Nota kaki: Addicted bila mengemam buah keranji ni 😆 Ada terbaca khasiatnya boleh menurunkan kolesterol. Wallahualam.
Aku belajar masak gulai nanas ikan masin ni dari mak mertua masa mula-mula kahwin dulu. Tapi style gulai nanas yang mak mertua aku ajar ni tak sama dengan gulai nanas ikan masin dekat sini, sebabnya tak guna santan, kunyit dan daun kunyit. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas.
Kat Sarawak jarang-jarang sangat kiteorang masak masakan yang bersantan. Bukan la takde langsung, tapi jarang-jarang. Kebanyakan masakan di Sarawak menggunakan belacan, udang kering atau ikan bilis.
Gulai nanas ikan masin |
Gulai Nanas Ikan Masin Versi Mak Mertua
Bahan-bahan:
- Sebiji nanas separuh masak (dihiris kecil-kecil)
- Sejemput udang kering (direndam terlebih dahulu)
- 2 batang cili merah (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Ikan talang masin (dikerat dalam 3-4 inci), dibasuh dan direndam sebentar
- Kisar / tumbuk udang kering, cili merah, bawang merah dan bawang putih
- Panaskan minyak untuk menumis
- Tumis bahan tumbuk / kisar sampai naik bau dan wangi
- Masukkan nanas dan gaulkan
- Masukkan air anggaran 4-5 cawan
- Masukkan ikan talang masin
- Biar mendidih atas api perlahan sampai nanas lembut sikit
- Perasakan dengan gula & garam (biasanya aku tak tambah sebab dan masuk ikan masin dan manis dari nanas tadi)
Masa kiteorang stay di Moxy Putrajaya sebab nak tengok acara perbarisan Hari Kemerdekaan yang lepas, lepas check in kiteorang semua kelaparan tapi Suami Terchenta malas nak menapak jauh-jauh cari tempat makan. Sudahnya kiteorang makan di Chef Wan Café sebab lokasi restoran sebelah hotel je.
Chef Wan Café di IOI City Mall Putrajaya |
Mula-mula ingat nak duduk di bahagian luar tapi dah penuh pulak. So kiteorang pun duduk dekat bahagian dalam kafe.
Luar kafe |
Ni kali kedua kiteorang makan di Chef Wan Café. Kali pertama rasanya 2 tahun lepas di KL East Mall. Rasanya cawangan di IOI Mall ni lebih besar dan luas dari yang di KL East Mall, tapi dekor kat dalam sama je - vibrant colours wall dan classy.
Lampu chandelier yang menarik dan potret Allahyarhamah Cik Ani, ibu kepada Chef Wan |
Ruang makan dalam kafe |
Wall panel divider dari material rotan yang menarik |
Sebaik je masuk, kiteorang terus diberi buku menu tapi nak order, kena order melalui kod QR.
Buku menu pun berseni, nampak sangat Chef Wan ni artistic orangnya |
Ni la antara menu yang kiteorang pilih untuk makan malam:
Kerutup Lamb Shank dengan nasi bukhari (RM79) - yang ni Suami Terchenta kongsi dengan Khadeeja |
Laksa Johor (RM36), aku punya |
Cendol CCW (RM18) |
Lychee Rose Bandung (RM19) |
Makanan of course la sedap. Owner chef tersohor di Malaysia kan, mesti la kena jaga kualiti makanan. Cuma laksa Johor tu kuahnya aku rasa agak cair. Tapi dari segi garnishing semua lengkap. Aku still prefer Pak Tam Laksa lagi kot. Harga tu jangan dipertikaikan ye, sebab kita bayar untuk makan di restoran chef terkenal, umpama kita makan di restoran chef Michelin kalau di luar negara haha. Sekali-sekala makan tempat macam ni ok la, kalau setiap bulan mau bengkok Suami Terchenta 🤭.
Ni pulak bahagian display pastries tapi sebab dah kenyang tengok sekali imbas je. Memang lawa giler restoran ni |
Ada jual cenderahati jugak. Sambal tu macam menarik tapi masa tu tak rasa nak beli. Lain kali la kalau singgah di Café Chef Wan lagi |
Korang pernah tak makan di Café Chef Wan? Apa menu favourite korang? Cer share dekat komen.
Minggu lepas balik dari grocery shopping, ternampak gerai durian ni tak jauh dari rumah kiteorang. Terus bagi hint dekat Suami Terchenta, "Dah lama la kita tak mendurian..." Tak sangka pantun dibalas, "OK, jom la makan durian..." 🤣 🤣
Durian kat sini cuma ada durian kampung. Takpe la janji durian. Harga pun tak mahal - 2 biji RM26.
Kiteorang mintak tolong pilihkan durian |
Ada durian longgok jugak |
Makan berdua je sebab anak-anak tak nak ikut. Tapi sebelum balik Suami Terchenta tapaukan jugak 2 biji durian untuk anak-anak dara kat rumah tu.
Sedap isi duriannya, manis-pahit sikit |
Sebiji sorang durian 😅 |
Semalam masa blogwalking dekat blog Sislin, terbaca entry dia buat sambal ikan bilis, kentang dan tempe. Terus terliur dibuatnya haha. Tapi lepas tu terfikir, eh kan ada kentang, tempe dan ikan bilis kat rumah, why not aku buat menu ni untuk makan malam?
Maka terhasillah sambal ikan bilis, kentang dan tempe versi aku pulak:
Sambal Ikan Bilis, Kentang dan Tempe |
Warna dia totally lain dari versi Sislin padahal ikut resipi dekat blog dia hihi. Tapi lantak la, janji sedap ]🤭.
Untuk sayur pulak, aku masak sayur cekur manis dan labu, cara masakan orang Sarawak. Style kiteorang tak bersantan dan bahan tumis tu guna udang kering, bukan ikan bilis. Tumis bahan-bahan kisar (bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili) guna minyak, dah naik bau masukkan labu, lepas tu tambah air dan biar mendidih sampai labu lembut. Lepas tu baru masukkan sayur cekur manis dan masak sampai layu. Perasakan. Haa.. macam tu la style masakan sayur ni di Sarawak selain dari tumis dengan telur.
Sayur cekur manis dengan labu |
Korang masak apa malam tadi?
Hari Ahad lepas, aku dan Suami terchenta pergi beli barang-barang dapur di Urban Marketplace di Sentul Point. Ternampak petai yang dah dikopek tiba-tiba teringin pulak nak makan sambal tumis sotong dan petai. Kebetulan masih ada sotong di rumah jadi moh ler buat sambal tumis sotong dan petai.
Sambal tumis sotong dan petai |
Resipi: boleh follow resipi sambal tumis sotong dan petai Che Nom.
Untuk sayur pulak, aku buat timun tumis air. Aku kisar dulu bawang merah, bawang putih dan sejemput ikan bilis yang dah direndam dengan air, lepas tu tumis. Bila dah naik bau, masukkan air. Lepas tu masukkan timun dan biarkan mendidih sampai timun layu. Perasakan dengan garam dan gula.
Sayur timun tumis air |
Berselera Suami Terchenta makan sambal tumis sotong dan petai tu dan sayur timun tu, sampai aku hairan sebab aku tau dia tak minat petai. Bila aku tanya, dia cakap sebab petai tu tak kuat sangat baunya jadi dia suka la. Aku pulak kecewa sikit sebab petai tu takde bau sangat sebab aku suka bau petai 🤭. Ibarat kau makan durian tapi takde bau, mesti kurang nikmat kan? Macam tu la perasaan aku makan petai takde bau.
Sebenarnya aku nak ambik gambar ikan kembung asam rebus ni dalam mangkuknya yang aku dah cedok dan susun cantik-cantik sebelum aku pergi ambik hp nak snap gambar tapi Suami Terchenta tak menyabar-nyabar nak makan, by the time aku dah ambik hp sekali tengok ehhh... seekor dah hilang selamat masuk dalam pinggan dia 🤭. Kesian pulak tinggal seekor je yang berenang dalam kuah asam rebus sebab aku masak 2 ekor je, 2 ekor lagi ikan kembung aku goreng sebab anak-anak sejenis tak reti makan menu orang tua (ni aku kena akur, sebab dulu masa aku muda-mudi pun tak suka makan masakan rebus tapi bila masuk 40an auto berubah selera kau... 🙊 Faktor penuaan sangat!).
Sudahnya ambik gambar dalam pinggan nasi sendiri je laaa... Tadah. Menu simple lagi. Hari-hari menu simple, senang hidup kau Jah... Tapi memang senang pun sebab Suami Terchenta jenis tolak batu dan kayu, yang lain semua dia makan. Anak-anak je picky eaters, nak goreng telur je tapi seorang tak makan telur seorang makan telur, ehhh complicated la dieorang tu!
Menu macam ni pun licin pinggan dibuatnya. Nasi 3 senduk je tau. Iolls patuh dengan arahan dietitian buat masa ni hihi... |
Jangan hairan dengan sambal belacan tu ada ikan bilis, sebab di Sarawak macam tu la ghope sambal belacan kiteorang. Tumbuk sekali dengan ikan bilis. Bahan-bahannya cili & belacan ditumbuk sampai hancur dan halus, lepas tu tumbuk ikan bilis tapi tumbuk manjah je, bagi ada tekstur bila sedap masuk dalam mulut. Tau-tau dah licin ratah dengan timun.
Resipi ikan kembung asam rebus tu aku ambik dari IG - kunyit hidup sebesar ibu jari, lengkuas setengah ibu jari, bawang merah dalam 3-4 ulas dan cili padi (aku pakai cili merah je) blend sampai halus. Panaskan kuali, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, lepas tu tambah air. Masukkan asam keping, tunggu sampai mendidih, baru masukkan ikan. Rebus sekejap, lepas tu masukkan daun kesum. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam, kalau nak masukkan perasa tambahan lain macam mushroom seasoning pun boleh je. Sedap hirup sup asam rebus ni 👍🏻.
Kalau korang pulak suka ke lauk simple macam ni?
Bila masak untuk diri-sendiri je macam ni la kan... tak bother langsung nak salin dari periuk ke mangkuk hihi 🤭. Malas nak bazir air basuh pinggan mangkuk. Sejenis siap masak, terus bawak periuk ke meja makan #unbothered. Kalau mak aku tau, mesti dia bising hihi.
Sup udang dengan terung asam dan sayur pucuk manis @ cangkuk manis tumis telur |
My mom dah selamat terbang pulang ke Sarawak Ahad lepas tapi masa dia datang ke sini, dia bawakkan terung asam @ terung Iban sebab dia tau aku suka sangat terung asam. Selalunya aku campur dalam masakan sardin pedas tapi sebab sardin pedas cap Smiling Fish tu dah habis jadi aku campur dalam sup udang.
Sup udang ni sedap dipadankan dengan sayur tumis, jadi aku pun buat sayur pucuk manis tumis telur. Orang Sarawak tak panggil sayur ni pucuk manis - kiteorang panggil sayur cangkuk manis. Ni pun stail orang Sarawak jugak.
Sup udang ni ringkas je bahan-bahannya - halia, bawang holland, serai yang diketuk, cili padi, asam keping dan nak bagi lebih 'kick', belacan Bintulu. Lepas semua bahan-bahan ni dah mendidih, baru masukkan terung asam sampai lembut dan last sekali baru masukkan udang. Udang tu rebus sekejap je dalam 5 minit terus tutup api. Kalau rebus lama sangat, isi udang tu tak berapa manis dan liat pulak.
Sayur tumis tu pulak lagi la simple. Tumis bawang putih cincang sampai wangi, aku suka letak stok ayam untuk ganti garam, tumis sayur dan akhir sekali baru aku pecahkan telur dan hancur-hancurkan sebelum gaul dengan sayur dalam kuali yang sama. Selalunya aku letak jugak jagung muda tapi lupa nak beli. Ada orang letak serbuk lada putih jugak nak bagi lebih sedap tapi aku tak letak.
Udang ni sepatutnya aku buang dulu kepalanya sebelum dimasak sebab nak elakkan kolesterol tinggi, tapi tanpa kepala udang, sup tu rasa tak bermakna hahaha! Lagipun bukannya makan udang hari-hari pun, setiap minggu pun tak tentu ada. Jarang-jarang kiteorang beli udang tapi kalau ada memang akan masak sup udang la jawabnya.
Di satu petang ni balik dari sekolah, aku ajak Khadeeja ke Sunway Putra sebab tetiba teringin nak makan aiskrim yogurt llaollao kat sini. Kalau pergi ke sini berdua je dengan Khadeeja, aku tak rasa bersalah sebab Khayla memang tak minat pun aiskrim yogurt ni. Cuma aku dengan Khadeeja je peminat aiskrim yogurt dalam rumah ni. Biasanya kalau dah bawak Khadeeja dating, aku akan bawak Khayla dating dekat tempat favourite dia pulak. Baru la adil dan saksama #alasanmakanakdua.
Adik dah dapat aiskrim memang tak toleh kiri kanan lagi hehe |
Biasanya aku ambik maksimum 2 toppings sebab mahal noks kalau ambik banyak-banyak. Aku pilih buah mangga dan sos ovomaltine. Khadeeja taknak buah, dia nak sos ovomaltine tu je. Jimat duit mak hehe.
Sekali-sekala boleh la layan anak tekak, kalau selalu confirm kena marah doktor! |
Kalau korang pulak, korang suka topping apa dekat llaollao ni? By the way, cara sebutan llaollao ialah (yao-yao). Kena tepek kat sini sebab aku selalu lupa cara nak sebut llaollao ni. Berbelit-belit lidah dibuatnya!
Khamis lepas, mak ajak jalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India. Lepas tu singgah beli coklat di Haniffa. Aku baru tau tempat ni jadi tumpuan orang ramai untuk beli coklat dengan harga yang murah. Mak yang duduk di Sarawak tau dulu dari aku hehe.
Lepas mak beli coklat yang dia nak, kiteorang ternampak basikal yang diparkir di depan Haniffa. Oh, ni la Tea Thambi yang terkenal dengan teh, kopi panas dan kuih India seperti vadai dan lain-lain. Apa lagi, ajak la mak mencuba teh dan kopi masala ni. Harga secawan pun murah - RM1 je.
Tea Thambi yang diasaskan oleh seorang graduan jurutera berbangsa India selepas pandemik Covid19 |
Aku memang sangat tertarik dengan kisah pengasas Tea Thambi ni, Kavievanan Subramaniam. Dia merupakan seorang graduan kejuruteraan dan disebabkan peluang pekerjaan sangat terhad lepas pandemik, dia memutuskan untuk membuka bisnes menjual teh masala dengan mengayuh basikal di Brickfields. Disebabkan teh masalanya sedap dan harga pun murah (RM1 satu cawan) jadi bisnesnya pun laku. Sekarang ni dia dah bukak kedai di Jalan Tun Perak dan dengarnya akan bukak sebuah lagi kedai di Masjid India. Seorang anak muda yang patut dikagumi dan dicontohi sebab tak duduk diam dan tanam anggur di rumah sementara cari pekerjaan.
Back to our story, mak ambik kopi masala dan aku pulak ambik teh masala. Tehnya sedap dan ada rasa buah pelaga yang wangi. Mak kata kopi masala tu pun sedap. Patut la ramai orang suka.
Teh masala yang sedap |
Lain kali kalau lalu kat sini lagi aku nak try jugak vadai dan karipap. Mesti sedap makan dengan teh masala ni. Siapa yang dah pernah cuba teh masala dari Tea Thambi ni?
Nota kaki: Semoga makcik India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di kawasan Masjid India berjaya ditemui dengan selamat.
Tengahari biasanya aku akan masak yang simple je untuk diri-sendiri sebab anak-anak dah ke sekolah. Antara resipi yang simple giler ialah aglio olio. Untuk resipi aglio olio aku ni, the less, the better. Kebetulan masa ni, ada lebihan spaghetti lepas buat spaghetti bolognese malam sebelumnya jadi aku pun decide buat aglio olio untuk makan tengahari sebab nak menghabiskan spaghetti tu.
Aglio olio ringkas |
Kalau ikutkan resipi asal aglio e olio, takde udang dan capsicum. 'Aglio' (bawang putih) 'olio' (minyak zaitun) cuma menggunakan 4 bahan je - bawang putih, minyak zaitun, spaghetti dan chilli flakes (peperoncino). Tapi aglio olio pertama yang aku pesan di kedai makan ada letak udang dan capsicum, dan rasanya sangat flavorful so bila aku belajar buat resipi aglio olio ni, aku pun letak dua bahan ni jugak.
Aglio Olio
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar minyak zaitun (untuk menumis)
- 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus) - ikut suka kalau nak rasa garlic tu kuat, boleh letak banyak lagi
- 3 ekor udang saiz besar (buang kulit)
- 1 biji capsicum (dihiris memanjang)
- 2 sudu besar chilli flakes
- 3 sudu besar serbuk keju parmesan (kalau takde pun takpe, tapi lagi sedap bila ada rasa cheese)
- Anggaran 2 cawan besar spaghetti yang telah direbus
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Tumis bawang putih sampai kekuningan dan naik bau, kemudian masukkan udang dan capsicum.
- Tumis lagi hingga udang masak kemudian masukkan spaghetti. Gaul sebati dalam kuali. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti (dalam setengah senduk) supaya tak kering sangat.
- Taburkan serbuk keju parmesan dan chilli flakes kering dan gaul sebati. Perasakan.
- Sebelum dihidang, boleh jugak taburkan daun parsli yang telah dicincang halus. Kalau takde, takpe.
... aku terkagum sekejap. Jarang-jarang Suami Terchenta suggest kat mana tempat makan, biasanya dia mengharapkan aku yang tau kat mana tempat makan best kat KL ni hehe. Tapi minggu lepas tiba-tiba je dia ajak, "Jom, kari kepala ikan." Wah, dah boleh geng dengan Pak Inche SK macam ni! 😅
Sepanjang aku pergi hiking di Bukit Taman Tugu, aku baru tau ada tempat makan on the way nak ke tempat hiking tu ye. Suami Terchenta pun baru tau jugak sebab keluar makan dengan kawan ofis sebelum tu. Dia kata kalau hari bekerja tempat ni penuh waktu tengahari sampai tak cukup tempat parking. Menu special kat sini katanya ialah kari kepala ikan merah. Best sangat la tu sampai repeat ni.
Keunikan kari kepala ikan di sini ialah kuah hitam dan hirisan mangga muda |
Kat sini boleh pilih saiz kepala ikan yang kita nak. Harganya boleh tengok kat gambar kat bawah, dalam lingkungan RM70 ke atas.
Pilih kepala ikan dulu ikut ketebalan dompet masing-masing 🤭 |
Lepas pilih kepala ikan, barulah pekerja kafe campur kepala ikan yang dipilih ke dalam kuah kari dan sedia untuk dihidang.
Sekawah besar kuah kari kepala ikan ni |
Selain dari kari kepala ikan, ada jugak lauk campur yang lain dekat sini macam ikan bakar, ayam kampung goreng dan lauk-pauk Melayu yang lain.
Pelbagai pilihan lauk Melayu |
Aku ambik keli bakar ni jugak sebab nak rasa air asam ikan bakar ni. Sedap la jugak. |
Tempat makan yang selesa dan tak panas |
Bagi aku kari kepala ikan kat sini sedap, pekat dan isi ikan pun manis dan segar. Rempah karinya melekat dekat tangan sampai ke malam ok 😅. Patut la aku baca review kari kepala ikan kat sini rata-ratanya positif dan memberangsangkan. Sayang anak-anak tak reti makan kari kepala ikan, jadi aku dan Suami Terchenta la kena gigih menghabiskan kepala ikan yang besar tu! Dengan saiz kepala ikan macam ni, kesimpulannya kena makan beramai-ramai baru senang nak habiskan hihi.
Kafe ni namanya D'Tugu View sebab dari kafe boleh nampak pemandangan Tugu Negara. Buat peminat kari kepala ikan, boleh la masukkan tempat ni dalam senarai destinasi restoran kari kepala ikan korang 👍🏻.
D'Tugu View Cafe
Waktu Operasi: 7.30 pagi - 4 petang (Tutup hari Ahad)
Selepas sekian lama Khadeeja dok bagi hint 'best nya kalau kita boleh buat waffle sendiri kat rumah', akhirnya apa yang diidam-idamkan anak no. 2 aku ni pun tercapai! 😅
Gajet baru selepas lama Khadeeja bagi hint mintak belikan |
Pagi semalam sebelum turun ke sekolah, aku buatlah waffle untuk dia. Aku guna pancake mix instant je (pagi Isnin rasa malas sikit nak bancuh tepung buat waffle batter), campur susu segar ikut kepekatan yang sesuai dengan resipi dan lepas tu sapu minyak atas acuan waffle maker ni. Bila dah cukup panas, baru tuang adunan dalam waffle maker.
Tunggu 5 minit dah siap waffle |
Sarapan pagi Khadeeja |
Kemain dia happy dapat makan waffle dengan maple syrup pagi tadi. Untuk kakak pulak, buat grilled cheese sandwich. Nice, cheese dia meleleh je dalam sandwich tu. 😋
Rupa-rupanya banyak jugak resipi yang boleh buat guna sandwich maker ni. Nanti ada masa nak cuba buat salah satu resipi aku jumpa kat YouTube:
Shakshuka ni ialah resipi dari negara Tunisia dan hidangan yang popular di Timur Tengah. Kalau pergi ke restoran yang menghidangkan menu shakshuka, confirm aku akan order sebab aku suka sangat rasa shakshuka ni.
Resipi shakshuka aku ni simple je, tapi gerenti sedap hehe. Bahan-bahan utamanya ialah bawang holland, capsicum, chopped tomato (dalam tin) dan telur. Kalau nak boleh masukkan daging cincang jugak. Tapi yang menaikkan rasa shakshuka ni sebenarnya ialah serbuk paprika dan serbuk jintan manis (cumin powder). Bila dah masak, aku suka tabur daun ketumbar yang dah dihiris halus. Sedap tau!
Shakshuka yang aku makan di Bray Bakery |
Ni pulak shakshuka versi aku. Walaupun presentation nampak tak seberapa tapi rasanya sedap hehe |
Shakshuka
Bahan-bahan:
- Minyak zaitun (untuk menumis)
- Sebiji bawang holland (dicincang)
- Sebiji capsicum (dicincang)
- Bawang merah 2 ulas (dicincang / blend kalau tak suka rasa bawang)
- Bawang putih 3 ulas (dicincang / blend kalau tak suka rasa bawang)
- Daging kisar (kalau nak)
- Chopped tomato dalam tin
- Serbuk paprika
- Serbuk jintan manis
- Telur 2 biji
- Feta cheese (kalau takde takpe, tapi kalau ada lagi sedap)
- Daun ketumbar, daun parsley dan daun thyme - kalau takde pun tak pe
Cara-cara:
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang holland dan capsicum sampai kekuningan dan lembut
- Masukkan bawang merah dan bawang putih dan kacau lagi
- Masukkan daging kisar dan masak sampai keperang-perangan
- Masukkan tomato dalam tin dan kacau lagi
- Masukkan serbuk paprika dan serbuk jintan manis (agak-agak je sukatannya)
- Masukkan daun parsley dan daun thyme
- Kecilkan api, buat lubang tengah-tengah shakshuka dan pecahkan telur.
- Tutup periuk dengan penutup dan tunggu sampai telur masak dan nampak macam poached eggs
- Taburkan daun ketumbar dan feta cheese.
- Siap untuk dihidang dan dimakan macam tu je atau cicah dengan roti
My ultimate comfort food. Abaikan presentation tak sesedap dekat restoran hehe |
Cicah dengan roti atau makan macam tu je pun ok |
Dah lama tak bersiaran dengan BFFs dua orang ni, jadi 2 minggu lepas kiteorang keluar brunch sesama selepas mendapat keizinan dari suami masing-masing. Hehe. Sejak dieorang ni kahwin susah bebenor nak cari masa nge-date bersama sebab aktiviti hujung minggu dieorang dengan suami masing-masing 🤭. Sis ni pengantin lama jadi Suami Terchenta dah bagi kepercayaan penuh setiap kali sis bagitau nak keluar girls outing dengan BFFs hihi.
Kali ni kiteorang nak try tempat baru iaitu Opera Cafe & Lounge di TRX. Sebenarnya ni cawangan kedua dieorang, cawangan pertama di Starhill so korang boleh agak la kan kekayangan kafe ni 😅. Kafe ni sangat la lawa sampai dapat jolokan most Instagrammable cafe in KL gittew... Tapi memang lawa pun. Kalau sis Suzy datang sini mesti dia suka sebab tema kafe ni warna pink. Semua pink, dari hiasan kafe sampai la ke pinggan dan even peket gula pun warna pink lolzz.
Opera Cafe & Lounge @ TRX |
Lokasi kafe ni sebenarnya susah sikit nak cari sebab bukan dalam mall TRX tu tapi di bangunan Menara Exchange 106 yang bersambung dengan mall. Sampaikan Zura boleh sesat barat tak jumpa-jumpa kafenya, bengang member tu siap bagitau kalau dia tak jumpa jugak lepas sejam cari, dia akan pergi shopping je la! Nasib baik 45 minit kemudian dia muncul 😝. Aku dengan Nurul dah puas ber posing sakan by the time dia sampai hehe.
Puas ber posing sementara menunggu seorang lagi BFF sampai sebab dia tengah sesat mencari jalan ke kafe |
Kafe ni menghidangkan menu Western dan Mediterranean, pastries, kek dan jugak dessert. Sebenarnya ada jugak Instagrammable desserts yang sangat la comel dan menarik, tapi kiteorang tak order sebab tujuan datang ke sini sebab nak brunch. Boleh tengok menu kafe di SINI.
Antara makanan/minuman yang kiteorang pilih:
Peach iced tea, Opera avocado dan rich hot chocolate |
Almond croissant |
Eggs benedict with smoked salmon |
Salmon cruffin |
Truffle fries |
Boleh dikatakan makanan kat Opera Cafe & Lounge ni sangat memuaskan hati, cuma harganya agak kayangan la. Tempatnya sesuai untuk celebrate birthday atau anniversary sebab deko kafe OTT (over the top) dan sesuai untuk orang yang suka ambik gambar dan post di IG hihi. Sebelum ke sini, elok buat tempahan meja dulu. Masa kiteorang mula-mula sampai pukul 10 pagi, kafe ni agak lengang tapi bila kiteorang dah nak gerak hampir 2 jam kemudian, tiba-tiba tempat ni penuh. Nak selamat, digalakkan buat tempahan meja.
Ada tempat OOTD jugak tapi camera girl yang bertugas kat sini ambik gambar close-up ni kenapa? Dah kena crop sayap sis ni 🤪 |
Alamat: Lot No. UG.08, Level Upper Ground, Menara Exchange 106
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam
IG: @operacafemy
Laman web: https://operacafe.com.my/