Memandangkan dah lama tak update blog, jadi lepas ni akan ada banyak posting throwback hihi. Yang first ni throwback bulan September lepas. Kiteorang tak tau nak makan malam kat mana so end up makan malam di restoran Pakistan tak jauh dari area rumah kiteorang.
Dalam restoran agak luas dan bersih. Ala-ala makan kat kedai Arab la.
Dalam restoran |
Banyak jugak pilihan menu cuma tak tau nak makan apa |
Masa belek menu, memang clueless jugak la nak order apa sebab tak pernah makan di restoran Pakistan sebelum ni. Selalu makan kat kedai Arab atau kedai India Muslim je kan. Last-last kiteorang pesan hidangan nasi untuk kongsi makan, sejenis kebab Pakistan dan pencuci mulut.
Kabuli Pulao |
Sebenarnya aku confuse sebab bila aku Google hidangan ni sebenarnya berasal dari Afghanistan, bersempena dengan nama bandar utama Afghanistan iaitu Kabul. Tapi mungkin sebab dieorang negara berjiran kot, sebab tu ada hidangan ni dalam menu restoran Pakistan ni. Nasi ni dihidangkan dengan sejenis sup (kofta) dan salad timun. Kalau korang penggemar hidangan nasi dari Timur Tengah boleh la cuba sebab bagi aku sedap.
Selain dari hidangan nasi, Suami Terchenta jugak pesan kebab Pakistan ni:
Rasanya agak berbeza dari kebab Turki atau kebab Arab. Ianya ialah daging kisar yang diperap dengan rempah-ratus termasuk garam masala sebelum dipanggang. Bagi aku not bad, cuma aku lebih suka kebab Arab.
Khayla pulak pesan roti cheese naan dia. Memang melimpah dengan cheese ye! Kiteorang tumpang rasa, memang sedap roti cheese naan kat sini.
Cheese naan (Khayla bagi rating 10/10) |
Yang terakhir, kiteorang pesan hidangan pencuci mulut, kheer / puding nasi. Dessert ni dibuat dari nasi (beras basmati), susu, gula dan buah pelaga (cardamom) dan ditabur dengan kekacang. Simple je resipinya tapi sedap.
Kheer |
Overall, makanan kat restoran ni memang sedap dan menepati citarasa kiteorang. Cuma satu je la, susah nak parking sebab betul-betul kat tepi jalan raya utama.
Alamat: Lot 161, Jln Sultan Azlan Shah, Titiwangsa Sentral, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 tengahari - 2 pagi
Semua sedap especially nampak Cheese Naan dan Kabab tu.
ReplyDeletedah makin banyak resto.pakistan. dulu resto arab...
ReplyDeletep/s selamat tahun baharu ✌️
ReplyDeleteSA x pernah makan makanan pakistan tapi nampak macam sedap je Carneyz
ReplyDeleteUishh dah dua orang blogger review tmpt ni.. mcm nak kena pergi juga hihii :D
ReplyDeletelama tak tengok Carneyz..
ReplyDeletekheer tu nampak macam sedap,teringin juga nak cuba
dlm byk2 tu, i terliur cheese nan ;)
ReplyDeletewaahhhh nampak sedap kabab & nan cheese tu!
ReplyDeletekheer tu dessert mcm puding ke tu?