Ni kisah hujung minggu kiteorang masa cuti sekolah yang lepas. Macam biasa, 2 minggu sekali kiteorang akan pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk pulangkan buku pinjaman dan pinjam buku baru. Inilah rutin baru kiteorang tahun ni sebab aku nak pupuk minat membaca tu (setakat ni masih work in progress lagi 😅. Kalau tak paksa baca buku, dieorang lebih suka melukis atau main hp).


Perpustakaan Kuala Lumpur
Cantik pemandangan Dataran Merdeka dan bangunan-bangunan pencakar langit dari tingkat atas Perpustakaan Kuala Lumpur

Sempena cuti sekolah, Perpustakaan Kuala Lumpur menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung perpustakaan kanak-kanak. Masa kiteorang sampai tu, ada kuiz tentang negara Malaysia dan Khadeeja pun dijemput masuk pertandingan kuiz tu walaupun kuiz tu dah bermula 10 minit sebelum tu. Kiranya Khadeeja la orang terakhir yang menjawab kuiz tu.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Gigih mencari jawapan di Internet 🤭

Perpustakaan Kuala Lumpur
Sementara menunggu anak-anak memilih bahan bacaan baru untuk dipinjam

Selepas 20 minit menghantar jawapan kuiz, pihak perpustakaan panggil semua peserta untuk majlis penyampaian hadiah dan saguhati. Alhamdulillah, Khadeeja pun dapat hadiah saguhati iaitu botol air 😄.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Tak sia-sia masuk pertandingan kuiz secara last minute!

Perpustakaan Kuala Lumpur
Bersama dengan semua peserta dan hadiah masing-masing

Seronok la Khadeeja sebab dapat botol air baru. Katanya botol air ni lebih senang untuk bawak ke sekolah dari botol air dia sekarang ni. Aku happy sebab Khadeeja nak join aktiviti macam ni sebab dulu dia pemalu sangat, paksa macamana pun dia taknak join sebab malu. Tapi perangai malu nak senyum depan orang ramai tu masih lagi tak hilang 😅.

30 comments:

  1. Pernah juga pergi Perpustakaan sini sebab Dania dan kawan nak cari bahan untuk projek sejarah. Wahhh dpt hadiah lagi haa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kiteorang sampai2 je librarian tanya nak join tak kuiz tentang Malaysia? Join je la suka-suka tup2 dapat hadiah jugak.

      Delete
  2. seronoknya..linda pun mcm nak bawak anak2 p perpustakaan negara..tp, mak nye belum dapat momentum rajen lagi... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknya kena paksa diri baca buku jugak baru rajin ke perpustakaan hehe

      Delete
  3. Best macam ni spend time together pi Library...which is dah lama SA x buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang pun baru tahun ni start pergi ke library setiap 2 minggu. Teringat masa zaman sekolah dulu, memang suka lepak kat library lepas habis sekolah.

      Delete
  4. congrats khadeeja! best tu dpt hadiah!

    ReplyDelete
  5. yeay..congrats Khadeeja...berbaloi siap google semua kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kalau tak google mmg susah nak jawab haha

      Delete
  6. zaman Pia sekolah rendah dulu pun dia selalu ajak pergi perpustakaan bukan sebab dia nak pinjam buku tapi sebab suka masuk aktiviti anjuran perpustakaan sebab nak hadiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya perpustakaan tu selalu buat aktiviti utk tarik minat pelajar datang ke perpustakaan 😄

      Delete
  7. tahniah khadeeja...masuk kuiz last minit tp berjaya dpt adiah saguhati juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tak sangka dapat jugak hadiah saguhati 😅

      Delete
  8. Betul sekali Mbak memupuk minat baca memang harus dari masa anak-anak. Dulu saya pun demikian ketika anak-anak masih kecil. Syukurlah sekarang mereka menjadi pembaca yang baik.
    Tapi sekarang ini saya rasa berat ya menumbuhkan minat baca pada anak-anak apalagi dengan adanya gadget yang saya lihat sudah banyak di pegang anak-anak.
    Semoga anak-anak Mbak jadi pembaca dan penikmat buku yang baik.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih berusaha lagi ni Pak. Mereka masih suka gajet dari buku tapi harus dipaksa jugak kalau tak sampai bila-bila pun tak suka membaca 😅

      Delete
  9. Tahniah Khadeeja.
    Rajin Carneyz bawa anak ke perpustakaan.
    Memang banyak aktiviti anjuran perpustkaan untuk menarik minat pengunjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak jinak-jinakkan dieorang ni ke perpustakaan, Kak Amie 😄

      Delete
  10. menumbuhkan kebiasaan untuk membaca itu susah sekarang
    saya malah tidak pernah lihat perpustakaan di kota saya ini
    padahal sudah tinggal 10 tahun
    belum pernah tau lokasi perpustakaannya juga
    untuk saat ini orang - orang lebih suka menonton dibandingkan membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kebanyakan anak-anak dan remaja sekarang lebih suka menonton dari membaca, termasuk juga anak-anak saya. Maka saya harus memaksa mereka membaca buku 😅

      Delete
  11. jamni zaman Internet, msh relevant org nk baca buku kt perpustakaan?
    BTW, tahniahnye khadeeja 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih lagi Wak, kalau Wak datang ke Perpustakaan KL hujung minggu selalunya penuh dengan student uni dan ibubapa yang bawa anak2 ke perpustakaan kanak2 😄

      Delete
  12. Udah langka rasanya orang membaca di perpustakaan, kebanyakan kita sekarang pun membaca lewat media online...selamat adek Khadeeja😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini perpustakaan masih penuh lagi tapi kebanyakannya pelajar universiti yang datang 😄

      Delete
  13. Congraaaaats khadeeja ,🎉🎉🎉. Ya laah pelan2 dipupuk minat baca nih, dan supaya dia berani tampil depan umum.

    Anak2 saya juga saya biasakan baca. Tp saya malas ke perpustakaan umum, jadi saya suruh baca buku2 yg ada di perpustakaan pribadi saya, kebetulan ada banyak juga buku anak yg saya baca zaman kecil dulu 😄

    Kalo tak begitu, memang tak disentuh buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, mesti perpustakaan peribadi fanny tu besar ya 😃 saya dulu sering juga beli buku lagi-lagi di pesta buku macam Big Bad Wolf tapi sebab sering pindah-randah jadi setiap kali pindah saya akan derma buku sama ada ke perpustakaan awam atau badan kebajikan. Jadi sekarang yang ada cuma betul2 buku favourite je. Selebihnya pinjam di perpustakaan awam.

      Delete
  14. rezeki khadeeja
    alhamdulillah
    lps ni boleh dtg n join lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kalau ada lagi aktiviti time kiteorang datang boleh la join lagi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .