Aktiviti Green Living Day Anjuran Pengurusan Kondo
Throwback masa sebelum kena influenza. Pihak pengurusan kondo tempat kiteorang duduk ni kadang-kadang ada buat aktiviti komuniti untuk penduduk. Aktiviti terakhir yang kiteorang join ialah Green Living Day. Antara acara yang berlangsung sempena Green Living Day ni ialah ceramah tentang amalan kitar semula, pengumpulan bahan-bahan kitar semula (baju lama, surat khabar lama, botol plastik dan tin aluminium), dan jualan bahan-bahan mesra alam sekitar.
|
Aktiviti Green Living Day yang dibuat di dewan serbaguna dekat bawah bangunan kondo
|
Sehari sebelum join aktiviti ni, aku dah siap-siap kumpulkan buku-buku latihan sekolah anak-anak yang terpakai, kertas terpakai dan baju-baju lama untuk dikitar semula. Yang best tu lepas serahkan barang-barang terpakai ni, kiteorang boleh pilih sayur-sayuran sebagai ganjaran (terhad kepada 500g untuk setiap rumah). Since tak banyak boleh ambik, aku ambik sayur yang kecik-kecik je - bendi, cili dan timun kecik. Jimat duit tak payah beli sayur minggu tu hihi.
|
Antara barang-barang yang diterima untuk kitar semula |
|
Boleh jugak beli sabun mesra alam sekitar, cuma kena bawak botol sendiri |
|
Ada jualan kain lap kayangan jugak. Aku sekadar tengok je la. Dulu zaman PKP viral kain lap kayangan ni tapi aku tak pernah terjebak hihi |
Anak-anak pulak join aktiviti membuat helikopter berasaskan tenaga solar. Setiap peserta yang berdaftar akan menerima kit membuat helikopter berasaskan tenaga solar.
|
Anak-anak dan helikopter masing-masing |
|
Khayla dan helikopter yang dah siap dipasang |
|
Helikopter Khadeeja |
|
Macam biasa, bila join aktiviti pengurusan kondo akan dapat makanan percuma - sandwich dan jus buah-buahan. Sedap jus tu, botol pun unik 😃 |
Aktiviti macam ni memang best tapi aku harap lepas ni pihak pengurusan kondo akan buat aktiviti yang lebih merapatkan hubungan sesama jiran contohnya aktiviti sukaneka ke. Setakat ni aku cuma bertegur-sapa dengan jiran yang aku selalu bertembung dekat lif je - makcik rumah hujung yang selalu turun mengaji di Ampang, pakcik Cina yang petang-petang hantar cucu dia pergi tuisyen dan parent yang sama-sama hantar anak ke sekolah Khayla. Biasanya warga emas ni lebih friendly dari warga yang muda dan sebaya aku. Mungkin sebab kat ofis dah penat menghadap pe'el orang kan, balik rumah dah malas nak bertegur dengan orang yang tak dikenali kot 🤭. Macam tu la kehidupan berjiran di KL ni hihi.
bagus aktiviti macam ni...area rumah SA tu susah nak ada aktiviti sebab kejiranan semua muda mudi..so semua buat hal masing- masing..kalau kenduri pun 2-3 buah rumah je datang yang lain tutup pintu ataupun diorang keluar x balik- balik..hehehe...
ReplyDeleteWahh, bagusnya, tukar barang terpakai dengan sayur yang segar bugar, dapat lagi sandwich yang membuka selera dengan botol minuman yg unik. Betullah, kita dah penat kerja, nampak jiran cuma mampu hi hi bye bye jer la.
ReplyDeleteammi pun rasa gitu carneyz.. masa ammi duduk di apartment dulu yg level acik2, uncle2 lebih gemar bertegur sapa. yang baya2 kita kadang2 bila kita senyum pun dorang macam takut2 nak senyum.
ReplyDeletedah duduk rumah teres ni pun lebih kurang juga. sama-sama keluar parking, bila senyum kat dorang hmmm tak ada respon. ammi jadi macam risau pun ada...just incase anything happen to us, ada ke jiran yang boleh datang jenguk anak-anak
Eh menarik helicopter tenaga Surya itu 😍😍. Jadi nanti bisa terbang setelah dicharge pakai tenaga solar kah?
ReplyDeleteKegiatan begini baguuuus, apalagi bisa tukar barang2 tak terpakai tp masih kayak guna di rumah kan. Tak bertumpuk dan bersepah jadinya.
Saya pun malas beli lap kayangan macam tuh 🤣. Pernah tanya asisten, dia nak pakai yg modern sikit atau yg biasa saja. Dia bilang lebih nyaman yg lama. Tak payah modern2 sangat, malah ribet nak guna kata asisten 🤭
kalau yang masih bekerja nie, bukan tak friendly...tapi takot tersembang lama..hahaha...
ReplyDeletebestnya aktiviti gini!
ReplyDeleteAktivitas yang bagus nih Mbak.
ReplyDeleteSelain memang agenda acara dan tujuan acara tersebut, juga bisa bersilaturahmi dengan penduduk lainnya.
Itu menarik juga helikopter tenaga solarnya...
Salam,
bila ada aktiviti sebegini anjuran kondo ...penghuni dpt join sama mmg meriah..sambil eratkan silaturahim juga...yela kdg2 dok kondo ni ada yg tk kenal jiran kan sbb masing2 wat hal sdiri
ReplyDeleteAktiviti untuk bumi. Dapat juga makanan dan jus tu ya....Gambar first muka Carneyz glowing.
ReplyDeleteBagus pengurusan kondo/apartment/flat yang buat aktiviti untuk penduduk..yang penting ada aktiviti makan2..hehehehehe
ReplyDeletePaling best dapat makanan percuma tu hihihiiii.
ReplyDeleteBagus nya pengurusan kondo ni.. kat tmpt saya tak habis2 bergaduh. Nak buat event mcm ni? Mmg dlm mimpi jer la..
ReplyDeleteBagus sangat pengurusan condo buat program sebegini. Banyak aktiviti plus makan2, best..!!
ReplyDeleteSinggah sini lagi walau tak ada update baru. Moga baik2 ajer Carneyz ya...
ReplyDeleteLmk x ke sitok rupanya ktk mmg xda update juak... semoga baik² ajak ktk sekeluarga di sinun
ReplyDelete