Sambungan dari entri ni:
Hari kedua:
Aktiviti pertama kami nak buat ialah melawat Sheep Sanctuary kat sebelah Pasar Brinchang. Jalan kaki 5 minit je nak ke sini.
|
Bayaran masuk - dewasa (RM8), kanak-kanak (RM5) |
|
Masuk-masuk je nampak Shaun the Sheep |
|
Suami Terchenta gigih habiskan ubi keledek sebab tak dibenarkan bawak masuk beg plastik ke dalam |
|
Pukul 9 pagi, kambing biri-biri ni dilepaskan dan dieorang terus meluru ke arah pengunjung-pengunjung! |
|
Tapi ada jugak yang masih terkurung dalam kandang, mungkin kena ikut giliran untuk keluar |
|
Comel je mintak makanan, tak bagi tak sampai hati pulak... |
|
Mak aku terjerit-jerit bagi makan kambing sebab geli katanya |
|
Dalam banyak-banyak biri-biri tu, ada seekor yang bulunya dah dicukur. Memang sedap je nak pegang! |
|
Datang mintak dibelai sambil cuba usha makan kertas kat tangan aku |
Biri-biri kat sini semuanya jinak-jinak cuma jangan expect la dieorang reti nak bertimbang-rasa. Jadi kalau sesiapa yang bawak anak-anak kecik bawah 3 tahun tu kenalah pegang tangan setiap masa sebab kalau kambing ni dah nampak makanan, silap-silap boleh tergolek tangga budak tu kena langgar dengan kambing-kambing ni huhu...
Setiap pembelian tiket akan dapat kupon RM1 x 3 keping untuk beli makanan / minuman kat Puku Cafe.
|
Satu kupon cuma boleh guna untuk setiap pembelian makanan |
|
Kami beli croissant sebab tak breakfast lagi |
Sementara kami makan anak-anak sambung layan kambing biri-biri. Dah kenyang dieorang duduk diam-diam. Sambil makan, aku perhati ada jugak budak-budak kecik yang memang takut dengan kambing. Menangis-nangis kena paksa mak ayah beri makan kambing. Mana la budak-budak tak takut, kambing tu sama besar dengan dieorang. Patutnya mak ayah dukung sambil bagi makan kambing, mungkin kurang sikit takut anak tu.
Khadeeja pun takut jugak nak bagi makan kambing tapi korang tengok la ni...
|
Sesi luahan perasaan dengan kambing ke dik? |
Total belanja kat Sheep Sanctuary:
Tiket - RM34 (3 dewasa, 2 kanak-kanak)
Makan/minum kat Puku Cafe - anggaran RM50
Selesai sesi beramah mesra dengan biri-biri, kami meneruskan perjalanan untuk misi mencari ladang strawberry. Raju's Hill Strawberry Farm takde strawberry, EQ Strawberry Farm pulak tutup sampai Jumaat. Alhamdulillah akhirnya dekat Healthy Strawberry Farm, barulah ada strawberry untuk dipetik!
Kami diberitahu dekat sini ada 2 jenis strawberry - strawberry Jepun dan Korea. Strawberry Jepun lebih besar tapi kurang manis. Strawberry Korea pulak kecik-kecik tapi manis.
|
Teknik petik strawberry - pegang tangkai dan patahkan, kalau pegang buahnya habis hancur je. |
|
Ni kali pertama kami dapat petik strawberry di CH. Trip2 sebelum ni memang tak pernah berpeluang, asyik habis je |
|
Alhamdulillah, dapat jugak merasa pengalaman petik strawberry |
Petik satu bekas strawberry dikenakan bayaran RM30 (2 orang). Kalau datang dalam nombor ganjil (berlima atau bertujuh dsb), dia bagi satu bekas kongsi 3 orang.
Pekerja Bangladesh kat sini pun baik, dia ajar tips camane nak penuhkan bekas supaya dapat petik banyak lagi strawberry. Kami ingatkan dah penuh habis tak boleh nak isi lagi dengan strawberry. Rupa-rupanya banyak lagi ruang yang boleh diisi!
Budak-budak berdua tu enjoy sebab boleh petik strawberry sepuas-puas hati. Bila bekas dah penuh, kami basuh mana yang nak dimakan dan makan di kafe kat ladang tu. Yang nak bawak balik jangan dicuci takut tak tahan lama. Alhamdulillah, manis-manis buahnya.
Next entry, aku sambung pasal makan tengahari di Opah Strawberries & Jams dan melawat ke Pusat Teh Boh (Boh Tea Centre) di Sungai Palas.