Kredit: ecentral.my

Ya Allah, hanya doa, ingatan dan sumbangan dana yang termampu kami berikan buat saudara-saudara Islam di bumi Anbiya. Andai ini ialah ketentuanMu, kami redha. Janganlah Engkau murka dan seksa kami pada hari pembalasan atas apa yang menimpa rakyat Gaza, kerana kami tak terdaya melawan musuh-musuhMu dengan tangan kami. Senjata kami cuma doa, doa dan doa yang berterusan. Ujian yang hebat ini terasa begitu melelahkan tapi kami beriman dengan Qada' dan Qadar. Semuanya atas kehendakMu, Ya Allah. Kami beriman dengan hari kiamat di mana musuh-musuhMu tidak akan dapat lari dari pembalasanMu atas kejahatan dan kekejaman mereka. 

8 Oktober 2023 - 7 Oktober 2024 💔. Kami takkan lupa apa yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara kami. Terus boikot. Terus menyumbang. Terus bersuara dan sebarkan kebenaran tentang propaganda Z yang penuh tipu daya dan muslihat. Semoga dunia bangkit dan menentang kejahatan rejim Z. Ameen Ya Rabbal Alameen...

22 comments:

  1. Gak ada perjuangan yang sia-sia....Allah menjadikan mereka sebagai orang"terpilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kemenangan makin hampir buat mereka. Kuasa Allah membuka mata satu dunia tentang tipu muslihat kuasa Barat dan kekejaman rejim Z.

      Delete
  2. Replies
    1. Semoga mereka bebas dan beroleh kemenangan selepas bertahun2 ditindas 🤲🏻

      Delete
  3. aamiin....
    pagi ni dgr hot fm...sampai parking dgr cerita palestin.. Allahuakbar...dok dlm keta jab, kesat air mata... sayu sgt.. x terbayang mcm mana saudara2 kita di sana menghadapi semua dugaan ni... kuat sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 tengok video anak2 kecik kehilangan mak ayah, atau mak ayah kehilangan anak kecik sebab dibom & ditembak, pun boleh buat saya nangis tersedu2 sendiri. Ya Allah, tak boleh bayangkan kalau kita di tempat mereka 😭

      Delete
  4. Replies
    1. لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

      Doa. Boikot. Sedekah. Terus bersuara. Itu je yg termampu dibuat sekarang ni. Selebihnya berserah kepada Allah SWT.

      Delete
  5. aminn aminnn...
    semoga kemenangan sentiasa berpihak utk mereka...

    ReplyDelete
  6. Moga yang baik2 ajer buat mereka. Akan tiba ketika...kita akan beroleh kemenangan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kemenangan tu semakin hampir 🤲🏻 satu dunia dah nampak hipokrisi kuasa Barat dan negara2 kaya, walaupun Islam tapi tak buat apa2 untuk bantu saudara mereka.

      Delete
  7. Allahu Akbar!
    Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui akan sesuatu.
    Teruskan berdoa agar kemenangan di pihak saudara seagama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Amie, walaupun setiap hari berperang untuk berdamai dengan takdir, tapi sebagai orang Islam kena beriman pada Qada' & Qadar. Semuanya Allah dah tentukan bila, dekat mana, siapa dan sampai bila pihak Z akan terus berkuasa. Sampai masanya kepada Allah jua kita dan mereka akan kembali. Masa tu menyesal pun tak berguna.

      Delete
  8. Cuma doa memang.. dah tak tahu lagi cara supaya bangsa halu dan delusi itu musnah. Memang bukan manusia mereka , terlalu iblis hatinya.. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fanny, terlalu iblis mereka tu, hanya sebab tamakkan tanah bukan milik mereka 😭

      Delete
  9. Now negara durjana tu serang Lubnan plak...haihhh...iblis betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorg ni kalau takde negara besar yg support bagi bom segala bagai tu dah lama hancur. Sebab negara yg satu tu sokong membabi-buta tu yg makin menjadi2. Semoga cepat bangkrap la negara yg satu lagi tu.

      Delete
  10. negara terpaling rasa dirinya "kuasa dunia" tu patutnya dihapuskan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga cepat2 bangkrap dan hilang kuasa 🤲🏻

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .