PERINGATAN: Post ni banyak gambar!
Semalam lepas check out dari hotel, kiteorang buat keputusan nak melawat Muzium Penjara sebelum pergi makan tengahari, memandangkan muzium ni lebih dekat dengan hotel dari kedai makan yang kiteorang nak cuba ni. Kiranya plan kiteorang semalam ialah muzium ➡️ makan tengahari @ Restoran Hajjah Mona Asam Pedas ➡️ Mamee Jonker House ➡️ pulang ke KL.
|
Muzium Penjara yang terletak di Jalan Parameswara kira-kira 1km dari hotel kiteorang duduk |
Bayaran masuk ke muzium ni ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah). Mula-mula masuk tu, perasaan excited dan ingin tahu tu memang membuak-buak. Bila masuk ke dalam, memang kita akan rasa suasana dalam tirai besi bila setiap kali kita masuk ke ruang berlainan, akan ada pagar besi yang membahagi ruang muzium:
|
Feeling melangkah masuk dalam penjara bila nampak tirai besi ni |
Aku akui banyak maklumat yang menarik terpampang dalam muzium ni dan kiteorang selalu berhenti untuk membaca maklumat tentang sejarah penubuhan penjara di Malaysia dan lokasi-lokasi penjara di Malaysia dulu dan kini.
|
Penjara Pudu yang terkenal satu masa dulu menempatkan penjenayah-penjenayah berbahaya. Di situ jugak la penjenayah terkenal Mona Fendy dan Botak Chin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati |
Antara fakta yang menarik minat aku ialah tentang pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhoby yang dipenjarakan di lokap Kuching sebelum dijatuhkan hukuman gantung oleh pihak British, sedangkan dia baru berusia 17 tahun dan sepatutnya tak boleh dijatuhkan hukuman mati. Turut dijatuhkan hukuman gantung ialah rakan-rakannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit dan Bujang Suntong. 46 tahun selepas mereka dikuburkan di Penjara Kuching, barulah mereka disemadikan di tanah kelahiran mereka iaitu di Sibu, Sarawak. Kalau nak tau sejarah Rosli Dhoby, boleh tonton drama 'Warkah Terakhir' di Youtube yang dibintangi oleh Beto Kusyairi (Rosli Dhoby), Nam Ron (Awang Ramli), Sherie Merlis (ibu Rosli), Sazzy Falak (kakak Rosly) dan ramai lagi pelakon hebat.
|
Kisah pejuang kemerdekaan Sarawak Rosli Dhoby |
Ada jugak bahagian dalam muzium yang mana kita boleh tengok sendiri keadaan dalam bilik penjara yang serba kekurangan - sempit, panas dan tak selesa. Dalam penjara satu masa dulu, kalau nak membuang, takde tandas ye. Sila membuang dalam tong najis yang disediakan.
|
Dari kiri atas ke kanan dan ke bawah - sel penjara / bilik lokap, seni 'contengan' di dinding penjara, bilik mandi tahanan, antara peralatan banduan dalam penjara dalam kotak plastik |
Ni kalau tak insaf lagi lepas merengkok dalam penjara, tak tau la nak kata apa.
Masa ni anak-anak masih happy lagi siap tangkap gambar belakang tirai besi dan masa berjalan dekat koridor bilik tahanan:
|
'Happy' bergambar belakang tabir besi |
Bahagian muzium yang seterusnya memaparkan pulak hukuman-hukuman yang dilaksanakan ke atas penjenayah.
|
Ruang demo hukuman sebat tapi mungkin sebab kiteorang pergi hari Ahad jadi tak dapat la tengok demo hukuman sebat |
|
Video ni pulak ditayangkan di pintu masuk muzium tentang suasana banduan akhir yang diceritakan oleh warden penjara |
|
Lukisan hukuman mati pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu |
Part seterusnya buatkan kiteorang lepas tu rasa loya dan mual. Firstly, menyaksikan bilik hukuman gantung (2 tingkat) - tingkat atas di mana hukuman dilaksanakan dan dekat bawah pulak bila banduan tu dah mati, ada batu mayat untuk memandikan mayat banduan yang selesai menjalani hukuman gantung. Since pelawat tak dibenarkan ambik gambar di bilik hukuman so takde gambar la ye.
Secondly, bila kiteorang tengok pameran hukuman sepanjang zaman di dunia. Setiap hukuman disertakan visual sama ada lukisan atau gambar the real execution yang mungkin diambil dari arkib sejarah - hukuman tembak, hukuman rejam, tanam hidup-hidup (tentera Jepun buat dekat orang Cina), pancung dan macam-macam lagi bentuk hukuman yang serius bertujuan menyeksa sebelum membunuh pesalah.
|
Tunjuk tanda arah je sebab tak sanggup nak ambik gambar - serius loya tekak aku! |
Thirdly, ada video hukuman sebat yang sedang dijalankan. Part ni aku tengok sekilas je lepas tu tak sanggup nak tengok dah. Fuhhh, bukan senang nak jadi pegawai dan warden penjara, apa lagi pegawai yang menjalankan hukuman sebat / gantung tu ye. Hati kena keras, kalau tak memang tak boleh tidur semalaman terngiang-ngiang agaknya teriak dan tangisan banduan-banduan yang dihukum ni!
Lepas habis tour muzium, aku dengan Suami Terchenta pening dan loya teramat sangat, nampak tak kiteorang ni perut tak berapa kental tapi gigih jugak menghabiskan lawatan muzium. Khadeeja mula-mula nampak ok je, siap nasihatkan kiteorang, 'Pretend it's not real!' (sebenarnya dia tengah nasihatkan diri-sendiri, tapi kiteorang tak tau).
Lepas tu, kiteorang meneruskan rancangan makan tengahari di Asam Pedas Hajjah Mona. Baca review ramai yang rekemen makan asam pedas kat sini, so kiteorang pun nak cuba jugak. Lagipun dekat dengan Jonker Street, so lepas tu boleh terus ke Mamee Jonker House.
|
Masa kiteorang sampai ni tak ramai pelanggan, mungkin sebab dah pukul 2 petang |
|
Aku pesan asam pedas ikan pari (RM11 termasuk set nasi), Suami Terchenta pulak pesan set asam pedas ikan kembung (RM11). Khayla pesan nasi + ayam goreng dan Khadeeja pesan nasi + telur mata |
To be honest, aku kurang minat dengan asam pedasnya sebab kuah asam pedasnya agak cair. Aku makan nasi separuh pinggan je, lepas tu berhenti. Mungkin selera mati lepas melawat Muzium Penjara tadi huhu.
Tengah berusaha menghabiskan ikan pari, tiba-tiba Khadeeja termuntah! Terus Suami Terchenta bawak dia ke sinki. Kiteorang panik sekejap, Khadeeja tercekik nasi ke?
Rupa-rupanya masa dia tengah makan tu, tiba-tiba dia teringat video hukuman sebat dan pameran hukuman di Muzium Penjara tu. Apa lagi tekaknya terus rasa kembang dan loya dan dia pun tak dapat menahan diri lalu termuntah!
Sampai macam tu sekali ye efek lepas melawat Muzium Penjara. My advice, if you have a weak stomach, please avoid visiting this museum. Kemungkinan korang akan putus selera, pening dan mual bila tengok visual hukuman dan bilik hukuman dalam muzium tu 🤢. Orang lemah semangat pun aku tak galakkan pergi situ jugak takut termimpi-mimpi dibuatnya.
Moral of the story, jadilah warga yang patuh undang-undang dan jangan terjerumus ke dalam kancah jenayah. Hukuman di dunia pun dah cukup keras, apa lagi hukuman di akhirat kelak, nauzubillah min zalik!