Dah lama sangat aku tak lepak dengan BFF aku merangkap ‘BreakFast Friends’. Rindu pulak dengan dieorang tapi yalah, malas nak kacau dieorang tengah honeymoon sekarang hehe.
Ya, hobi kami mencuba tempat-tempat makan menarik dan selalunya kami pergi waktu pagi (senang, beratur pun tak lama).
Rasanya sebelum BFF aku dua orang ni kawen bulan lepas dan bulan ni, tempat terakhir kami cuba ialah Croisserie.
Gigih aku memandu ke Damansara Heights pagi-pagi semata-mata nak sarapan dengan BFF kat sini. Tapi on the other side, tak susah cari parking bila pergi awal pagi.
Croisserie ni terkenal dengan roti dan pastri yang diinspirasikan dari teknik membuat roti dan kek dari Perancis dan Jepun. Antara yang dijual di Croisserie ialah Pain du Monde (roti dari seluruh dunia), Viennoiseries (croissant dan brioche), Goûters (menu minum Penang), Petit Gâteaux (kek kecil dan pemanis mulut), tat Perancis dan traiteur (kuih-muih savori).
Posing jap depan kedai. Boleh tengok dah ramai yang beratur |
Konsep kat sini sama ada pilih roti dan pastri lepas tu makan kat sini atau bungkus dan bawa balik.
Kalau pilih nak makan kat sini, pelanggan cuma diberi masa 1.5 - 2 jam je pada waktu sibuk sebab ramai yang beratur tunggu giliran.
Nak masuk kena beratur |
Boleh rambang mata jugak la tengok pilihan pastri, roti dan kek kat sini. Nak-nak lagi bila datang awal pagi dengan perut kosong.
Tapi bila tengok harga, terus berpijak di bumi nyata balik hahaha! Aku bagi anak-anak pilih satu pastri sorang dan kongsi pemanis mulut.
Tak pelah, namalah mencuba kan.
Ada macam-macam jenis pastri dijual kat sini |
Ni pulak pilihan kek dan pemanis mulut |
Lepas pilih pastri dan pemanis mulut, kami order minuman pulak. Aku order cappucino dan anak-anak macam biasa, hot chocolate. Lepas bayar, barulah cari tempat duduk di tingkat atas.
View dari atas |
Dah konsepnya Perancis dan Jepun, ada la jugak galeri teh Jepun |
Minuman dihidangkan dalam cawan teh |
Blueberry danish (RM8) dan sugar & twist (RM3.50) |
Ni pulak kongsi dgn BFF - chocolate scone (RM5.50), triangle cheese (RM6.50), croissant au beurre (RM5.50) & quiche salmon & spinach (RM18) |
Bagi aku, blueberry danish kat sini sedap, manis sedang-sedang.
Tapi yang paling aku suka ialah salmon quiche - memang sedap. Dalamnya ada inti ikan salmon, bayam dan keju yang diadun dengan telur.
Khayla memang as expected akan order croissant. Ikutkan website Croisserie, croissant dieorang ambik masa 4 hari untuk disiapkan.
Tapi aku memang penah tengok YouTube cara buat croissant ni memang berhari-hari nak buat sebab setiap lapis tu kena sejukkan beberapa jam. Sebab tu aku tak gigih nak belajar buat croissant.
Kalau korang nak try pastri dan roti kat Croisserie, boleh la pergi ke laman web Croisserie untuk tengok lokasi cawangan berhampiran. Dieorang ada 3 cawangan iaitu Damansara Heights, Atria Shopping Gallery dan KL CityWalk di Jalan P. Ramlee.