Bulan lepas, Suami Terchenta ajak pergi camping lagi. Dia ni asal stress dengan kerja je pergi camping. Cuba ajak pergi Langkawi ke, tak pun pergi jalan-jalan overseas ke hihi. Takpe, tahun ni kita layan je request dia nak pergi camping tapi tahun depan nak buat proposal gi jalan-jalan pulak. Doakan sis berjaya! 😂
Plan asal nak try camping di PD Mayang Sari Campsite sambil layan view laut tapi dah penuh la pulak sampai hujung bulan Julai tu. End up kiteorang pun decide nak repeat camping di Sojuk Riverside memandangkan trip camping lepas kiteorang memang enjoy suasana tepi sungai kat sini.
Memandangkan ni kali ke-2 ke sini, jadi aku malas nak ambik gambar banyak-banyak. Cukup ambik gambar aktiviti memanggang dan makanan kiteorang time camping. Malam sebelumnya aku dah siap-siap memasak dan standby bahan-bahan memasak dalam peti sejuk. Bahan-bahan kering pulak aku dah pack dalam kotak makanan, esok paginya tinggal nak pack bahan mentah, ayam yang dah diperap dan bahan-bahan dalam peti sejuk ke dalam ice box.
Pagi tu aku sibuk sikit jadi Suami Terchenta la yang keluarkan bahan-bahan dari peti sejuk dan masukkan dalam ice box. Tengah-tengah perjalanan menuju ke Sri Gombak, aku tanya dia ada keluarkan sambal petai dari dalam peti sejuk. Boleh pulak Suami Terchenta lupa... Terpaksa la patah balik ambik sambal petai tu sebab menu aku dah plan guna sambal petai.
Lepas set up khemah, mulalah aktiviti memanggang ikan untuk makan tengahari. Menu tengahari ialah ikan bakar sambal petai. Sebab tu la kena ada sambal petainya hehe.
Ikan siakap bakar dengan sambal petai. Sambalnya menyorok bawah tu |
Petang, bakar sayap ayam, sosej dan udang pulak sambil enjoy view sungai |
Khadeeja tolong bakar udang lepas 2 jam berendam dalam sungai |
Nampak je macam takde bara api tapi rentung jugak la sayap ayam tu dari haba arang tu |
Makan malam kiteorang - roti sosej, nasi, telur rebus, timun dan ayam bakar |
Esok paginya buat nasi lemak dengan lauk sambal petai, telur goreng, sosej lebih bakar malam tadi dan telur rebus |
Nasi lemak |
Kali ni kurang enjoy masa packing nak balik sebab banyak semut masuk celah-celah batang khemah jadi kena betul2 pastikan takde semut baru boleh packing. Kalau tak berkampung la semut kat rumah kiteorang pulak. Nak bunuh, berdosa sebab Nabi pernah bersabda semut ialah antara binatang yang tak boleh dibunuh secara sengaja. Jadi memang ambik masa sikit nak ketuk2 batang-batang khemah bagi semut tu semua jatuh keluar. Agaknya kiteorang tak sengaja set up khemah atas rumah dieorang kot.
Bila pergi camping sehari je, aku rasa macam tak berbaloi pulak hahaha! Sebabnya bukan release penat, tapi tambah penat lagi ada. Sekurang-kurangnya pergi 2 hari baru la betul-betul dapat enjoy suasana santai kawasan perkhemahan tu. Tapi dah Suami Terchenta busy sokmo, nak tunggu dia dapat cuti dua hari tu memang payah la. Yang penting dapat spend quality time dengan keluarga. Betul tak?