Tahun ni kiteorang gigih la datang menonton acara perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 di Dataran Putrajaya. Siap tempah bilik hotel lagi sebab nak pergi tengok acara perbarisan secara langsung buat pertama kalinya dalam seumur hidup.
Since kiteorang baca pengalaman orang yang pergi tahun lepas, rata-rata kata kena datang awal sebelum Subuh dan jalan confirm la sesak giler, jadi kiteorang buat keputusan untuk naik motor je dari KL ke Putrajaya. Hari Jumaat lepas solat Maghrib, kiteorang pun bertolak dari rumah dan sampai ke hotel di IOI City Putrajaya dalam 45 minit kemudian. Malam tu kiteorang semua tidur awal, tapi aku tak berapa lena tidur sebab tengah uzur dan agak heavy kali ni. Dua kali bangun untuk ke tandas. Sudahnya pukul 5 pagi bangun rasa macam tak cukup tidur, tapi gagahkan diri jugak untuk bangun sebab excited nak pergi tengok acara perbarisan.
|
Gigih tidur kat hotel dan naik motor pagi-pagi lagi nak ke Putrajaya! |
Dari IOI City Mall ke Dataran Putrajaya mengambil masa kira-kira 20 minit. Tu pun sebab boleh menyelit-nyelit di celah-celah kereta. Kalau yang naik kereta aku rasa mau 40-50 minit baru sampai. Tapi sampai kat Putrajaya sebelum ke Jambatan Seri Wawasan, jalan ditutup dan motor semua diarah untuk parking tak jauh dari jambatan. Kena pandai-pandai la menyelit celah mana sebab masa ni parking motor tu pun dah hampir penuh sampai berlapis-lapis parking.
|
Pukul 5.20 pagi pun dah ramai orang yang datang |
First thing first, mesti la kena singgah di masjid untuk solat Subuh. Dari tempat parking motor ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kiteorang kena menapak hampir 2km. Dengan tak cukup tidurnya, dengan uzurnya, uish... belum mula acara perbarisan lagi aku dah kepenatan 😵💫.
|
Sementara anak-anak dan Suami Terchenta solat, aku duduk menunggu di tepi masjid |
Dah selesai solat Subuh, barulah kiteorang bergerak ke Dataran Putrajaya. Tu pun kena menapak jauh lagi sebab kebanyakan tempat dah penuh. Akhirnya kiteorang dapat tempat kosong di tempat mula acara perbarisan. The good thing about our spot is belakang tu ada food trucks so boleh la beli makanan dan minuman untuk sarapan pagi sementara menunggu acara perbarisan bermula.
Dalam pukul 7.40 pagi macam tu, barulah program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku selepas ketibaan DYMM YDPA, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar, diikuti dengan lafaz ikrar yang dipimpin oleh wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa. Selepas lafaz ikrar, laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali dilafazkan dan diikuti oleh semua yang hadir dengan penuh semangat, termasuklah kiteorang.
|
Ramai-ramai mengangkat tangan sambil melaungkan 'Merdeka' |
|
Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang selepas tamat laungan 'Merdeka' |
Lepas tu barulah acara perbarisan dimulakan. Aku tak sempat nak ambik gambar semua tapi ni antara kontinjen perbarisan yang aku sempat snap. Korang baca je la caption gambar-gambar ni ye:
|
Macam biasa, syarikat telco mesti bawak maskot masing-masing |
|
Atas: Tak kenal pun pelakon-pelakon yang naik bas Astro tu. Tengah: Kalau tak kenal Upin & Ipin, mesti baru balik bertapa dari gua selama 100 tahun kot. Bawah: Buat pertama kali penghantar Grab join acara perbarisan merdeka jugak |
|
Atas: Tengah bincang macamana nak bawak kuda lalu celah-celah orang ramai. Bawah: Selain dari Grab, perarakan Chingay pun julung kali jugak join perarakan tahun ni |
Yang ni pulak penyertaan dari agensi penguatkuasaan:
|
Atas: Dari National Scam Response Centre. Masa ni ramai-ramai jerit - 'Tangkap scammer tu, bang!' Tengah: Ni JPA zaman bila entah. Bawah, kiri: Oyen pun join perarakan tahun ni, kanan: Abam JPA pun nak glamer jugak |
|
Amboi, abam JPJ pun nak bersaing dengan abam Bomba tahun ni, semua sado-sado jambu-jambu belaka |
|
Ni crowd favourite - Abam Bomba. Yang kelakarnya yang paling kuat jerit 'Abang Bomba!' ialah dari penonton lelaki 🤣 |
Tengah berdiri di khalayak ramai sambil ambik gambar, tiba-tiba aku dapat alert dari Apple Watch - 'Your heart rate rose above 120bpm while you seemed to be inactive for 10 minutes'. Mak ai... patut la aku rasa pening-pening lalat, rasa nak terhuyung-hayang je. Bukan sebab tengok abang bomba tau, tapi sebab lupa bawak ubat malam sebelum tu, tak cukup tidur, period heavy, too crowded tak cukup oksigen... So Suami Terchenta kata balik je la. Dia takut aku terpengsan pulak kat situ.
Dengan berat hati kiteorang terpaksa balik sebelum acara perbarisan sampai ke kemuncak. Aku singgah di masjid sebab nak ke tandas, time ni la pulak jet pejuang dan helikopter lalu atas masjid! So tak dapat la aku tengok pertunjukan jet pejuang di udara. Betul-betul terkilan tapi tu la, bukan rezeki namanya.
Masa berjalan kaki balik tu heart rate aku yang biasanya kalau berjalan dalam lingkungan 90+ ke 119 bpm, naik mendadak ke 130 - 150+ bpm. Dah la kena menapak jauh! Kena jalan slow-slow, so sempat lagi ambik gambar trak tentera lalu di Jambatan Seri Wawasan:
|
Tentera dan aset tentera. Ramai yang berkerumun tepi jalan sambil melambai dan ambik gambar |
Khayla yang paling enjoy tengok acara perbarisan ni sebab dia ni memang ada semangat patriotik yang tinggi. Khadeeja pulak kurang feel sikit sebab orang kat depan dia tu tinggi, so dia tak nampak sangat pun acara perbarisan kat depan.
Aku rasa cukup la sekali je pergi tengok acara perbarisan ni sebab lagi best tonton di televisyen, lain la kalau dapat tempat duduk yang strategik. Nak dapat tempat duduk strategik kena datang tengah malam dan tidur dekat situ, which aku rasa tak sanggup la weyh. Haha.