Apa khabar kawan-kawan yang rajin singgah di blog aku ni. Dah lama rupa-rupanya aku menyepi. Entah kenapa aku ketandusan idea dan mood nak blogging hujung tahun lepas. Walaupun dapat banyak email dari syarikat yang nak buat sponsorship iklan dan guest post, tapi aku declined sebab aku malas nak online. Sekarang ni aku blogging sebab minat dan suka-suka untuk menulis tentang kehidupan seharian. Jadi kalau tiba-tiba mood nak menulis tu menjunam, memang tak boleh paksa-paksa nak menulis huhu... Itulah yang berlaku.

Anywayyy... tahun baru, azam baru. Tahun ni kami berdua berazam nak lebih sihat. Nak ubah cara pemakanan, jadi lebih aktif dan (untuk aku) nak dapatkan BMI yang normal. Sekarang ni aku masih lagi duduk dalam kategori 'Obese'. Bila aku check berapa berat ideal aku melalui kalkulator BMI, nak nangis uwaaa! Mengikut kalkulator tu, berat aku sepatutnya tak lebih dari 53kg 🫣. Good luck la kepada diri-sendiri untuk mencapai berat tu 🥺.


hiking
Aktiviti riadah sempena tahun baru dan azam baru di Taman Tugu

Walaupun nampak agak impossible tapi Insha Allah akan diusahakan. Bermula dengan buat intermittent fasting dan berjalan 10 ribu langkah sehari. Follow IG @nutritionistkkm pun banyak jugak tips untuk mencapai berat ideal. Moh ler kita cuba!


tips berat ideal
Kredit: IG @nutritionistkkm


P/S: Apa azam tahun baru korang?

7 comments:

  1. Happy 2025. Moga sihat ceria selalu. Thanks for sharing. Sama jugak ni kena jaga pinggan makan. Aihh hujan2 ni sedap makan. Take care.

    ReplyDelete
  2. happy new year carneyz!! bab berat bdn..kita serupa!! MZ pun BMI dh sgt2 teruk ni...so MZ dh start clean eating from 1 jan ari tu..moga2 ada hasil laa..aamiin

    ReplyDelete
  3. Itulah..lama Carneyz menyepi.
    Semoga tercapai azam 2025 Carneyz 💪🏼

    Akak target berat 57 kg, tapi dah bertahun tak tercapai 😅

    ReplyDelete
  4. Try buat IF dan suku suku separuh tu mesti boleh turunkan berat.

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru 2025 sis. Semoga dipermudahkan segala urusannya. Ibu x ada azam thn baru cuma doa moga semua hal yg baik² saja thn ni.

    ReplyDelete
  6. Happy new year Carneyz...tu la lamanya dia senyap sunyi...tahun ni x tau la nak letak azam apa..yang penting nak sihat dan always success...zero online shopping dan zero debts..hahaha...boleh ke agaknya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .