Khayla ni dari dulu lagi dia bercita-cita nak jadi pilot.
Agaknya masa kami PJJ dulu, dia selalu naik flight nampak pilot pakai segak kot. Dan memang dia suka sangat naik flight.
Kemain dia buat 'peace' bila bergambar sebelah pilot. Masa ni umur dia 9 tahun. |
Bulan Disember lepas, tercapai la hasrat Khayla merasai pengalaman jadi pilot:
Khayla tengah buat pre-flight checks |
Kapten Khayla (Ameen2x!) |
Sebenarnya Khayla join aktiviti flight simulation yang dianjurkan oleh Young Aviator Academy bertempat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Disebabkan minatnya yang mendalam nak jadi pilot, kiteorang bagi la dia join aktiviti ni untuk dedahkan dia dengan keadaan dan tugas-tugas sebenar dalam kokpit. Khayla siap offer bayar guna duit poket yang dia dah kumpul sebelum ni, cuma adalah jugak Suami Terchenta tolong top up sikit.
Khayla register untuk pakej 45 minit |
Papan tanda di sebelah pintu |
Kami sampai 10 minit awal dan duduk dalam 'kabin' sementara menunggu sesi sebelumnya selesai. Ahli keluarga dibenarkan masuk ke kokpit tapi terhad kepada 3 orang je sebab kokpit tu kecik je.
Merasa duduk di kerusi business class hehe |
Sebelum bermula, instructor bagi sedikit taklimat tentang terma-terma yang digunakan oleh juruterbang dan menara kawalan, contohnya knot, aras kaki untuk terbang, bacaan kompas dan sebagainya. Agak menarik jugak la penerangan tu. Instructor tu sebenarnya pilot trainee yang belajar kat situ, muda lagi budaknya dalam umur 26 tahun. Tapi dia kata, 'Ramai lagi muda dari saya kak, saya ni join lambat sikit sebab mak ayah suruh ambik diploma dulu untuk back-up plan.' Yalah kan, kerjaya pilot ni tak semestinya stabil, kalau berlaku krisis ekonomi ada kemungkinan syarikat akan kurangkan pekerja dan pilot la yang paling terjejas sebab gaji dieorang tinggi.
Tak lama kemudian, sesi sebelum ni tamat jadi kiteorang pun masuk ke kokpit. Khayla duduk di kerusi pilot. Bila duduk dekat-dekat ni, boleh nampak banyak betul instrumen dekat control panel yang pilot kena tahu. Bukan setakat kena tahu butang atau suis apa, kena tahu bila nak tekan dan bila kena nyah-aktifkan. Ha, sapa kata kerja pilot senang? Nak lulus kena habiskan beratus-ratus flight hours buat flight simulation hours dan praktikal, baru dapat jadi pilot.
Instrumen dalam kokpit (Sumber: Pinterest) |
Khayla tekun mendengar penerangan tentang flight checklist |
Selesai penerangan tentang flight checklist, bermulalah sesi penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke KLIA. Instructor cuma bagi arahan dan tunjuk mana butang / suis yang perlu ditekan, selebihnya Khayla yang kena buat sendiri. Seronok tengok Khayla mengendalikan control wheel, dah terbayang bila dia besar nanti siap pakai baju seragam pilot hihi. Over sangat mak Khayla ni kan... Cuma masa dia kena pusing kapal terbang tu, Suami Terchenta complain pening lalat sebab dia pusing laju sangat. Sebenarnya dia tak boleh nak agak bila mula kena pusing control wheel tu, jadi dia lambat pusing sampai kena tegur instructor. Sudahnya dia pusing sharp turn untuk pergi balik ke koordinasi penerbangan, itu yang sampai pening kiteorang penumpang kat belakang hihi.
Sesi 45 minit ni termasuk take off dari Lapangan Terbang Subang dan mendarat di KLIA, lepas tu take off lagi pusing KL sampai ke KLCC sebelum berpusing dan mendarat semula di Subang. Dua kali berlepas dan dua kali mendarat. Cukup la tu untuk Khayla familiarize dengan instrumen dalam kokpit. Tunggu dah besar nanti Insha Allah ada rezeki hantar Khayla ke akademi pilot, boleh la dia praktis sampai mahir.Selesai penerbangan oleh Kapten Khayla! |
Sempat lagi aku tanya adik tu, berapa lama belajar jadi pilot dan berapa yuran yang dikenakan? Katanya, dalam setahun setengah dah boleh habiskan latihan pilot. Dari segi yuran, dia akui sangat mahal (yalah, bila dah jadi pilot, gaji pun mahal!). Lebih kurang sama yuran belajar kat overseas, haa tersedak mak pak Khayla dengar! Dia nasihatkan Khayla belajar rajin-rajin dan kuasai subjek Matematik, Fizik dan Bahasa Melayu / Inggeris, ambik diploma dalam bidang aeronautical engineering lepas tu apply bawah akademi MAS atau AirAsia sebab boleh apply loan MARA ambik latihan pilot. Bagus adik tu, siap bagi tips untuk budak-budak sekolah yang bercita-cita jadi pilot. Terima kasih banyak2 adik pilot! Aku doakan dia terus dapat offer jadi pilot bila dah habis belajar.
Aku harap dengan pengalaman ni, Khayla lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kerjaya impiannya.
Semoga tercapai hasrat Khayla untuk jadi juruterbang! |
Kalau ada sesiapa yang berminat dengan program yang Khayla join ni, boleh layari laman web https://www.aviator.com.my/public-experiences/ .