Salam Isnin korang,
Hari ni agak sendu sikit. Bangun pagi tadi dengan tengkuk yang sakit sebab salah bantal huhu...
Alhamdulillah lepas sapu EO peppermint dah kurang sikit sakit dan sakit kepala pun beransur-ansur hilang.
Rutin harian macam biasa. Kemas rumah, vakum, mop lantai dan masak tengahari. Lepas tu termenung tengok kotak-kotak ni haa...
Barang-barang yang aku angkut balik dari Bintulu bulan Mac dulu takde tempat nak letak, terpaksa letak dalam bilik tidur.
Lepas tu barang-barang untuk rumah baru macam sinki, hood & hob pun dah sampai, tapi kontraktor tak bagi simpan di rumah baru takut hilang katanya. Terpaksa la simpan di balkoni rumah.
Dah macam gudang aku tengok rumah ni. Stress jugak nengok sebab aku biasa tengok rumah kemas je.
Nota kaki: Tengah contact Unearth Malaysia untuk let go barang-barang besar yang tak dipakai dan tak nak bawak pindah nanti macam kerusi ofis, kotak simpan mainan, car seat dan booster seat kanak-kanak.