Kredit imej: freepik.com |
Tak lama lagi tahun 2022 akan melabuhkan tirainya. Macamana dengan azam korang tahun ni? Ada yang berjaya tak?
Azam tahun 2022 aku cuma untuk menjadi blogger yang aktif semula. Alhamdulillah, aku masih lagi konsisten menulis setiap bulan dan trafik blog mula naik sedikit demi sedikit.
Bulan Disember ialah bulan yang mana blog aku menjana hasil Google Adsense yang paling banyak setakat ni. Walaupun belum lagi mencapai 2 angka, tapi ianya naik dua kali ganda berbanding bulan pertama lepas Google Adsense mula menyiarkan iklan di blog aku. Kalau ikutkan jumlah yang diperoleh sekarang, mungkin 2 tahun lagi baru dapat cash out hasil yang diterima, tapi ia menjadikan aku lebih bermotivasi untuk terus menulis.
Dengan berakhirnya tahun 2022, sekarang tiba masa untuk memikirkan tentang resolusi tahun 2023 ya tak?
Kalau korang belum lagi buat azam tahun baru, mungkin korang boleh ikut tips ni:
Tips membuat azam tahun baru
- Ambil satu kertas kosong, catatkan 10 visi yang ingin dicapai pada tahun 2023 menggunakan ayat aktif contohnya: 'Saya turun berat badan sebanyak 10kg', 'Saya pergi bercuti ke tempat idaman saya', 'Saya tukar kerja yang lebih baik', 'Saya berhenti merokok', 'Saya memiliki simpanan sebanyak RM10k', dsb.
- Daripada 10 senarai visi ni, fikirkan kalau korang ada kuasa ajaib yang boleh tunaikan hajat korang dalam masa 24 jam, mana satu visi yang paling membawa makna pada korang? Bulatkan visi tu.
- Ambil satu lagi kertas kosong, tuliskan visi tu dan letak tarikh hari ini dan deadline visi.
- Tuliskan senarai tindakan (action items) untuk korang capai visi ni. Susun action items korang.
- Tampal kertas ni di tempat yang senang korang tengok dan baca setiap hari.
Azam tahun baru aku nak dapatkan berat badan yang normal sebab bila BMI normal, bermakna aku dah tak perlu bergantung dengan ubat kencing manis / darah tinggi, tahap kesihatan aku lebih baik dan aku boleh cuba untuk pregnant lagi.
Macamana dengan korang?