Subhanallah... dah lama tak tengok pantai Tanjung Batu secantik ni. |
Tadi singgah blog Kak Ret, baca entri blog dia pasal pencarian baju raya. Sekarang semua dah start sibuk cari baju raya kan, bila confirm boleh rentas negeri balik kampung hehe.
Kiteorang tahun ni dah setel baju raya budak-budak, beli kat Sogo sehari sebelum 1 Ramadhan. Boleh tahan jugak harga baju kurung budak-budak sekarang. Tu belum termasuk tudung lagi. Anak 2 orang pun dah dekat RM200 jugak habis. So mak bapak pakai je la baju tahun lepas!
Sebenarnya kalau rajin berjalan-jalan banyak jugak tempat menjual baju raya yang cantik-cantik selain dari di Sogo / Jalan TAR. Banyak pilihan dengan harga yang berpatutan boleh dapat seperti di Sunway Putra Mall atau Kenanga Wholesale City (KWC).
Tapi kalau bajet terhad (maklumlah tak semua dapat keluarkan duit KWSP kan), boleh jugak cari di online platform macam Carousell.
Taip je 'Baju Raya' keluar la macam-macam pilihan. Nak baru, atau preloved semua ada:
Macam aku, baru je clear kan almari budak-budak dan ada la beberapa pasang baju kurung yang elok lagi nak let go. Budak-budak ni pulak sejenis yang pakai baju kurung hari raya atau kalau kena paksa je haha! Selebihnya, baju dieorang ni banyak terperuk kat dalam almari je. Aku jual sebab baju-baju kurung ni dah tak muat (saiz kebanyakannya 6 tahun ke bawah, anak-anak aku pun dah besar panjang). Harga pun aku letak harga kasih sayang tapi siapa yang beli memang untung sebab baju-baju dieorang kebanyakannya macam baru lagi tapi harga bawah RM40. Boleh la buat baju raya ke-2 atau ke-3.
Baju ni elok sangat lagi, beli kat kedai Gene Martino kat Jalan TAR harga dalam RM80-90. |
Ha, so siapa yang takde masa nak keluar cari baju raya boleh la korang tengok kat Carousell memang banyak sangat pilihan. Setakat ni selamat la jual beli di Carousell ni especially kalau bayar melalui apps Carousell (sebab Carousell ni ala-ala Shopee sikit, duit tak release kat seller kalau buyer tak terima barang). Barang pos pun boleh track kat apps dia, seller pulak senang je bila buyer dah bayar pos tinggal nak tekan 'generate shipping label' dan drop barang kat poslaju.
Minggu lepas selesai solat Isya' biasanya Suami Terchenta akan membacakan buku 'Di Sebalik 114 Nama Surah' terbitan Pacu Publishing kepada para makmum.
Tiba-tiba Khadeeja bertanya, 'Bapak, why does Al-Quran has so rules?'
Bapaknya berhenti membaca, 'We need those rules so we will always know what and how to do something in life.'
Apa yang Suami Terchenta cuba sampaikan ialah Al-Quran ni ialah petujuk dan panduan hidup kita. Tanpa Al-Quran kita ni ibarat memandu ke destinasi baru tanpa pakai GPS. Kemungkinan untuk sesat di tengah jalan tu agak tinggi. Bila kita berpandukan Al-Quran dalam setiap aspek hidup, pasti kita tak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi abadi yang baik.
Semoga dengan mengingati peristiwa Nuzul Quran, kita akan sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman hidup kita.
Salam Nuzul Quran semua.
Kredit: theinspirasi.my |
Sapa kat sini sejenis penggeli dengan binatang bernama lipas?
Aku ni salah seorangnya la. Bila aku nampak je binatang ni, auto rasa nak lari lintang-pukang. Nak tengok pun rasa meremang je bulu roma, sebab tu aku tak letak gambar sebenar makhluk ni kat blog entry ni!
Oggy & The Cockroaches' image credit: https://villains.fandom.com/ |
Bulan lepas sebelum balik kampung, dah jadi kebiasaan aku akan bersihkan satu rumah. Siap mintak Suami Terchenta bersihkan bawah singki (sebab aku takut terjumpa binatang ni), dan tong sampah semua dikosongkan sebelum kiteorang balik kampung selama 10 hari. Bila kiteorang balik, boleh pulak terjumpa 3-4 ekor mak bapak makhluk ni bergelimpangan atas lantai!
Sampaikan aku merungut dekat Suami Terchenta, kenapa ye, padahal rumah dah habis bersih tapi binatang ni selalu muncul? Pada pendapat Suami Terchenta, dieorang ni datang dari saluran singki dan 'drain'. Jadi kalau dah beranak-pinak dalam saluran tu, memang la dieorang merayap-rayap masuk rumah sesiapa pun. Lagi-lagi kiteorang ni duduk apartment. Sebab tu selalu terjumpa binatang ni dekat dapur / dekat toilet (lubang masuk dari floor drain).
Disebabkan aku sangat geli dengan binatang ni, aku pun 'Google' cara-cara menghindari binatang ni dari masuk ke rumah:
1. Guna cuka dan air panas
Sumber gambar: www.homesandgardens.com |
2. Air panas, lemon dan soda bikarbonat (baking soda)
Sumber gambar: www.tasteofhome.com/ |
3. Asid borik dan gula
Sumber gambar: www.medicinenet.com |
4. Essential Oils
Sumber gambar: www.passhealthfoods.com |
5. Timun
Sumber gambar: www.kebunkita.com |
من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)
Sempena bulan Ramadan ni, Khadijah Learning Centre sedang melancarkan projek Ramadah Outreach Programme untuk menyediakan 200 juadah makanan bagi disedekahkan kepada komuniti setempat. Target derma dieorang nak kumpul ialah RM2000 dah sebanyak RM750 dah berjaya dikumpul. So ada RM1250 lagi untuk reach target. Kalau 125 orang bersedekah RM10 seorang, Insha Allah dieorang akan dapat capai target tu.
Boleh jugak contact admin KLC untuk dapatkan maklumat lanjut. Jom kita bantu KLC jayakan projek Ramadan Outreach Programme, semoga Allah memberikan ganjaran pahala berlipat-ganda untuk kita, ameen ya Rabbal alamin...