Minggu lepas aku ada mention yang aku nak bawak Suami Terchenta keluar berdua masa dia ambik cuti tu kan? Haa... kiteorang pergi minum petang dekat sini hihi 🤭.


JPteres @ Grand Hyatt KL
JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur


Selain dari reward untuk Suami Terchenta yang dah penat bekerja di ofis, aktiviti ni jugak ialah untuk membeli jiwa isteri tercinta 😜. Sebabnya, Sabtu dan Ahad lepas pun dia kena masuk ofis tengah-tengah malam sampai pagi besoknya sebab ada planned system activity katanya. Bila dia dah kena masuk ofis maksudnya dah gone case la weekend bersama keluarga sebab siang hari dia akan qada' tidur. 


JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
JPteres - JP ialah singkatan dari Jalan Pinang

JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
Sesekali keluar berdua dengan Suami Terchenta 🫶🏻


Anyway, aku tertarik bila tengok pakej JPteres Minum Petang: Citarasa Malaysia ni pada harga RM148 untuk 2 orang. For those yang nak celebrate birthday pasangan ke, atau saja-saja nak ajak suami / isteri korang dating kat tempat atasan sikit, boleh masuk tempat ni dalam list korang tau. Makanan dalam pakej ni sedap dan menarik dan tempat pun eksklusif. 

Konsep minum petang dekat hotel ni biasanya kuantiti sikit tapi banyak variety. End up memang kenyang sampai ke malam. Jom tengok apa yang dieorang hidang untuk minum petang:


JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
Booklet menu. Ada hidangan savoury dan dessert

Hidangan pertama yang sampai di meja kiteorang ialah kacang pool. Rasanya authentic dan legit sedap, memang mirip sangat dengan kacang pool Haji. Yang ni memang my favourite antara hidangan dalam pakej minum petang.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Kacang pool

Hidangan seterusnya ialah nasi lemak dalam tempurung kelapa. Yang ni pun sedap cuma aku rasa macam awkward je makan nasi lemak untuk minum petang hahaha! Portion sikit macam 3 kali suap je gittew tapi memandangkan ada banyak lagi hidangan lain lepas ni, aku rasa just nice la.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Nasi lemak tempurung kelapa dihidang dengan sambal ikan bilis, telur puyuh, ikan bilis goreng, kacang dan timun

Seterusnya ialah ubi keledek dengan kelapa parut. Aku tak sure kenapa dia masuk dalam kategori savoury sebab ubi keledek dan kelapa parut tu lemak-lemak manis. Yang ni aku bagi 3 dari 5 bintang. Plus point, kelapa parut tu tak manis sangat.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Keledek rebus dengan kelapa parut


Next, cucur udang dengan kuah cili manis. Rasanya rangup, aroma dan rasa udangnya kuat dan memang sedap sangat cicah dengan kuah cili manis tu. Yang ni aku buat aku rasa - ala, kenapa bagi 2 ketul je untuk kongsi berdua? 😂 Sebab cucur udang ni sinonim dengan hidangan minum petang. This is the real hidangan minum petang ok hehe.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Cucur udang kuah cili manis

Sebab temanya minum petang citarasa Malaysia, jadi hidangan seterusnya ni ialah sejenis kuih/snek kaum India iaitu aloo bonda. Ni first time aku cuba snek yang dibuat dari kentang dan rempah-ratus ni. Sedap jugak tapi tak boleh lawan cucur udang. 


JPteres @ Grand Hyatt KL
Aloo bonda

Yang ni pulak hidangan kaum Cina iaitu pau ayam BBQ. Aku rasa isi ayamnya tak banyak sangat dan rasa BBQ dia lebih manis dari savoury.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Pau ayam BBQ

Dah selesai hidangan savoury, up next ialah pencuci mulut pulak. Yang ni menarik dari segi persembahan makanannya iaitu dihidang dalam kotak ala-ala macam almari / gobok lauk yang berwarna-warni.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Adik ni tolong bukak almari lauk

JPteres @ Grand Hyatt KL
Dessert ni dihidang serentak dalam almari lauk

JPteres @ Grand Hyatt KL
Kiri: trifle cendol; tengah: buah-buahan; Kanan (atas ke bawah): durian swiss roll, kuih ketayap dan muah chee

Dari segi kreativiti, aku bagi 5 bintang sebab chef berjaya menampilkan makanan tempatan with a twist. Dari segi rasa, not bad, 4 dari 5 bintang la aku boleh kasi. My favourite ialah muah chee tu sebab isinya kenyal dan luar pulak tak kedekut dengan kacang tumbuk dan black sesame. Least favourite pulak ialah durian swiss roll sebab swiss roll tu agak padat (swiss roll patutnya rasa ringan dan gebu) dan mousse durian tu tak rasa sangat duriannya.

Hidangan penutup ialah aiskrim kelapa. Rasanya manis sangat dan coconut flake bawah aiskrim tu asyik melekat celah-celah gigi aku je. Tapi presentation menarik dengan kepulan asap dari ais kering dalam mangkuk bawah tu.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Aiskrim kelapa

Untuk minuman pulak, kiteorang dihidangkan dengan teh tarik dan air sejuk yang free flow dan boleh request untuk refill sepanjang minum petang tu. Selain teh tarik, ada kopi kampung jugak. 

Overall, satu pengalaman yang menarik pergi minum petang di hotel lima bintang. Untuk tempahan pakej minum petang di JPteres ni, boleh pergi ke laman web Grand Hyatt KL.

18 comments:

  1. bestnya dating berdua sambil mkn2 tuuu...dan menu hi tea ni pun sgt menarik!! cuma my hubby picky eater bab2 mknn hahah dia tak mkn yg pelik2...dia jenis mkn nasi dan lauk ajer (masakan kampung), dessert dia mkn yg kampung2 gak laa yg western or apa2 yg moden tak de nya dia nak mkn..so if i nak gi hi tea jenis gini, tak leh bwk dia :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sayangnya! My husband pulak jenis belasah je, suka tak suka belakang kira hehe. Tempat2 mcm ni kiteorang tak boleh bawak anak2 takut rugi sebab dieorang picky eaters, nanti membazir je 😅

      Delete
  2. aritu ada tgk kt tiktok org share minum ptg kt grand hyatt..arini tgk carney update entry...menarik presentation tu siap dlm kotak ye...dessert siap kuar asap2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang menarik kak, sekali-sekala tukar selera pergi tempat2 macam ni hehe. Food semua ok, macam kacang pool tu mmg sedap sangat, rasa tak jauh beza dgn kacang pool haji.

      Delete
  3. Cara menyajikan hidangannya keren banget
    Menu yang super
    cakep

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, persembahan hidangannya memang keren banget 😄 sesuai dgn taraf restoran di hotel lima bintang.

      Delete
  4. hidang dalam tempurung kelapa eh nasi lemak dia... bagus ni... anti pecah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lain dari yg lain tapi rasa nasi lemaknya sama je mcm nasi lemak dalam bungkus daun pisang 🤭

      Delete
  5. Kalo sebanyak itu yg dihidang, memang confirm pasti kenyang walo sedikit2 🤣. Tapi yg konsep begini saya suka. JD kita bisa coba banyak makanan dengan harga tak terlalu mahal kan.

    Harga pun oke lah yaa. Berdua pula tuh. 👍👍. Ntah kenapa saya merasa kalo utk makanan hotel berbintang, Malaysia ini lebih murah drpd Indonesia. Apa karena tax yaa. Soalnya tax di Indonesia tinggi. Apalagi utk restoran hotel berbintang.

    Dari semua menu, saya tertarik pula cucur udang 😍😍😄. Jadi ingat cucur yg saya coba di dapur Serawak. Sedap sangaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kenyaaannnggg sekali walaupun kuantiti makanannya kecil tapi variasinya yang bikin perut sampai tak boleh masuk lagi 🤣

      Delete
  6. menariknya..kalau la dekat boleh juga cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi Afzan, ajak la suami ke KL boleh cuba hehe

      Delete
  7. kalau bawa balik tempurung tu boleh tak?
    hahahah
    dah mcm mini gerobok pula sy tgk
    tp terujaaa nak tau isi dalamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, buang tebiat namanya tu 😜 tak tanya pulak boleh bawak balik ke tempurung kelapa tu hihi. Ye, mmg mcm mini gerobok makanan macam kat rumah nenek dulu2.

      Delete
  8. Nampak menarik juga makan kat sini. Presentation makanan geronok berwarna tu cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik sis Ezna. Boleh celebrate anniversary dgn encik suami kat sini 😄

      Delete
  9. kalau tersilap bawa gobok tu naya je berterabur semua makanan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .