Baru-baru ni Taylor Swift mengeluarkan album terbaru. Seperti biasa, aku layan lagu-lagu artis kesukaan ni sebab lagu-lagunya memang easy on the ears.
Salah satu lagu beliau yang mendapat perhatian aku ialah 'Bigger Than The Whole Sky'. Lirik-liriknya menggambarkan kehilangan anak yang dikandung sebelum sempat anak lahir ke dunia. In other words, mourning for a miscarriage.
Bukanlah bermaksud aku masih lagi bersedih dengan keguguran yang aku alami bulan lepas, cuma aku kagumi liriknya seolah-olah memahami jiwa seorang ibu yang kehilangan anak yang ditunggu-tunggu. Jom layan lagu Taylor Swift ni:
Bigger Than The Whole Sky Taylor Swift
No words appear before me in the aftermath
Salt streams out my eyes and into my ears
Every single thing I touch becomes sick with sadness
Tahniah buat Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana akhirnya terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekaligus meleraikan persoalan semua rakyat Malaysia - bila nak dapat cuti ni? Hihi.
Tapi walaupun cuti dah diumumkan pada 28 November 2022 (Isnin depan), tapi aku takdelah seronok sangat pun. Pertama sebab aku memang hari-hari bercuti sejak 'retire' awal ni (kihkih) dan kedua, Suami Terchenta tengah sibuk dengan projek di ofis so Isnin ni pun dia akan bekerja keras jugak. Jadi confirm la kami tak kemana-mana Isnin nanti.
Yang penting bulan depan ulangtahun perkahwinan dan birthday anak-anak Suami Terchenta kena ambik cuti, awal-awal lagi aku ingatkan dia. Biasalah orang workaholic ni kena diingatkan selalu kalau tak lupa je la alasannya...
Akhir zaman ni semua benda nak dibuat modal untuk berdebat. Pilihan vaksin, menyusu badan / formula, hatta kaedah beranak pun boleh diperdebatkan.
Namun sebenarnya Rasulullah SAW menegah umat baginda dari berdebat walaupun di pihak yang benar.
Seorang lelaki pernah menanyakan Imam Malik sama ada seseorang yang 'aalim (berilmu) tentang sunnah patut menggunakan ilmunya untuk berdebat. Imam Malik menjawab, "Jangan, tetapi hendaklah dia menyampaikan sunnah, jika diterima, maka itu termasuk (kelebihan) bagi dirinya, jika tidak hendaklah dia diam." (Sumber: klik SINI)
Ada rasionalnya Nabi SAW menegah umatnya bertengkar dan berdebat dalam sesuatu perkara. Orang yang bertengkar akan menjadi keras hati dan berdendam antara satu sama lain.
Maka tak hairanlah wujud budaya sindir-menyindir, kutuk-mengutuk dan benci-membenci antara satu sama lain. Perkara paling dekat aku boleh relate ialah satu ketika dulu aku pernah join group FB tentang kelahiran alami. Masa tu aku tengah hamil anak kedua dan teringin sangat nak belajar ilmu kelahiran supaya aku boleh berikhtiar untuk melahirkan secara normal.
Sebaliknya apa yang aku perhatikan ialah wujud golongan yang anti-hospital dan anti-doktor. Mereka tak habis-habis mengutuk pakar perubatan (belah sana pun tak kurang hebat jugak perli-memerli) terutama bila ada ibu-ibu yang menceritakan pengalaman 'menyerah diri' ke hospital untuk dibedah. Bagi aku tak salah jika mereka nak berkongsi ilmu dan tips-tips untuk ibu-ibu tapi tak perlu sampai berdebat di media sosial dengan pakar perubatan. Sebaliknya tak salah menghormati pandangan satu sama lain dan mendiamkan diri untuk menjaga silaturrahim antara kita umat Nabi Muhammad SAW.
Selepas keluar dari hospital, aku kena kuarantin di rumah selama beberapa hari. Jadinya tak dapat la nak sediakan sendiri lauk pantang. Suami Terchenta pulak kena bekerja dan sibuk dengan meeting. Akhirnya dia suruh aku pesan je set makanan berpantang.
Sebenarnya masa aku pregnant, selera aku lebih kepada masakan Melayu (walaupun sekali-sekala ada jugak mencuba makanan lain). Paling aku gemar ialah masak lemak (pucuk ubi masak lemak, siput sedut masak lemak, daging salai masak lemak dsb.) dan keli goreng balado.
Tapi masa pantang tu, aku berubah selera nak mencuba makanan pantang Cina pulak. Cari punya cari di IG, akhirnya terjumpa Zara Halal Chinese Confinement Food.
Zara Agnes ni ialah seorang mualaf yang berkahwin dengan orang Melayu. Oleh sebab dia susah mencari makanan pantang Cina yang halal, timbullah idea untuk buat bisnes makanan pantang Cina yang halal buat golongan ibu-ibu berpantang yang nak mencuba sesuatu yang lain.
Memang diakui harga set makanan berpantang ni agak premium. Disebabkan tiada detailed menu dalam set, aku bertanggapan portion makanan besar dan lauk yang berbeza untuk makan tengahari dan makan malam, siap dengan buah-buahan untuk pencuci mulut dan starter dish (contohnya dumpling atau spring roll ke...).
So I was very disappointed when I received my daily food. Portion makanan ni tak berbaloi dengan harganya yang premium. Apa yang aku dapat ialah sebekas nasi beras perang (separuh untuk makan tengahari dan separuh lagi untuk makan malam), sebekas sayur (untuk tengahari dan malam) dan 2 jenis lauk protein berbeza contohnya lauk ayam untuk makan tengahari dan lauk ikan untuk makan malam. Itupun bukanlah dapat seekor ikan tapi separuh dan sebelah je! Memang rasa 'tertipah' jugak bila aku balikkan ikan dan tengok takde isi pun di sebelah bawah. Walaupun di laman web HCCF ni ada diterangkan yang menu-menu disediakan menggunakan bahan-bahan organik, ayam bebas antibiotik, ikan segar premium, sayur import dsb. aku tetap rasa harganya tak setimpal portion makanan.
Dari segi rasa, memang sedap walaupun menu sihat. Ada ikan kukus, daging masak taucu, ayam halia dan seumpamanya. Setiap hari dapat lauk yang berbeza jadi takde la jemu. Set ni turut didatangkan dengan minuman menyihatkan seperti teh longan dan kurma merah, teh serai dan teh beras.
RDLT ni memang sedap walaupun bebas gula
Ni antara lauk-lauk pantang yang aku makan sepanjang 7 hari:
Nasi perang + sayur tumis air + ikan kukus berlada
Sayur kailan + ayam halia + nasi perang + teh serai
Kacang buncis + ikan kukus halia + nasi perang + teh RDLT
Ayam bakar + sayur campur + nasi perang
Kalau nak usha set makanan pantang Zara HCCF ni boleh la rujuk laman web dieorang kat sini.
Nota kaki:
Adakah aku akan repeat order? Jawapannya, mungkin ni first & last la aku nak tempah makanan pantang kat sini sebab harganya yang premium berbanding portion yang diterima. Diharap kalau owner bisnes baca blog ni, dia letak siap-siap menu harian yang akan customer dapat setiap hari dalam setiap set pantang supaya pelanggan boleh adjust expectation dan buat keputusan sebelum membuat tempahan.
Tolong, tolong! Ada siapa yang tahu cara yang betul untuk tanak nasi beras merah? Rasanya aku dah ikut arahan belakang peket beras - nisbah 1 cawan nasi : 2.5 cawan air. Tapi bila aku bukak periuk nasi terkejut besar bila tengok dah serupa banjir termenung pun ada. Huhu...
Baru-baru ni aku buat pemeriksaan darah (ujian HbA1c) dan diberitahu yang kandungan gula dalam darah aku dah boleh dikira sebagai tahap diabetes 😓. Ya, bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dalam keluarga aku penyakit 3 serangkai ni memang tak asing lagi. Doktor mengesyorkan aku mengubah diet harian supaya bacaan gula dalam darah lebih stabil dan mengurangkan risiko serangan jantung. Jadi benda senang yang aku boleh buat dulu ialah menukar beras kepada beras merah dan mengurangkan portion makan (tapi makan dengan kerap supaya gula dalam darah stabil).
Sedikit fakta tentang beras merah:
Kaya dengan antioksidan yang dipanggil antosianin yang dipercayai berkesan dalam mengurangkan keradangan dan alergi, mengurangkan risiko kanser dan menguruskan berat badan.
Mengandungi jumlah nutrien yang lebih tinggi (mangan, magnesium, selenium, dan lain-lain) menjadikannya sumber makanan yang berguna untuk mereka yang mempunyai migrain, tekanan darah tinggi, dan masalah jantung.
Kandungan serat yang tinggi juga membantu memperlahankan proses pencernaan, menguatkan sistem pencernaan dan melambatkan proses karbohidrat yang pecah ke dalam gula darah.
Cuma itulah, dah 2-3 kali aku masak nasi beras merah ni asyik tak menjadi je. Mula-mula nasinya mentah, lepas tu lembik dan yang terbaru ni berenang-renang dalam air pulak (mungkin sebab aku rendam dulu beras ni selama 30 minit sebelum ditanak). Huhu. Kalau ada sesiapa yang boleh kongsi tips tanak nasi beras merah dengan jayanya, harap boleh kongsi kat komen ye. Terima kasih!