Sebenarnya dah lama aku usha nak cuba restoran baru di Sunway Putra ni. Restoran Bananabro ni berkonsepkan makanan South Indian yang dihidang atas daun pisang dengan pelbagai lauk dan beberapa jenis kuah kari. Lebih kurang macam nasi kandar jugak cuma nasi kandar lauknya berbeza sikit.
Minggu lepas baru kami berkesempatan singgah makan di sini.
Restoran Bananabro ni terletak di tingkat 3 Sunway Putra |
Anak-anak tak berminat mencuba makanan baru sebab takut pedas. Dieorang ni memang cerewet bab makan, selalunya kami kena mengalah dan pergi ke tempat yang dieorang boleh terima contohnya Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Sushi King etc. Tapi kali ni kami kata kena ikut selera kami pulak, lepas ni boleh la tapau makanan di kedai kesukaan masing-masing (tapi akhirnya dieorang tumpang makan nasi putih dengan papadom jugak, cuma lauk dieorang tak sentuh).
Jadi Suami Terchenta suruh ambik Family Combo untuk 2 orang supaya tak membazir.
Macam ni la cara-cara nak memesan makanan di sini. Mula-mula pilih Craving Set (sama ada nasi putih atau nasi perang), kemudian pilih lauk tambahan dan minuman kalau nak. Yang bagusnya, kita boleh mintak tambah nasi atau sayur, kuah kari, rasam dan yogurt, percuma tanpa bayaran tambahan.
Macam ni la rupa set craving tu. Pekerja restoran tanya aku nak kuah apa, jadi aku suruh je dia letak semua. Sayur pulak ada sayur kobis, timun goreng dan acar timun. Walaupun nampak ringkas, aku jatuh cinta dengan kuah karinya terutama kuah kari ikan 💋
Papadom takde dalam gambar sebab anak-anak dah ambik dulu |
Ni pulak lauk tambahan dalam Family Combo tu - sotong dengan ayam goreng. Sayangnya ada sedikit kekeliruan di pihak pekerja restoran dan lauk kami sampai lambat. Kami pun dah bertambah nasi dua kali (serius sedap!) jadi bila lauk sampai akhirnya tak dapat habiskan sebab kekenyangan. Sayangnya.
Bagi aku puas hati jugak la datang ke sini sebab karinya sedap dan boleh tambah percuma. Aku ni pulak peminat nasi kandar dan yang sewaktu dengannya, jadi bagi aku memang kena dengan anak tekak.
Bananabro ni ada banyak cawangan lain, boleh layari laman web dieorang untuk tengok cawangan-cawangan lain >> bananabro.com.my. Yang menariknya, Bananabro ni ada jugak cawangan di Australia. Hebat kan? Aku dah check, restoran ni ada sijil Halal JAKIM, jadi jangan ragu-ragu makan di sini.
Boleh tengok cara-caranya dalam video ni: