Salam Jumaat semua,
Cepatnya minggu ni berlalu. Tau-tau dah Jumaat dan esok ada hari sukan di sekolah Khayla pulak. Hmm. Rasanya macam kebanyakan sekolah dah buat hari sukan sekolah tapi sekolah Khayla baru nak buat. Sepanjang minggu ni dia kena turun sekolah waktu pagi sebab join latihan kawad kaki untuk badan beruniform. Minggu ni hari sukan, minggu ni baru berlatih kawad kaki 😅. Seingat aku zaman aku di sekolah menengah dulu, 2 bulan sebelum hari sukan kiteorang dah kena praktis kawad kaki.
Anyway, bercerita pasal sekolah kadang-kadang bila datang mood rajin berjalan kaki, aku akan berjalan kaki ke stesen LRT lepas tu tukar ke stesen MRT untuk jemput Khadeeja pulang dari sekolah. Sekolah Khadeeja tak jauh dari stesen MRT Hospital Kuala Lumpur jadi stesen ni agak selalu jugak kiteorang lalu setiap minggu.
Baru-baru ni MBG Fruit Shop dah bukak cawangan di stesen MRT HKL. Wah, senang la aku nak restock buah-buahan di rumah lepas ni 🤩. Sekarang aku tengah cuba untuk gantikan snek dan biskut dengan buah-buahan segar. Apa lagi jom singgah tengok buah-buahan:
Suka tengok susun atur buah-buahan kat sini |
Buah-buahan import - ada red fuji apple, golden pear, NZ apple dan banyak lagi |
Buah-buahan tempatan pun ada |
Buah betik, nenas dan tembikai susu |
Sebelah ni pulak buah-buahan dari China kalau tak silap |
Harga pun tak jauh beza sangat dari di Pasar Chow Kit |
Lepas meninjau buah-buahan yang ada, akhirnya aku beli avokado, oren, anggur shine muscat dan buah epal. Lepas tu aku ambik jugak satu pek buah mangga yang dah dipotong. Cukuplah untuk stok seminggu. Ikutkan memang rambang mata tengok buah-buahan kat sini, rasa nak borong semua jenis! Tapi fikirkan kena mengangkut balik rumah sambil jalan kaki tu ermmm... 😂
Nota kaki: Fun fact - MBG stands for "Money Back Guarantee", iaitu jaminan wang dikembalikan sekiranya pelanggan tak berpuas hati dengan kualiti buah-buahan yang dijual di sini. Ini bermakna setiap pelanggan yang membuat pembelian di cawangan MBG boleh dipulangkan dalam masa 7 hari (dengan resit/bukti pembelian) sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kualiti pembelian mereka.