Sambungan dari sini:
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan (Part 1)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan & Cherating (Part 2)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kemaman (Part 3)
Akhirnya selepas mengharungi perjalanan selama 4 jam lebih, kiteorang pun sampai ke Kuala Terengganu:
Selamat datang ke Kuala Terengganu |
Perkara pertama kiteorang nak buat ialah solat jamak di Masjid Kristal. Masjid ni terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Man Wan Kuala Terengganu.
Gerbang masuk ke Taman Tamadun Islam |
Replika Dome of the Rock (Kubah As-Sakhrah) dalam Taman Tamadun Islam boleh nampak dari tepi jalan menuju ke Masjid Kristal |
Dari luar masjid ni nampak tersergam indah dengan senibina yang unik. Sedikit fakta tentang Masjid Kristal - ruang solat dalam masjid ni boleh menampung seramai 700 jemaah pada satu-satu masa. Ia merupakan masjid pintar pertama di Malaysia. Diberikan nama Masjid Kristal sebab salah satu bahan utamanya ialah kristal selain dari kaca dan keluli.
Bergambar kenang-kenangan di depan Masjid Kristal. Masa ni tak gigih sangat nak bergambar sebab Khadeeja dah lapar, sebab tu mukanya masam je dalam gambar 😅 |
Ingatkan nak singgah di Taman Tamadun Islam sebab dah alang-alang kat kawasan tu kan, tapi sebab kiteorang sampai akhir dan taman tu akan ditutup dalam setengah jam lagi, jadi kiteorang tangguh rancangan tu keesokan harinya.
So next destination - Pasar Kedai Payang. Niat nak beli kain untuk buat baju kurung batik Terengganu. Bila sampai sini, baru tau ada Pasar Kedai Payang lama dan baru.
Pasar Kedai Payang (lama) |
Tak banyak kedai yang masih bukak mungkin sebab kiteorang sampai agak lewat. Dekat sini ada jual pelbagai jenis kekacang, produk makanan laut dan makanan tempatan |
Kiteorang pusing sekejap dalam Pasar Payang lama lepas tu bergerak ke Pasar Payang baru pulak.
Tak jauh dari Pasar Payang lama ialah kompleks Pasar Payang baru |
Dalam ni pun tak banyak kedai yang masih bukak. Dekat ground floor mostly kedai emas dan kedai menjual cenderamata. Nasib baik dekat tingkat atas kedai yang menjual tekstil kain batik Terengganu dan pakaian seperti t-shirt cenderahati dan baju kelawar batik banyak yang masih dibuka. Atas ni memang ramai la yang pengunjung yang sibuk membeli-belah walaupun masa tu dah agak petang jugak la.
Kedai di tingkat satu masih menjadi tumpuan pengunjung Pasar Payang baru |
Dekat luar pulak ada menara jam. Masa ni dah pukul 6 petang tapi masih ramai lagi yang berlegar-legar dan berkunjung ke Pasar Payang baru |
Aku beli kain pasang batik Terengganu untuk buat baju kurung untuk mak dan sepasang blouse corak batik untuk aku. Mula-mula ingatkan nak beli 2 pasang kain batik Terengganu tapi tak jadi sebab takde beza pun aku beli sepasang atau dua pasang kain - peniaga tu taknak berganjak pun nak bagi diskaun, tetaplah RM10 je diskaun 😅. Aku ke yang tak pandai tawar-menawar? Hehe. Aku husnuzon je la - mungkin dia bukan owner kedai so dia tak berani nak bagi diskaun lebih-lebih. Bagus jugak, jimat duit aku 🤭.
Lepas shopping di Pasar Payang, kiteorang beli keropok lekor dan air kelapa dari gerai depan pasar dan duduk di tepi water front sambil menikmati keropok lekor yang sedap dan air kelapa yang sejuk. Masa ni aku rasa sedih betul la tengok sekeliling sebab sampah merata-rata. Tong sampah melimpah-ruah pun masih lagi orang nak buaang sampah dekat tepi tong sampah. Bila buang tepi tong sampah, habis la berterbangan beg plastik yang dibuang tu. Aku pesan dekat anak-anak lepas makan bawak balik je sampah, nanti buang kat homestay.
Sayang betul, negeri dah cantik tapi dicemari dengan sampah. Dekat Masjid Kristal tu pun sama, tong sampah sampai melimpah-ruah dengan sampah. Aku rasa majlis perbandaran KT kena buat inisiatif, musim cuti sekolah dan di kawasan tempat pelancongan padat dengan pelancong, kena kerap buat kutipan sampah atau sediakan tong sampah lebih besar. Peniaga pun sepatutnya sediakan tong sampah jugak atau kurangkan penggunaan beg plastik. Sama-sama jaga kebersihan. Agak sayang imej bandar KT tercemar sebab banyak sampah. Itu pemerhatian aku la sepanjang berada di KT.
Tak sempat nak berjalan-jalan di waterfront sebab dah masuk waktu Maghrib, jadi kiteorang kena gerak cari lokasi homestay |
Di KT, kiteorang duduk di homestay kepunyaan kawan aku. Harga semalam RM320, homestay luas, bersih dan selesa. Ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Dapur lengkap, ada mesin basuh, ada TV, sofa, meja makan. 2 buah keluarga pun boleh muat ni, sebab ada tilam jugak boleh bentang di ruang tamu dan ruang tv di luar. Homestay ni terletak di kawasan Gong Badak. OK la, sebab kiteorang pun cuma nak tidur dan mandi je.
Lepas Maghrib, kiteorang malas nak keluar sebab malam tu hujan lebat. Nak cari tempat makan pun malas sebab masih kenyang lepas makan keropok lekor. Lagipun kiteorang kepenatan sebab bangun awal pagi tu.
Next entry bersambung esok ye.