat pun dengan produk EO tapi tak salah mencuba kan, sebab nak elakkan makan panadol kerap sangat. Jadi aku pun beli la sebotol dengan harga RM58+.
Botolnya datang dengan roller jadi mudah untuk disapu. Cara pakainya cuma calit dan urut pada beberapa point iaitu bahagian kiri dan kanan kepala (temple), belakang tengkuk, bawah perut, bahagian nadi di tangan dan bawah ibu jari kaki.
Alhamdulillah setakat ni EO ni serasi dengan aku. Dapat rasakan sakit dan tak selesa tu dah berkurangan dan efek pun cepat, sampai aku dah tak perlu telan panadol Menstrual lagi untuk redakan sakit senggugut. Rasa tak selesa tu masih ada cuma dah tahap yang masih boleh bangun, buat kerja dan takde la terbaring mengerekot dengan botol air panas je macam sebelum ni. Baunya pun buat mood rasa tenang je.
Ada tak yang selalu senggugut bila datang bulan? Korang selalunya pakai produk apa untuk kurangkan sakit senggugut? Boleh komen sikit 😉