Salam semua,

Dah lama bebenor meninggalkan blog ni senyap dan sepi... Sorry korang, mood blogging aku lately memang kelaut. Tapi hari ni aku tetiba rasa rajin pulak hehe. Lagipun aku dah janji nak update pasal trip umrah bulan 2 hari tu. So, get ready nak hadap banyakkkkk gambar ok! 

Entry aku ni cuma fokus dekat beberapa tempat yang kiteorang ziarah sepanjang di Madinah sebab kalau nak cerita detailed aktiviti setiap hari di sana, panjang sangat pulak. Aku sendiri pun bosan nak baca nanti haha. So here goes:

#1: Pengalaman menaiki penerbangan AMAL by Malaysia Airlines

Kiteorang bertolak pada 28 Januari 2025 dari KL ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 10 jam 45 minit, dan tiba di Madinah lebih kurang pukul 10 malam waktu tempatan. 

Alhamdulillah, suasana dalam flight cukup selesa. Kiteorang dapat seat 2 orang - kakak aku duduk dengan mak dan aku pulak duduk dengan adik.


Selfie sebelum flight berlepas

Setiap penumpang diberi beg pouch berisi kelengkapan ibadah percuma. Jadi aku sarankan kalau naik flight AMAL nak ke Mekah untuk ibadah umrah, korang tak payah cari botol wudu', sejadah travel dan beg untuk letak kasut sebab akan dapat percuma dalam flight nanti.


Dapat beg pouch percuma berisi kelengkapan ibadah

In-flight entertainment sangat membantu untuk jemaah mengulangkaji cara-cara menunaikan ibadah umrah melalui panduan ibadah umrah, cara-cara berwudu' menggunakan air dalam botol wudu', cara menunaikan solat dalam penerbangan dan sebagainya. Selain tu ada bacaan Quran dan ceramah agama untuk mengisi masa sepanjang penerbangan.


Refresh apa yang dipelajari masa kursus umrah dalam flight

Makanan dalam flight dihidangkan sebanyak dua kali iaitu makan tengahari dan makan malam. Dua-dua not bad di tekak aku.


Makanan yang dihidangkan dalam flight


Selamat tiba di Lapangan Terbang Prince Mohammed Bin Abdulaziz di Madinah

#2: Penginapan di Hotel Ruve Al-Madinah

Aku tak tau kenapa aku tak ambik gambar bilik kiteorang langsung haha. Mungkin sebab bila sampai tu, dah penat dan mengantuk. Plus, bilik yang kiteorang sepatutnya masuk tak boleh nak masuk malam tu sebab jemaah dari Turkiye belum daftar keluar lagi. Part ni mutawif dah siap-siap bagitau memang ada kemungkinan akan berlaku bila sampai di Madinah. Kita akan bertemu pelbagai ragam orang di sana, jadi hadap je la. End up dapat bilik untuk 4 orang tapi kecik sikit. Kiteorang tak kisah sangat, janji ada tempat nak letak kepala atas bantal je 😅.  Sepanjang berada di sana kiteorang banyak menghabiskan masa di Masjid Nabawi. Yang penting jarak hotel ni memang dekat sangat dengan pintu pagar 338 Masjid Nabawi, kira-kira 200m dan 5 minit je jalan kaki.

Ada orang kata Hotel Ruve ni dulu dimiliki oleh orang Malaysia sebab tu nama restoran hotel ni dalam bahasa Melayu (Restoran Cempaka). Makanan pun makanan Malaysia dan Indonesia - sup tomyam, kari ayam, ayam masak merah etc.


Nak ke Masjid Nabawi, lintas jalan dan lalu celah-celah bangunan tu dan jalan straight je dah sampai

Dari celah-celah ni dah nampak payung masjid. Convenient masuk dari pintu gate 338 ni sebab dekat dengan pintu masuk masjid untuk jemaah wanita

#3: Lawatan ke Masjid Quba

Keesokan harinya, lepas solat Subuh di Masjid Nabawi dan sarapan pagi, kiteorang dibawa ke sekitar kota Madinah menaiki bas. Sepanjang perjalanan tu, mutawif kiteorang, Ustaz Amir tunjukkan beberapa landmark di sekitar Madinah dari dalam bas. Tempat pertama yang kiteorang berhenti ialah di Masjid Quba, iaitu masjid pertama yang dibina di Madinah dan Rasulullah SAW sendiri yang membina masjid ni dengan tangan baginda. Dekat sini kiteorang berpeluang menunaikan solat sunat. Masjid ni tak besar sangat, sebab tu tak digalakkan nak berlama-lama dalam masjid untuk bagi laluan dekat jemaah lain menunaikan solat di sini.


Masjid Quba, masjid pertama dibina umat Islam

Bergambar kenangan depan Masjid Quba

Di masjid ni ada banyak kucing, cantik-cantik pulak tu! Geram tengok, rasa nak bawak balik hihi...

#4: Lawatan ke Ladang Kurma

Dari Masjid Quba, kiteorang dibawa pulak ke ladang kurma. Tapi yang ni aku agak disappointed sikit la sebab aku ingatkan boleh la tengok buah kurma atas pokok kurma tapi tidak yaaa 😅. Tempat ni rupa-rupanya pasar membeli buah kurma. Selain dari kurma, ada coklat dan pelbagai barangan cenderahati dijual di sini.


Dari pintu masuk lagi penjual dah memanggil-manggil suruh beli barang kat pasar ni 🤭


Suasana di dalam. Kat mana-mana penjual offer kurma / coklat sambil sebut, "Hajjah, halal!" maksudnya halal untuk kita makan percuma hihi

Macam-macam jenis kurma boleh dapat dekat sini

Ini je laaa pokok kurmanya... Yang belakang kiteorang tu ialah kawasan lepak untuk siapa yang nak merasa lepak bawah pokok kurma 😄

#5: Lawatan ke Bukit Uhud (Jabal Uhud)

Dari ladang kurma, kiteorang ke destinasi seterusnya iaitu salah satu tempat di mana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud. Masa Ustaz Amir cerita balik peristiwa Perang Uhud ni, rasa sedih sangat sampai mengalir air mata. Bayangkan masa ni Rasulullah SAW cedera parah sampai orang kafir Quraisy dan sebahagian tentera Islam menyangka baginda telah terkorban, tapi baginda berusaha supaya darah baginda tak menitik ke tanah sebab kalau darah baginda jatuh ke tanah, para malaikat akan turun dan membinasakan Uhud. Bukan setakat tu, ramai sahabat yang terkorban dalam perang Uhud termasuk pakcik Rasulullah SAW sendiri iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib yang terkena tombakan lembing yang dilemparkan oleh seorang hamba iaitu Wahsyi. Selepas perang Uhud, Wahsyi dibebaskan tuannya sebab berjaya bunuh Hamzah RA dan beliau memeluk Islam. Tapi walaupun Rasulullah SAW memaafkan Wahsyi, akibat terlalu sedih dengan kehilangan pakcik baginda, baginda berkata, "Bolehkah kamu sembunyikan wajahmu dari pandanganku?" sebab bila pandang Wahsyi je, baginda teringat macamana pakciknya syahid di medan perang. Bayangkan kita kalau berada di tempat Wahsyi, nak sangat jumpa Rasulullah SAW tapi Rasulullah SAW tak sanggup nak tengok wajah kita 😭.

Bukit Uhud di mana berlaku pertempuran antara tentera Islam dan tentera kafir Quraisy

Masjid Sayyid al-Shuhada

Makam 70 sahabat Nabi SAW yang gugur dalam perang Uhud

#5: Melawat The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization

Muzium ni memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW dari salasilah baginda, peristiwa penting dalam hidup baginda, perwatakan dan ciri-ciri fizikal baginda dan gaya hidup Rasulullah SAW. Lokasi muzium terletak dalam pekarangan Masjid Nabawi. Harga tiket masuk ialah SAR40. Vibe dalam muzium ni moden dan canggih, dengan kebanyakan pameran yang ditunjukkan bersifat interaktif, siap ada teknologi AR (augmented reality).


The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization

Boleh beli tiket online atau dari kaunter. Kiteorang pilih tour bahasa Inggeris

Salasilah Rasulullah SAW dari Nabi Adam SA

Ni video salah satu paparan menggunakan teknologi AR dalam muzium yang aku rakam:


#6: Makam Rasulullah SAW

Ni la tempat yang paling dirindui bila di Madinah... makam Rasulullah SAW. Bila ke sini, perasaan nak jumpa Rasulullah SAW tu lebih terasa bila pandang kubah hijau ni.


Dari luar makam Rasulullah SAW. Rindu nak berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah berkesempatan beri salam dekat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar al-Khattab RA di sini.

Dipetik dari hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, diceritakan oleh Abu Hurairah RA yang baginda Nabi SAW pernah bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu memberi salam kepadaku, Allah akan mengembalikan jiwaku kepadaku dan aku menjawab salam itu." (Hadis riwayat Abu Dawud). Dari hadis ni, pendapat Imam Nawawi bahawa Rasulullah SAW menjawab salam orang yang mengucapkan salam kepada baginda dari makam baginda. Wallahualam.

Sampai sini je dulu bahagian 1. Bersambung di bahagian 2 nanti 😄.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .