Sebelum kiteorang bertolak road trip ke Pantai Timur, Suami Terchenta decide nak hantar kereta ke bengkel untuk servis dulu. Yalah, bila nak berjalan jauh ni, kena pastikan kenderaan kita selamat supaya tak berlaku kerosakan dalam perjalanan kelak.
Kali ni Suami Terchenta tak nak hantar ke pusat servis Proton sebab last time kiteorang hantar kereta servis kat situ, perkhidmatan agak kurang memuaskan. Kalau hantar servis kereta di pusat servis Proton, kena bagitau secara detailed suruh periksa apa-apa, kalau tak takdenya la dieorang ada inisiatif nak periksa. Takde dalam SOP kot. Lepas tu bila suruh periksa kenapa lampu 'check engine' kiteorang menyala, boleh pulak dieorang kata kena tinggalkan kereta berhari-hari dekat situ sebab dieorang kena bukak segala macam dalam enjin tu nak periksa masalah tu. Sudahnya kiteorang cari je bengkel luar untuk servis kereta dan periksa masalah lampu 'check engine' tu.
First time hantar kereta untuk servis di bengkel luar |
Tapi bila hantar kereta kat bengkel luar pulak, haaa... terlebih inisiatif kau! 😅 Bukan setakat periksa lampu 'check engine' tu, brake pad, radiator, bateri, coolant semua dieorang periksa lepas tu satu-satu masalah dieorang hantar kat Whatsapp sambil tanya Suami Terchenta nak tukar ke tak?
Rupa-rupanya banyakkkkk masalah kereta kiteorang ni yang Proton tak pernah nak tolong check setiap kali kiteorang hantar servis. Kalau hantar servis kat Proton, dieorang cuma tukar minyak hitam je, kalau suruh check brake pad baru tukar brake pad. So segala macam masalah mak nenek yang lain dieorang tak pernah nak check kalau kita tak mintak dieorang check kan.
Jadi seharian tu Suami Terchenta dapat whatsapp dari mekanik - radiator bocor, hos radiator bocor, brake pad tayar belakang dah haus dan ada satu benda ni aku lupa tapi Suami Terchenta tunjuk satu paip ni sampai berlumut ye. End up 4 angka jugak la kena keluarkan kos untuk repair segala macam kerosakan yang accumulated over the years... Berpinar-pinar mata kiteorang dibuatnya 😵💫. Yalah, usia kereta kiteorang ni lebih tua dari umur Khadeeja (more than 12 years). Jadi macam-macam la dalam tu yang dah worn out kan. Cuma kalau la pusat servis Proton periksa benda-benda ni dan bagitau kiteorang apa yang kena tukar setiap kali kiteorang hantar kereta untuk servis, aku rasa takde la sekali harung kena keluarkan duit untuk repair / tukar benda-benda ni semua huhu...
Kereta ni jarang-jarang bagi masalah tapi sekali dia 'sakit', fuhh... |
Dan guess what, masalah 'check engine' tu sekejap je dia detect dan betulkan. Dia tukar fius kalau tak silap. Setel masalah.
Mujur bulan ni Suami Terchenta ada rezeki lebih sikit untuk cover kos repair kereta ni kalau tak mau cancel terus road trip kiteorang sebab tetiba bajet lari kan huhu...