Throwback bulan Oktober pulak. Kali ni geng BFF yang dah lama tak bersua muka ajak brunch di restoran Beirut Habibi yang terletak di Bangsar. Dari Pakistan ke Beirut pulak hihi. Sesekali kita cuba makanan negara lain apa salahnya kan. Nak travel tak cukup ongkos pulak 😅.


Middle Eastern food
Beirut Habibi - suka restorannya kecik tapi selesa dan vibe warna terang yang menarik


Beirut Habibi
Sementara tunggu makanan kita selfie macam biasa 🤭

Kalau takde kawan kiteorang si Zura tu mesti la tercengang nak order makanan kat situ hehe. Tapi sebab suami dia orang Arab jadi dialah yang rekemen apa yang sedap untuk dicuba. So ni ialah menu yang kiteorang cuba dan semuanya sedap!


Beirut Habibi
Hidangan negara Timur Tengah - semuanya sihat sebab banyak sayur dan cara masakan pun kebanyakannya panggang, menggunakan rempah-ratus dan minyak zaitun

Zura pesan Chicken Harissa, iaitu ayam yang diperap dengan rempah-ratus, pes harissa, bawang putih dan bawang dan dibalut dalam roti pita. Ayamnya cukup perisa dan portion pun agak besar.


Beirut Habibi
Harissa Chicken (RM28)

Aku pulak pesan shakshuka dengan halloumi (sejenis keju). Shakshuka kat sini dihidangkan dengan roti pita dan ciabatta untuk cicah dan makan dengan shakshuka. Bagi aku sedap tapi aku lebih suka shakshuka di Bray Bakery.


Beirut Habibi
Shakshuka (RM28) dengan halloumi (RM12)

Akhir sekali, Nurul pesan Veggie Platter (RM38). Mula-mula aku ingatkan mesti tak best sebab sayur je semata-mata hihi. Tapi eh, sedap pulak! Padahal sayur semata-mata. Mesti sebab ada hummus 🤭.


Beirut Habibi
Veggie Platter (RM38)

Harga makanan kat sini memang agak keras sikit tapi tak salah mencuba makanan baru kan. Menu pulak sedap dan sihat. Sebenarnya makanan orang Arab ni sihat sebab banyak rempah-ratus, sayur dan cara masakan pun banyak panggang dari goreng. Minyak pun pakai minyak zaitun. Kalau pernah dengar Mediterranean diet, hidangan Timur Tengah ni banyak menyerupai Mediterranean diet dari segi penggunaan bahan-bahan masakan. Terima kasih Zura, perkenalkan kiteorang dekat restoran Beirut Habibi ni!


Beirut Habibi
Alamat: 11B, Lorong Kurau,
Taman Weng Lock, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
Masa operasi: 11 pagi - 10 malam (Isnin - Jumaat) / 9 pagi - 10 malam (Sabtu & Ahad)

14 comments:

  1. veggie platter...jrg2 org mkn menu ni....harga keras skali skala okla kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, tak sangka sedap pulak veggie platter tu. Kalau saya sorang je makan kat situ mmg tak terfikir nak order menu ni hehe

      Delete
  2. lama tak nampak Carneyz bersiaran...semoga sihat selalu ya...
    kalau linda memang pilih chicken wrap je lah...itu je yang dapat bayangkan macam mana...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih linda. Alhamdulillah sihat, cuma mood blogging je ke laut lately ni. Insha Allah lepas ni saya cuba merajinkan diri update blog hehe

      Delete
  3. Tu dia dari Pakistan smpai ke Beirut. Bukan biasa -biasa test dia hahaha :D
    Okla si kawan tu husband dia org arab .. mmg dah pakar la nak order makanan apa... terbaikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kawan tu yg ajak kiteorg brunch kat sini hihi. Tapi mmg sedap makanan Lebanon, sihat pulak tu.

      Delete
  4. Ya habibi ya maulana semuanya nampak sedap sis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Mmg sedap sis, first time cuba makanan lebanon tak sangka kena dgn anak tekak 😄

      Delete
  5. chicken wrap tu saya suka ;) yg lain2 tu mcm tak pernah lg tgk apatah lg merasa...

    ReplyDelete
  6. Mahal jugak harganya... tapi sesuai dengan lokasi tu

    ReplyDelete
  7. Semua makanan ni Cuya tak pernah try. Berempah ni biasa sedap. Seronok tengk org mencuba makann negara luar, sesekali kan...

    ReplyDelete
  8. Shaksouka tu buat kita terliur la...

    ReplyDelete
  9. Semoga nanti saya bisa coba kalo ke KL. Makanan Beirut atau Lebanon ini memang sedap. Saya pernah coba saat di Jerman . Yg di Jerman walaupun rempahnya tak terlalu strong, tp sedap. Apalagi kalo rempahnya kuat kan.😍.

    ReplyDelete
  10. Nampak menyelerakan makanan kat sini sebab bermacam warna.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .