Haa... seram tak nama restoran ni? Masa mula-mula Suami Terchenta ajak makan kat sini, aku berkali-kali tanya, "Hah! Biar betik abang nak makan kat situ? Nanti kak ponti ikut balik macamana?" 🤣 Memang serius seram dengar nama restoran ni. Padahal takde apa-apa pun 🤭.

Berbekalkan hati yang sedikit gentar dan perut yang berkoroncong, kiteorang pun menuju ke Jalan Gurney untuk ke restoran ni. Lokasi restoran ni dalam kawasan perumahan iaitu sebuah rumah banglo yang dijadikan restoran. Kawasan tempat letak kereta dalam pagar agak terhad, tapi masa kiteorang sampai ada satu tempat kosong so dapat la parking dekat dalam. Kalau tak kena la parking dekat bahu jalan.


Paku & Pontianak
In case korang tak percaya ada restoran nama Paku & Pontianak. Memang wujud ye 🤣

Masa nak bukak pintu restoran pun dah suspense ok. Berkeriut bunyi pintu 'kreeekkkk...' Wah, betul-betul mencipta suasana seram ye restoran ni 🤭. Melangkah masuk dalam restoran ni, kiteorang rasa terpegun sebab walaupun tema warnanya nampak 'seram' (merah & hitam), tapi cantik dan unik je hiasan dalam restoran ni. Ada a few spots yang kita boleh ambik gambar menarik di sini.


Paku & Pontianak
Bahagian restoran tingkat bawah. Ada penerangan tentang asal-usul pontianak jugak.

Paku & Pontianak
Yang ni pulak dekat bahagian atas. Ada ruang makan, sudut untuk bergambar dan surau

Paku & Pontianak
Sudut hiasan dengan perabot antik

Paku & Pontianak
Kiri: Buku menu. Kanan: Staff restoran bagi bunga mawar hidup ni dekat setiap meja. Besar dan cantik bunganya, elok je mekar 😍

Paku & Pontianak ni sebenarnya dibuka dari pagi sampai ke malam, iaitu menu sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Untuk makan tengahari, kiteorang order set nasi berlauk, namanya 'Set Talam Qaseh' (RM85.90). Set ni sebenarnya untuk 3 orang makan, tapi kiteorang mintak tambah pinggan je sebab rasa untuk 4 orang makan pun cukup ni.


Paku & Pontianak
Set Talam Qaseh - ada ikan siakap bakar dengan pelbagai pilihan sambal cicah, sayur kacang buncis tumis, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin gelama, telur dadar dan yang terakhir ni ada 3 option yang kita boleh pilih salah satu - daging salai masak lemak, daging salai masak asam pedas / kari ikan kembung. Kiteorang pilih daging salai masak lemak

Lauk-pauk ni ialah my favourite menu:


Paku & Pontianak
Daging salai masak lemak ni memang cukup power! Rasa salai tu memang kuat sangat, kuah pun pekat dan secukup rasa. Rasa pedas tu pun just nice 👍🏻 Makan pulak dengan ikan gelama masin dengan telur dadar yang rangup, sampai bertambah 2 pinggan nasi ye 😂 Manalah nak kurus...

Paku & Pontianak
Ikan siakap bakar yang mantap! Dibakar dalam daun pisang, jadi isi ikan kekal lembap dan manis. Perapan ikan bakar pun sedap sangat. My favourite sambal ialah air asam dan sambal cili kicap. Anak-anak pun suka, sampai licin ke tulang kiteorang makan 😅

Paku & Pontianak
Sambal belacan yang ada kick! Pedasnya sampai meleleh air hidung 🤣 tapi sedap! Lagi-lagi ada hirisan mangga muda tu. Memang layan sangat sambal belacan ni.

Paku & Pontianak
Curious dengan nama air ni iaitu 'Bloody Ponti' (RM10.90) 😆 . Sebenarnya air sirap bandung cincau je, tapi presentation tu menarik. Sis kasi 5 ⭐️ untuk kreativiti hehe

Overall, walaupun nama tempat ni menyeramkan dan pelik, tapi aku sangat rekemen restoran ni sebab set nasi berlauk ni sedap sangat, memang kena betul dengan tekak aku. Padanan lauk tu memang mengancam, awas ya kalau nak diet lupakan je hasrat tu 🤣. Lain kali nak try sarapan pagi kat sini pulak. Selain dari set nasi dan lauk, ada jugak menu ala carte yang lain. Selain masakan Melayu, ada masakan Western, Thai, Cina dan mamak jugak. Jadi kalau tekak tak rasa nak makan lauk Melayu, boleh je cuba menu lain pulak.


Paku & Pontianak
Alamat: 21, Jln Gurney 2, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi: 7.30 pagi - 10 malam (setiap hari)

21 comments:

  1. Scary yet trendy id kedei tok... creative ownernya berkareh idea... air ya seram juak koh.. hahaha... berani owner tok... mun mknn nyaman klak adalahnya viral.. so far 2 blogger dh review sitok yg dibaca kmk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, yalah tek. Kmk pun seram sejuk juak bila diajak ke sitok 🤣 imagine tengah makan tiba2 kak ponti lalu di belakang hahaha!

      Delete
  2. Lain macam temanya ya 😅
    Mujur makanannya biasa je, bukan ikut tema 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal kak Ujie! hahaha! Sedap tau makanan kat sini. Dah 2x datang sini, kali kedua dgn BFF saya.

      Delete
  3. Daging salai masak lemak...duh ini sepertinya lezat sekali, Mbak,
    Nama minumannya seram sekali...bloody ponti...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Pak Asa, sedap daging salai masak lemak di sini. Rasa salainya kuat sekali. Namanya aja yang menyeramkan tapi sebenarnya sirap bandung biasa 😆

      Delete
  4. kena pii ni Carneyz , dah dua orang adik blogger review tempat nih sebelum ni Dana rasanya ada write up, sambal picit tu bagai memanggil-manggil... serammmmmm hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap memang rekemen sangat2 restoran ni kak Ana! Wajib try daging salai masak lemak tu, sambal picit tu fuhhh mmg pedas tapi mantops!

      Delete
  5. ada tgk kwn share juga tmpt ni...mmg dlm list nk try juga nanti sbb baca review menu sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah repeat tempat ni minggu lepas dgn BFF, dieorg pun cakap sedap makanan kat sini hehe

      Delete
  6. Wah kalau di sana pontianak itu pocong atau hantu ya..kalo di sini kuntilanak 😁...Pontianak itu justru nama ibukota Kalimantan Barat😆..tapi kreatif juga ini untuk mencari pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya di sini kuntilanak digelar pontianak hehe. Walaupun namanya seram tapi makanannya sedap dan berbaloi datang ke sini.

      Delete
  7. Wah, sedapnya menu di Paku Pontianak. Baca tajuk macam seram jew bunyinya. Tengok hidangan rasa nak terkam semua. Selamat menjamu selera, Bismillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Amie, bila suami ajak makan kat sini berkali2 tanya betul ke nak makan kat tempat tu sbb seram dgr nama restoran ni hehe. Sekali tengok makanannya sedap2 belaka. Alhamdulillah berbaloi makan di sini.

      Delete
  8. sedap nampak gulai lomak cili api tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, lagi2 ada ikan gelama masin tu 🤤

      Delete
  9. supposed g mkn sini time halloween nnt baru kena dgn tema hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Boleh try tu. Tapi kak ponti sambut halloween ke? 😝

      Delete
  10. Tadi saya pikir Carneyz sedang di Pontianak, Kalimantan 🤣🤣. Baca ini, saya jadi wondering pula, sejarah nama dari kota Pontianak. Jangan2 berkaitan juga dengan kuntilanak 🤣.

    Btw, saya td iseng browsing berapa jauh jarak restoran ini dari hotel Corus. Patokan saya hotel itu Krn suka stay di sana. Ternyata dekaaat. 2 km saja. Bisa jalan kaki. Okelaah, kalo nanti ke KL nak coba juga 😄.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .