Ahad lepas, macam biasa kiteorang pergi jalan-jalan cari makan hehe. Destinasi kali ni ialah sebuah restoran nasi ayam yang mendapat pengiktirafan Bib Gourmand oleh Michelin Guide selama 2 tahun berturut-turut iaitu 2022 dan 2023.
Michelin Guide ni ada beberapa kategori sebenarnya - Michelin Star (untuk restoran fine dining), Bib Gourmand untuk restoran bukan fine dining yang menawarkan makanan yang sedap pada harga sederhana dan Michelin Recommended iaitu restoran yang memenuhi kriteria tertentu tapi belum mencapai tahap Michelin Star atau Bib Gourmand.
Kat KL ni tak banyak restoran halal yang dapat pengiktirafan Bib Gourmand, salah satunya ialah Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Jalan Klang Lama. Kalau ikutkan website dieorang, Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni ada 3 cawangan iaitu di Bukit Bintang, Jalan Klang Lama dan di Shah Alam. Tapi cawangan yang dapat pengiktirafan Michelin Guide ni ialah cawangan di Jalan Klang Lama.
Nasi ayam Chee Meng, Jalan Klang Lama |
Kedainya old school, macam kedai zaman 70an |
Zoom in dekat label Michelin 2023 ni hehe |
Kiteorang sampai pukul 2 petang. Saja datang lewat sikit dengan harapan kedai tak penuh sangat tapi nan hadooo... kena tunggu 10 minit jugak baru ada meja kosong.
Memang tak putus-putus orang datang makan kat kedai ni! |
Walaupun ramai pelanggan, tapi servis cepat dan terbaik. Duduk je terus dapat menu dan kiteorang pun tak ambik masa yang lama nak pesan sebab perut dah lapar - aku pesan nasi dengan ayam kukus bahagian dada (RM12) dan yang lain-lain pesan nasi dengan roasted chicken bahagian kepak (RM12) dan bahagian dada (RM12). Sebenarnya aku nak ayam kukus bahagian thigh (RM13) tapi dah habis.
Lepas tu kiteorang tambah sayur tauge ikan masin (RM10) dan sotong telur masin (RM20).
Sayur tauge ikan masin ni so sedap! Tauge segar, manis dan rangup, ada rasa 'wok hey' dan tak masin sangat |
Overall, aku rasa memang berbaloi la menunggu meja kosong sampai 10 minit semata-mata nak makan kat sini. Semua yang kiteorang pesan licin habis menandakan betapa sedapnya makanan kat kedai ni 🤭.
Alamat: Sub Lot A-1, Batu 4 1/4, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 10 pagi - 7 petang (setiap hari)
nasi ayam chee meng yg dkt shah alam dkt je area opis...lama tk mkn...suka kerabu mangga die ..ranggup..sotong tu tk pernh order
ReplyDeleteWah, bila2 nak makan nasi ayam boleh la pergi makan kat situ.
DeleteMichelin rated....wow......baru tahu juga kat Malaysia pun ada Michelin rated tapi belum ada Michelin star lagi la ni.
ReplyDeleteYang dapat Michelin star pun ada jugak tapi rasanya non-halal... Tak banyak yg michelin rated di Malaysia ni.
Deletepenah dgr nama kedai ni... kalau halal dan dpt michelin star ni boleh laa terjah nnt... dtg lewat pun penuh nmpk nya sy kn dtg sblm kedai tutup kot😁
ReplyDeleteSila terjah anies hehe. Kalau datang berdua lagi senang nak dapat tempat duduk kot. Mcm kiteorg hari tu berempat jadi byk meja 4 org yg penuh. Tapi tunggu 10 minit je, bukan setengah jam pun 😂
DeleteSegala menu kalo pakai saus telur asin memang sedaaap 😍😍😍. Saya pun suka menyendoki sausnya sampai tetes trakhir lah 🤣
ReplyDeleteNak rasa juga nanti. Sbnrnya Raka yg paliiing suka nasi ayam. Saya masih tahap biasa. Krn terkadang ada rasa ginger yg saya tak suka.. hanya saja, kalo ginger dia tak kuat sangat, saya masih oke. Lagipun di sini ada menu lain yg bukan cuma nasi ayam kan 😍
Nasi ayam chee meng ni ada jugak dekat bukit bintang. Fanny boleh rasa dekat sini, saya rasa ok tak kuat rasa halianya. Nasinya lebih kepada bau ayam. Orang kata kerabu mangganya pun sedap jugak tapi saya belum cuba.
Deletedulu selalu makan yg kat BB, tapi pastu husband stop makan sebab... hmmmm sebab dia risau
ReplyDelete