Sekarang ni isu scammer belum setel lagi walaupun dah masuk tahun 2025. Macam-macam cara dieorang nak dapatkan duit dengan cara menipu orang awam. Lagi-lagi sekarang ni sesiapa je boleh beli ruang iklan kat media sosial, lepas tu buat iklan jual barang / kutip dana. 

Untuk melindungi orang awam dari penipuan scammer, elok la sekiranya sebelum buat pembayaran dalam talian korang semak dulu sama ada akaun bank tu pernah dilaporkan ke pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM ke tak.

Berikut ialah cara-cara menyemak kesahihan nombor akaun bank sebelum buat pembayaran:

1. Pergi ke portal CCID (Commercial Crime Investigation Department) / Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM : https://semakmule.rmp.gov.my/.

2. Masukkan nombor akaun bank / nombor telefon / nama syarikat yang ingin disemak.

3. Pilih kategori mengikut maklumat yang diisi.

4. Lengkapkan pengesahan 'Captcha'. 

5. Tekan butang 'Semak Maklumat':


detect scammer
Tangkap layar dari portal CCID

Kalau ada laporan dalam rekod pihak polis, bermakna akaun / nombor telefon / syarikat tu mungkin kepunyaan scammer. Kalau takde pulak, tak bermaksud ianya selamat. Teruskan berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu menarik untuk dipercayai (too good to be true), terlalu murah dan tak masuk akal walaupun nampak macam betul / legitimate. Ni bukan zaman ahlong edar flyer macam dulu-dulu, scammer pun dah bijak sekarang ni. Jadi, berhati-hatilah dalam urusan yang melibatkan wang kita.


detect scammer

Boleh tonton video ni untuk cara-cara semak melalui aplikasi Semak Mule pulak:


20 comments:

  1. One of my very close relatives baru jer kena scam RM78k.. Habis TH, ASB bagai.. skrg ni ternganga je sebab umur 71 thn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah... kesiannya dgn your relative. Tapi mmg scammer biasanya akan sasarkan golongan warga emas sebab kebanyakan warga emas ni kurang celik IT. Semoga Allah gantikan kehilangan harta dgn sesuatu yg lebih baik 🤲🏻

      Delete
  2. Bab ni yang x suka ni..selalu berhati- hati tapi pernah gak terkena website online, beli baju lain..dapatnya dress dari china...serik dah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, skrg ni kalau saya beli online saya akan beli melalui apps yg terkenal & dipercayai mcm Uniqlo, Shein, Zalora. Risau beli dari online shop takut kena scam (unless harga barang tu kurang dari RM100).

      Delete
  3. Terima kasih for the information...

    ReplyDelete
  4. Good sharing, tq sis.
    Semoga kita semua terlindung dari org² yg berniat jahat 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 kena sentiasa berhati2. Nak download apa2 apps dekat phone pun kena berhati2 & melalui app store je.

      Delete
  5. Tq for sharing. Dunia makin canggih, scammer terus berleluasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie. Scammer pun skrg ni bijak IT, bukan kaleng2 mcm dulu2.

      Delete
  6. Scammer merata2 sekrg ni.kena be vigilant sgt2

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Ya Anies, senang kita nak semak sebelum buat apa2 transaksi dalam talian

      Delete
  8. Thanks for sharing, moga kita semua dijauhkan dari scammer, Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Kak Mulan. Semoga kita semua ambik cakna & peka dgn taktik2 scammer ni.

      Delete
  9. Setujuuu. Di sinipun ada talian utk cek nomor rekening itu pernah masuk case atau tak. Tp itupun belum tentu aman juga. Bisa jadi rekeningnya masih baru kan.

    Dan lagi skr ini banyak e-wallet dan bank account yg bisa dibuka secara cepat. JD susah nak cek semua.

    Makanya saya lebih suka belanja atau beli sesuatu dari market place, macam Tokopedia, shoppee, Krn mereka pakai rekening bersama. Jadi kalau barang tak diterima atau tak sesuai kita bisa claim.

    kalo langsung beli dr IG atau FB saya tak nak. Kecuali saya kenal baik dengan sellernya. Banyak case dah terjadi lewat IG dan FB ini

    ReplyDelete
  10. tq for sharing....mmg scammer di mana2...kalo thru phone install truecaller

    ReplyDelete
  11. Bagus info ni Carneyz, baru je terima call pagi tadi. Cara bercakap ala ala orang Thailand. Nak promo saham pulak. Check kat link takde lagi report tapi dah blocked no tu.

    ReplyDelete
  12. thanks for info.. br tauk juak boleh cek gitok.. scammer yg glamer nektok scammer jobstreet ya.. lucu ada bunyi speaking... dah la kita lamak dh x bukak jobstreet tetiba application approved indah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .