Makan Tengahari di Restoran Halab Gate @ Bukit Bintang KL
Aktiviti JJCM ni berlaku dalam bulan Oktober jugak. Kali ni nak cuba restoran Arab, Halab Gate di Bukit Bintang KL. View kat sini cantik menghadap laluan monorel dan pemandangan Bukit Bintang. Lokasi pun tak jauh dari stesen MRT Bukit Bintang.
|
Open air seating di tingkat 2 @Restoran Halab Gate di Bukit Bintang |
|
Jom cuba nasi Arab kat sini |
|
Abaikan muka Khadeeja yang mencuka tu sebab dia dah kelaparan atau mode 'hangry' (hungry + angry) 🫣 |
|
Cantik pemandangan dari meja kiteorang tapi satu je la, panas berbahang kat atas ni. Kipas ada tapi tak rasa pun angin dari kipas tu |
Macam biasa anak-anak request nak nasi mandy kambing. Kiteorang pesan 2 pinggan, satu pinggan tu kongsi berdua. OK la, not bad sedap nasi mandy kat sini. Cuma portion kambing tu aku rasa macam kecik, portion untuk seorang makan. Biasa bila pergi restoran Arab yang lain, portion kambing tu besar. Harga pun keras, maklumlah dekat kawasan tumpuan pelancong asing kan.
|
Nasi mandy kambing (RM45) |
Kalau pergi sebelah malam mungkin sejuk sikit kot nak lepak di tingkat atas ni. Waktu siang lebih baik mintak meja di tingkat satu sebab ada aircond. Tapi view tingkat atas tu memang awesome la.
Halab Gate Restaurant & Lounge
Alamat: 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Masa Operasi: 10.30 pagi - 5 pagi
nice interior deco & ambience :) i pun dh lama jugak tak mkn nasi arab..ari tu masa bday my adik, plan asal nak gi mkn2 kat restoran arab, last2 cancel sbb ujan lebat
ReplyDeletermi tgk org p mkn sini dpt meja view nmpk monorel tu cantik...oh kalo siang panas ye
ReplyDeleteOpen air seating area tu best lah.
ReplyDeleteMemang keras tu harganya kalau porsi kecik utk seorang makan. Yang 'hangry' tu kenyang tak? Takut masih tak boleh senyum ðŸ¤
ReplyDelete