Petang semalam, kami bertiga ke Sunway Putra. Masa sampai ke sana cuaca elok lagi. Dah dalam mall tu, hari bertukar menjadi mendung sebelum hujan lebat turun.
Nak balik sebelum Maghrib punya pasal, bila keluar baru sedar jalan yang biasa kami lalu nak balik ke rumah sesak teruk. Dalam hati berkata - ni mesti banjir kilat punya pasal. Terus aku divert laluan ikut jalan alternatif iaitu melalui Bukit Tunku, padahal Waze tak keluar pun option alternatif tu - tak seperti kebiasaannya kalau jalan sesak / banjir kilat. Tapi aku masa tu husnuzon je sebab ada jugak kereta-kereta yang sama macam aku lalu jalan alternatif tu.
Jalan Bukit Tunku yang dilalui petang semalam |
Sampai di bulatan kecil, tiba-tiba perasan kereta-kereta di depan makin perlahan. Oh, jalan ditutup rupa-rupanya. Ada kereta polis diletakkan di laluan tu. Dekat Waze pulak keluar alert ‘Object on the road’. Taapiiiii…. Masih lagi degil meneruskan perjalanan walaupun banyak kereta kat depan yang dah u-turn dan patah balik ke pangkal jalan.
Dekat sini la mula rasa seram-sejuk je driving sebab rupa-rupanya banyak dahan yang jatuh di atas jalan raya. Bukan apa, geli-geleman memikirkan andainya ada dahan atau pokok tumbang ke atas kereta kami masa kami tengah lalu di situ!
Sampai jumpa jalan mati di depan, barulah aku dapat u-turn. Nak u-turn awal-awal tak boleh sebab banyak kereta di belakang ditambah pulak dengan dahan yang jatuh menutup sebelah laluan. Yang buat aku geram, pemandu-pemandu kat belakang tu boleh pulak tak nak berhenti dan bagi laluan untuk kereta yang dah u-turn sudahnya jem sekejap tak boleh nak lalu, dia pun tak boleh nak ke depan sebab jalan mati. Eiii… sabar je lah! Bila dah semua tak reti nak bagi laluan, terpaksalah aku flash high beam beberapa kali untuk bagi isyarat berhenti.
Sepanjang perjalanan tu aku memang tak berhenti-henti berdoa semoga kami selamat sampai ke rumah. Nak menyesal pun tak guna teruskan je la perjalanan.
Syukur takde banjir kilat di Jalan Ipoh. Lepas 30 minit melalui traffic jam, alhamdulillahhh... sampai jugak ke rumah dengan selamat. Tu pun sempat lagi tengok ada kereta parking kat luar yang ditimpa dahan yang jatuh. Semoga kereta tu selamat.
Pengajarannya - lain kali ikut nasihat Waze. Adalah sebabnya Waze tak cadangkan jalan alternatif tadi, tapi dah namanya tak sabar nak balik, sanggup redah jugak.