First time jumpa Fanny tahun lepas masa dia turun ke KL dengan geng jalan-jalan dia. Tahun ni bila dia bagitau dia akan ke KL lagi, mestilah aku tak nak lepaskan peluang berjumpa dengan Fanny sekali lagi.
Plan asalnya nak jumpa dengan Fanny dan Kak Retna masa hi-tea je sebab nak celebrate birthday kiteorang bulan ni (kiteorang bertiga June a.k.a Gemini babies!). Tapi bila Fanny bagitau tengahari tu dia jumpa dengan sis Suzi (atau nickname Mama Zharfan @ MZ) & sis Ezna, aku pun rasa nak join sekali sebab dieorang ni antara bloggers yang aku selalu lawat blog dieorang dan pernah jumpa sekali (MZ masa dia datang beraya di rumah bulan lepas, sis Ezna pulak masa sama-sama menghadiri jemputan kenduri kahwin blogger Suria Amanda).
Lunch dengan Fanny & Sis Ezna
Awalnya, aku tak confirm kan lagi dapat join lunch sebab nak kena sediakan makanan tengahari untuk Khayla sebelum dia turun ke sekolah. Aku takut lambat dan buat orang lain tertunggu-tunggu pulak. Tapi Alhamdulillah, dapat siapkan makanan awal dan make sure Khayla makan dulu sebelum aku bersiap dan keluar.
On the way naik LRT nak ke tempat perjumpaan di KLCC, Fanny bagitau MZ tak dapat join sebab keretanya masuk bengkel. Allahu, simpati dengan dugaan MZ di hari Jumaat. Sempat jugak aku bermesej-mesej dengan MZ masa tu. Nampaknya takde rezeki jumpa MZ kali ni.
Mula-mula Fanny bagitau nak berjumpa di O'Briens, tapi penuh pulak. So kiteorang try nasib ke Two Sons On The Park @ KLCC. Mak aih, sama jugak panjang barisan nak masuk ke Two Sons ni. Tapi kiteorang decide nak beratur je la, kalau dalam 10 minit tak dapat meja baru kiteorang fikirkan alternatif lain. KLCC masa lunch hour memang mencabar sikit nak cari tempat makan kosong 😅 Dari zaman aku bekerja kat situ lagi dah faham sangat suasana di KLCC pada tengahari Jumaat.
Tapi tak sampai 10 minit beratur, ada tempat duduk kosong. Wah, rezeki Fanny la tu, sebab teringat dia pernah komen teringin nak cuba chilli butter cream clams dekat situ. Terus Fanny update dekat sis Ezna yang kiteorang dah tukar tempat ke Two Sons sebab masa ni dia dengan anaknya Dania masih dalam perjalanan dari Putrajaya ke KLCC lagi. Katanya kelas Dania habis lewat sikit sebab tu dieorang lambat sampai.
Bila sis Ezna dan Dania sampai, auto meriah meja kiteorang hehehe. Sis Ezna ni sangat la peramah orangnya, buatkan kiteorang rasa macam dah kenal lama bila berborak-borak dengan dia. Tak kekok langsung. Macam-macam topik keluar - dari topik travel, makanan, sekolah di Indonesia dan Malaysia, kehidupan seharian sampai la perbezaan mazhab agama di Indonesia dan Malaysia pun masuk dalam perbincangan ye 😅. Nampak tak betapa senangnya flow perbualan kiteorang walaupun baru first time duduk bersembang hehe. Dania pulak malu-malu sikit, tapi asyik senyum je. Manis betul orangnya.
|
Bersama Fanny, Dania dan sis Ezna |
Since dekat Two Sons ni kebanyakan menunya for sharing, jadi tak banyak variety menu yang kiteorang pesan - macam biasa aku pesan specialty dekat sini iaitu chilli butter cream clams (big pot) untuk kongsi makan, dengan mantou goreng (order ekstra sebab 4 keping je tak cukup!). Sis Ezna dengan Dania pulak pesan margherita pizza. Fanny pulak pesan laksam sebab dia tak pernah lagi cuba laksam. To be honest ya Fanny, saya pun belum pernah makan laksam! 🤣 Tapi bila orang Indonesia tanya aku pasal laksam, terpaksalah aku buat-buat tahu berdasarkan apa yang aku dengar pasal laksam hehe. Fanny kata dekat Indonesia pun ada hidangan yang mirip rupa laksam, tapi di Palembang dikenali sebagai laksan.
|
Dari atas kiri ikut arah jam: Laksam, pizza margherita, mantou goreng dan chilli butter cream clams |
Lepas lunch, kiteorang beralih ke Gula Cakery for dessert pulak. Biar banyak post Fanny pasal tempat makan kat KL ni hihi. Gula Cakery ni rasanya baru bukak kat KLCC. Rezeki kiteorang sekali lagi masa sampai tu ada satu meja kosong (sebelum tu memang packed betul tempat tu).
|
Keylime Tart (bawah) & Berry Pavlova (atas) |
|
Muka kenyang tapi tak puas bersembang sebab tu cari kedai dessert pulak 🤭 (foto kredit: Sis Ezna) |
Dalam pukul 3.30 petang macam tu, baru la masing-masing kena gerak (aku kena ambik Khadeeja di sekolah dan sis Ezna dan Dania pulak kena ambik KLIA transit balik ke Putrajaya). Anyway, seronok sebab dapat jumpa dan kenal rapat dengan sis Ezna dan Dania. Hopefully lepas ni ada peluang berjumpa lagi macam ni. Terima kasih buat sis Ezna sudi belanja kek di Gula Cakery, semoga murah rezeki sis sekeluarga 🤲🏻.
Hi-Tea dengan Fanny & Suami, Kak Retna dan Zuwien
Petang tu agak kelam-kabut sikit sebab hujan. Singgah solat di stesen MRT HKL dan terus ke sekolah Khadeeja. Lepas hantar dia balik ke rumah dan ambik ole-ole dan hadiah untuk Fanny dan Kak Retna, kena berkejar balik ke KLCC. End up sampai lambat di Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL, dekat-dekat pukul 6 petang baru sampai. Sebab dah sampai lambat sangat tak sempat ambik gambar makanan kecuali makanan diri-sendiri je hehe.
|
Mushroom & truffle risotto |
Kalau tadi lunch dengan circle the mommies (sebab kiteorang bertiga ibu-ibu rumahtangga 😅), kali ni hi-tea dengan circle banking pulak (sebab dieorang ni masing-masing bekerja / pernah bekerja dalam sektor banking kecuali aku. Tapi Suami Terchenta pun pekerja bank jugak, so boleh la masuk sikit2 kan? Hehe). So topik kali ni banyak berkaitan dengan budaya kerja dalam sektor banking. Tapi ada la jugak selit-selit topik tempat-tempat menarik di Malaysia dan Indonesia.
|
Suami Fanny, Raka pun sama macam Fanny jugak, peramah dan ringan mulut. Yang belakang Uyum tu kawan Kak Retna, Zuwien. Pun first time jumpa dan kelakar jugak orangnya.
|
Sebelum balik, kiteorang bertiga bertukar-tukar hadiah birthday. Terima kasih Fanny dan Kak Retna atas pemberian hadiah yang menarik (lupa nak ambik gambar tote bag motif batik dari Kak Retna, siyes cantik!). Tahun lepas Fanny bagi hadiah telekung Siti Khadijah, tahun ni pulak dia bagi telekung travel 😍. Alhamdulillah, semoga pahala ibadahnya mengalir ke Fanny jugak, Ameen YRA 🤲🏻.
Suka sangat sebab telekung ni jenis kain ringan dan design ala-ala jubah hoodie. Telekung travel aku beli kat Shopee pun jenis kain ringan jugak tapi masalahnya bila solat bawah kipas angin, boleh terselak sampai tertanggal telekungnya time solat! Telekung yang Fanny bagi ni Insha Allah takde masalah telekung terselak lagi. Selain telekung travel, ada brooch yang cantik, sejadah travel, fridge magnet dan beg kait yang comel. Semuanya aku suka 🥰.
|
Hadiah / ole2 dari Fanny |
|
Berfoto sekali lagi sebelum balik. |
Anyway, thank you kepada siapa yang belanja hi-tea merangkap makan malam tu (boleh tak lupa nak tanya siapa gara-gara dan lewat & nak cepat balik sebelum habis waktu Maghrib 😅). Semoga murah rezeki orang yang belanja makan petang tu, Ameen YRA! 🤲🏻