ID rumah |
Alhamdulillah... segala pujian bagi Allah. Selepas beberapa bulan menunggu akhirnya rumah kami 70% dah siap. Kalau dibandingkan dengan ideabook yang aku buat sebelum ni, memang jauh berbeza dengan rekabentuk dalaman idaman sebab kekangan bajet. Malah bilik anak-anak cuma ada katil, almari terpaksa tumpang dulu almari bilik kami. Kata Suami Terchenta, kalau ada bajet lagi boleh la panggil kontraktor untuk buat built-in wardrobe dan meja belajar di bilik anak-anak. Takpe, pokok pangkalnya rumah dah pasang lampu, aircond dan kipas so dah boleh la kami duduk di sini dengan selesa.
Lagipun kami pun nak cepat pindah masuk supaya tak terbeban membayar sewa rumah dan jugak bulanan rumah baru ni, jadi buat setakat termampu dulu. Yang penting banyak ruang menyimpan barang-barang supaya takde la semak mata memandang. Aku memang sukakan konsep minimalis - senang untuk mengemas dan menjaga.
Barang-barang kami dah mula angkut sedikit demi sedikit - minggu lepas kami sewa perkhidmatan Lalamove untuk mengangkut barang-barang besar. Jadi sekarang rumah sewa dah nampak lapang, takde lagi kotak-kotak memenuhi ruang tamu dan bilik tidur. Hujung minggu ni Insha Allah sambung lagi mengangkut barang-barang kecik lain.
Barang-barang di dapur, mesin basuh dan TV kami plan upah khidmat mover sebab Lalamove takde perkhidmatan membungkus dan menyediakan kotak-kotak untuk pindah. Aku dah pun survey khidmat-khidmat yang ditawarkan di luar sana, ada satu ni yang agak berpatutan harganya. Berpindah ni pun satu kos yang agak besar jugak, jadi kami cuba untuk berjimat dengan angkut sendiri barang-barang kecik yang boleh disumbat dalam kereta Exora kami. Insha Allah, 7 Oktober ni kami akan pindah sepenuhnya ke rumah baru, ada la seminggu masa untuk membaiki apa-apa kerosakan di rumah sewa dan mencuci apa yang patut sebelum serahkan balik kunci kepada tuan rumah.
Sekarang tinggal kontraktor dapur je lagi belum siapkan dapur. Nampaknya lepas pindah masuk ni kami kena makan di luar selama 3 minggu. OK jugak, tak payah masak hihi #thinkpositive