Masa kiteorang bercuti ke Kota Bharu, kiteorang menginap di hotel Ibis Styles Hotel Kota Bharu. Lepas menginap di sini baru aku tau Ibis Styles ni ialah sebahagian dari jenama Accor Hotels. Sebenarnya aku ada keahlian Accor jugak tapi sebab jarang-jarang duduk hotel selain Marriott Bonvoy, jadi tak perasan pulak Ibis Styles ni jenama bawah Accor. Kalau tau, aku book je dari apps Accor boleh dapat harga lebih murah. Instead, aku book dari aplikasi Agoda.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Gambar pintu masuk hotel

Lobi hotel ni cantik, ceria dan nampak moden. Proses daftar masuk berjalan lancar dan walaupun aku request bilik sebelah-menyebelah dan bersambung tu agak lambat, tapi staff hotel setuju untuk carikan bilik connecting walaupun dia kata tak janji boleh dapat sebab hotel penuh. Tapi last-last dapat jugak.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Kawasan lobi hotel yang moden 

Sambil menunggu proses daftar masuk, tetamu hotel boleh bermain congkak, melayari Internet dan ada bilik permainan untuk kanak-kanak jugak. Kalau lapar boleh bancuh air kopi / teh dan duduk di meja bar sambil menikmati snek yang dijual di vending machine


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Internet kiosk dan kids zone

Sekejap je setel daftar masuk sebab payment dah setel sebelum sampai lagi. Tak ada deposit dikenakan. Lepas ambik kunci kiteorang terus naik ke tingkat bilik hotel yang tertera atas kad hotel.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Tingkat 17

Harga bilik semalam ialah dalam RM214.20 dan kiteorang book 2 buah bilik yang bersambung. Truth be told, aku agak impressed dengan bilik hotel sebab nampak moden dan ceria.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil Queen

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik anak-anak dengan katil double

Tema bilik kiteorang warna biru manakala tema bilik anak-anak pulak warna merah. Dari segi kemudahan dalam bilik, semuanya cukup lengkap, siap ada penapis air dengan air panas / air suam. Aku paling suka wireless charging dock merangkap bedside clock tu. 


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Dari kiri: wireless charging dock merangkap jam; minuman segera; 2-in-1 hair & body wash

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Konsep sinki dekat luar bilik air untuk menjimatkan ruang

Overall aku suka bilik hotel ni kecuali satu je la. Bilik airnya cuma ditutup dengan frosted glass. Jadi walaupun orang tak nampak dari luar tapi masih boleh nampak bayang-bayang dekat dalam tu. Bayangkan tengah memerut orang boleh nampak bayang-bayang dari luar 😂😂. Nasib baik kongsi bilik hotel dengan suami sendiri, kalau dengan kawan-kawan rasanya tak digalakkan!


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik mandi dan tandas asing sebelah-menyebelah, dengan frosted glass. Sebab tu kena ambik 2 buah bilik untuk jaga privacy dari anak-anak hehe

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Swimming pool dekat rooftop dan ada restoran jugak di hujung pool

Untuk harga kurang dari RM300 semalam, aku rasa berbaloi sangat duduk di hotel ni. Tapi kalau duduk ramai-ramai satu bilik mungkin kurang sesuai sebab biliknya just nice untuk dua orang. Lain kali ke Kota Bharu lagi, aku rasa nak duduk di hotel ni lagi sebab best.

Korang pulak suka stay hotel mana kalau ke Kota Bharu?

34 comments:

  1. Replies
    1. Tak jauh jugak dari bandar KB tu, dalam 10 minit mcm tu driving ke Pasar Besar Siti Khadijah.

      Delete
  2. cantik juga ibis hotel ni....walaupun hotel tk besar mana tp ada pool...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik. Suka tengok lobi hotel ni & rasanya lebih menarik dari lobi hotel bawah brand Marriott sebab ada mcm2 aktiviti boleh buat sementara tunggu giliran utk check-in.

      Delete
  3. Ibis ni byk juga rangkaiannya kan sis ... Pernah stay sekali dkt Ibis Melaka. Bilik selesa betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, dekat KL pun ada jugak. Saya baru tau Ibis ni bawah jenama Accor 😄

      Delete
  4. Cantik hotelnya ....nyaman dan lengkap juga...nah iya tuh kadang dindingnya toilet berlapis kaca buram...tapi tetap aja ya kelihatan samar-samar😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak bayang-bayang dari luar hihi. Kalau menginap dgn suami saja, tak apa. Kalau dgn keluarga yg lain kan rasa janggal 🤭

      Delete
  5. Cantik hotelnya mbak. Enak juga sambil menunggu di lobi hotel tunggu pendaftaran bisa sambil main atau ngopi.😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lobinya menarik dan banyak aktiviti boleh dilakukan di sini 😃

      Delete
  6. Cantik bilik hotelnya. Dah lama tak ke KB dan bermalam di sana, rasanya hotel baru ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok design hotel dan bilik hotel, saya pun rasa hotel ni baru lagi tak pun baru renovate.

      Delete
  7. Seriously...memang cantik la Ibis Style KB ni...selalu SA stay Ibis Melaka je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik SA, harga pun ok tak sampai 300 semalam.

      Delete
  8. Betul juak...rasa segan juak mun orang lain nampak kita dalam bilik air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tek, mun diam sitok dgn keluarga lain / kawan sik sesuai la kongsi bilit 🫣

      Delete
  9. Wahhh deco hotel ini stylo juga yaaa. Paling suka tempat internet kiosk dan kids zone itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg stylo dan nampak moden. Harga semalam pun berpatutan.

      Delete
  10. Eeeeeee... uncel pun pantang dengan kaca fosted tu.... nyampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Uncle boleh skodeng aunty kat dalam 🫣 😂

      Delete
  11. Wahhh nice laaa.boleh try nanti2..cuma time balik kg..my mom sure tak bg kalau i nak dok hotel, membazir katanya😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. MZ bawak your mom staycation dekat hotel ni 😅 sure dia tak kata membazir 😂

      Delete
  12. Cantik hotel nya.. Boleh masuk dalam list jugak nie...

    ReplyDelete
  13. baru tau Ibis ni cantik rupanya...bila dengar Ibis saya duk bayang hotel bajet,boleh la check in lepas ni
    kami biasa ke Renaissance,skrg ni dah tukar nama rasanya Renai hotel ke apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Afzan. Ingatkan Ibis ni hotel bajet mcm Tune Hotels. Tapi tak. Kalau banding dgn hotel bawah Marriott, mungkin setanding dgn hotel Fairfield / Four Points.

      Delete
    2. Kalo yg budget ada Carneyz. Dia punya 3 logo. Kalo biru logonya, budget berarti. Yg merah regular. Yg hijau pula style. Saya paling suka yg style. Paling cantik.

      Kalo under Accor ini, paling best memang Grand Mercure. Tapi Ibis style bagi saya dah oke.

      Delete
    3. Oo macam tu ye. Baru tau 😅 yang hijau style tu pun cantik dan harganya pun ok 👍🏻

      Delete
  14. Dari sekian banyak jenis IBIS hotel, saya cuma suka ibis style. Ibis budget dan ibis regular tak nak . Sempit dan tak selesa.

    Ibis style memang cantiiik. Yakaaan kesannya ceria. Krn masing2 branch dia punya theme berbeda. 3x stay di Ibis styles jakarta, di 3 tempat berbeda, semuanya saya sukaaa.

    Mereka memang under Accor. Tapi saya tak jadi member Accor group. Walaupun tiap saat di telp selling agent mereka, selalu saya tolak 🤭.

    Karena saya bukan tipe yg suka stay di 1 jenis hotel. Saya suka mencoba banyak hotel. Krn itu buat saya membership macam ini tak terlalu berguna, kecuali saya memang suka hanya stay di chained hotel tertentu. Macam Carneyz seringnya di chained hotel Marriot. Berbaloi jadi member nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bagi saya berbaloi jadi member Marriott. Cuma itulah, harganya premium sedikit. Saya baru tau yg Ibis ni ada yang bajet, regular dan style. Yang kami duduk di Kota Bharu ni ialah style, patutlah cantik. Betul, temanya berbeza. Di bilik anak2, tema warnanya merah dan di bilik kami, tema biru 😄

      Delete
    2. Oh di Malaysia tak ada yg jenis budget dan regular kah? Yg regular masih oke sebenarnya, tp boring 😄. Tak ada mural, hiasan yg semacam itu. Tp kalo budget, tak usahlah. Sempit betul, dan sarapan seadanya 🤣. Yg saya inapin waktu itu tempat tidur pun bunk bed. Tp kamar private.

      Delete
    3. Di KL ada Ibis yg regular tapi saya tengok biliknya cantik juga macam di Ibis Styles KB ni 😅 Ibis bajet saya tak pasti pulak.

      Delete
  15. deko belakang katil tu sekali tgk mcm motif corak pua kumbu pulak
    hehehe
    tapi cantik
    bilik pun tampak selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang kan hehe. Betul bilik Ibis Styles ni mmg selesa.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .