Suhu badan masa hari pertama terkena influenza A |
Minggu ni aku terpaksa off dari blogging kejap sebab aku dan anak-anak terkena jangkitan influenza A, which aku suspect dari sekolah Khadeeja sebab dia yang mula-mula demam diikuti dengan aku dan Khayla. Ni pun aku baru je rasa sihat sikit nak menulis, walaupun demam tu masih ada.
Kisahnya hari Ahad lepas, Khadeeja dah mula bersin dan batuk-batuk. Malam tu, tiba-tiba dia demam. Suami Terchenta bawak la dia ke klinik, tapi doktor kat klinik tak buat test influenza pun, just bagi ubat selsema, ubat demam dan antibiotik.
Esoknya dia tak pergi sekolah sebab dapat cuti sakit 2 hari. Sepanjang hari tu dia memang nampak tak bermaya dan takde selera makan. Demam dia makin panas. Bila aku dapat mesej dari sekolah yang bagitau ada 2 kes influenza A, dalam hati aku dah terdetik - Khadeeja ni mesti kena influenza jugak ni.
.Malam tu dia muntah. Lepas makan bubur setengah mangkuk dan makan ubat, dia tidur awal (padahal sepanjang hari dia dah tidur). Khayla pulak balik dari sekolah mengadu sakit tekak dan batuk-batuk teruk. Dalam hati aku berkata sekali lagi - ni mesti lepas ni Khayla pun akan demam jugak. Dengan aku sekali la tiba-tiba malam tu bersin-bersin dan sakit tekak.
Pagi besoknya, lepas masak bubur, check suhu badan Khayla - sah, demam. Sama macam Khadeeja, dia pun tak larat nak bangun. Suami Terchenta terpaksa ambik cuti kecemasan bila aku bagitau dekat sekolah Khadeeja ada 2 kes influenza A. Tengahari tu, aku pulak rasa tak sihat dan bila check suhu badan, dah tinggi jugak.
Sudahnya kiteorang tiga anak-beranak memang terbaring kat katil masing-masing je sebab kepala rasa berat betul nak bangun. Badan rasa penat sangat macam lepas berlari marathon. Sudahnya kiteorang 'pengsan' sepanjang hari. Tak boleh nak describe macamana teruk sangat demam penangan influenza A ni.
Masa tu la rasa menyesal sebab asyik bertangguh renew vaksin influenza dari tahun lepas lagi. Sepatutnya Julai tahun lepas kena renew, tapi tak buat. Lepas tu Julai tahun ni pun lupa jugak. Tup-tup kena influenza A! Aku pernah rasa terkena influenza A ni bila ambik vaksin dan bila tak ambik vaksin. Bila ambik vaksin, simptomnya ringan je, demam pun demam manja je. Sakit badan, sakit sendi, sakit tekak dan batuk kering ni takde. Tapi bila takde imuniti booster dari vaksin influenza, memang full package la simptomnya which is ni dah masuk hari ke-4 masih demam lagi. Batuk sampai nak terkeluar anak tekak dan malam-malam memang susah nak tidur sebab kejap-kejap terjaga sebab batuk teruk. Nasib baik lenguh-lenguh badan dan sakit sendi tu dapat masa hari kemuncak demam panas (hari kedua) je. Sama macam Khadeeja, aku pun pakej muntah sekali. Suhu badan pulak naik sampai dekat 40℃.
Bila kiteorang pergi klinik untuk kali kedua, aku request buat ujian influenza. Dapat tahu je positif influenza A, baru la doktor bagi pil anti-virus instead of antibiotik. Patut la demam Khadeeja tak turun sebab mula-mula klinik bagi antibiotik. Since antibiotik ni tak berkesan untuk penyakit jangkitan virus, sebab tu la demam dia makin teruk sampai lebih 40℃. Sampai kena lap badan dia selang setengah jam sebab tinggi betul demam panas Khadeeja.
Satu lagi tak larat nak bangun sebab bila demam dan sakit tekak teruk, maka takde selera makan. Makan 2 suap bubur je dah rasa taknak makan lagi. Makan pun sekadar cukup syarat nak ambik ubat. Tapi kelakarnya berat aku ni idok ler turun-turun pun. Sebab tu aku kata lemak kat badan aku ni resistant betul nak terbakar. Orang lain makan 2 sudu bubur 2 kali sehari selama 4 hari mungkin dah turun 2-3 kilo berat badan, aku ni maintain cenggitu jugak 🥺. Susah nak explain kat doktor sebab apa berat aku ni susah nau nak break up dengan diriku yang begitu berharga ni agaknya.
Apapun aku bersyukur sebab Suami Terchenta je masih bertahan tak terkena jangkitan influenza A ni. Dia la yang ambik-alih tugas memasak bubur dan sup ayam dan melayan pesakit-pesakit dalam rumah ni. Dia jugak la tolong tengokkan anak-anak pastikan dieorang makan ubat dan ambik cuti sepanjang minggu ni untuk jaga kiteorang. Anak-anak bulus pun dok tercari-cari kiteorang dalam bilik, hairan agaknya kenapa semua terbaring tak keluar-keluar dari bilik masing-masing.
So itulah perkembangan aku minggu ni. Harap bersabar ye. Sebenarnya banyak je benda yang nak update tapi - eh, penat la menulis. Nak baring lagi. Take care kawan-kawan. Sekarang musim influenza dah bermula seiring dengan perubahan cuaca monsun.
Nota kaki: Takde mood nak menulis jugak sebab tengah berduka dengan gugurnya seorang lagi pejuang kebebasan di Gaza. Semoga Allah terima dia dalam golongan para syuhada.
Syafakumullah 🤲
ReplyDeleteTake care and have a good rest ye
Hasbunallahu wanikmal wakeel, nikmal maula wanikman nasir
semua cepat sembuh semuanya..aamiin!!! rest jer tak pyh pikir blogging...tunggu betul2 sihat dulu
ReplyDeleteYa Allah!
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh sepenuhnya.
Bawa-bawalah berehat Carneyz anak beranak ye.
Gws, Carneyz dan anak². Kita pun tengah batuk ni, balik dari Penang tu dah rasa semacam kat tekak ni.
ReplyDeleteSehat-sehat selalu buat semuanya, di sinipun ada gejala seperti itu, tapi belum tau flu jenis apa.
ReplyDeleteGet well soon!! Stay strong!! Pasni amek vaksin influenza
ReplyDeleteAllahuakbar, moga cepat sembuh kak!
ReplyDeleteallahu akbar....
ReplyDeletesekarang ni mmg ramai yg kena demam ni...
apa apa pun syafakillah...
ptt la tkde entry...smoga cpt baik sepenuhnya carneyz and ank2...take care
ReplyDeletesemoga kitaorang famili sembuh penuh dan berjaya mengharungi ujian tersebut dengan tahap kesabaran yang tinggi
ReplyDeleteJaga diri Carneyz. Rehat la. Nanti dah sihat boleh la menulis balik.
ReplyDeleteTake care. Moga cepat sembuh ya.
ReplyDeleteTeruk jugak penangan Influenza A.
ReplyDeleteMoga Allah kurniakan kesembuhan buat Carneyz sekeluarga.
Sepertinya sama Mbak disini juga lagi musik influenza.
ReplyDeleteSemoga lekas sembuh dan kembali normal kesehatannya ya Mbak.
Salam,
Aduhai..jahatlah Influenza A ni...semoga cepat sembuh yer Carneyz dan anak- anak...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh key...
ReplyDeleteAnak anak baru lepas sembuh sejak sebulan lepas.. sorang deme sorang positif.. last sekali mak nya.. apa pun moga cpt sembuh
ReplyDeleteya Allah....linda tertinggal ketapi nie, sekarang nie mesti dah clear Influenza tu, harap semakin sihat lah ye carneyz dan anak-anak
ReplyDeletelemak tu kata "kerana dirimu begitu berharga"...
ReplyDelete