Throwback aktiviti jalan-jalan cari makan keluarga kami bulan lepas. Kali ni kiteorang nak merasa daging BBQ salai style Texas di Swood Swokehouse. Lokasinya betul-betul depan House of Patin Lipis @ KL. So asyik makan daging salai style Malaysia kita berubah angin sikit makan daging salai style Texas pulak hehe.
Tempatnya luas, ada tempat parking kat dalam. |
Aku rasa owner tempat ni mesti peminat motor besar dan motor klasik |
Aku pernah nampak dekat IG Reel pemilik Swood Smokehouse Texas BBQ ni orang Melayu. Macamana la dia terfikir nak bukak restoran jual smoked BBQ meat dan brisket ni ye. Rata-rata Google review bagi feedback yang daging brisket dekat sini terbaik, juicy, lembut dan diperap dengan sempurna. Kita yang baca ni pun terus berminat nak cuba.
Tempat duduk disediakan di luar dan di dalam restoran. Kalau duduk dekat luar boleh la tengok proses dieorang buat smoked meat ni tapi time kiteorang pergi tu tengah panas lit-lit jadi kiteorang duduk kat dalam.
Outdoor seating dan di tepi tu ialah tempat dieorang salai daging |
Yang ni pulak indoor seating, sejuk sikit sebab ada aircond. Konsep rustic ala-ala kat Texas US la kot |
Replika smokehouse. Kayu api dimasukkan dekat compartment bawah dan haba dan asap akan memasak daging di compartment di sebelah / atas |
Aku tak reti nak explain proses salai dieorang ni, korang tengok sendiri la dekat video ni:
Kiteorang ambik set rodeo platter (saiz hidangan untuk 2-3 pax), sekali dengan satu jag peach tea. Dalam rodeo platter ni ada 100g beef brisket, 100g pulled lamb dan beef / lamb rib. Kiteorang pilih beef rib. Hidangan sampingan pulak ada coleslaw, smoked baked bean, mashed potatoes dan potato bun.
Set Rodeo Platter (harga dari RM180 ke atas, bergantung dengan saiz beef / lamb rib yang kita nak) |
Pilihan sos yang ada |
Overall experience - daging lembut dan elok terlerai bila dicuit, rasa BBQ dan smoky yang kuat, ada rasa manis dan juicy dan daging diperap elok sampai rasa rempahnya ke bahagian dalam daging. Yang bahagian kerak kat beef rib tu ialah dieorang punya dry rub iaitu rempah kering yang disapu di bahagian luar daging sebelum dipanggang.
Hidangan sampingan pulak OK je la bagi aku, tak habis pun kecuali mashed potatoes dan coleslaw. Peach tea agak manis. So memang highlight kat sini ialah daging salai dan panggang dieorang la.
Adakah aku nak repeat? Hmm... entah la. Tengok mood kot. Kalau daging masak style Western ni, aku lebih suka steak dari daging BBQ smoked style Texas ni. It's a matter of preference. Bagi aku daging salai versi Malaysia lebih kena dengan tekak aku dari versi Texas hihi. Tapi kalau penggemar smoked BBQ dan brisket, tempat ni berbaloi la nak pergi sebab daging lembut, juicy dan cukup perapan. Portion pulak just nice.
Alhamdulillah, kenyang perut suka hati 😄 |
Swood Smokehouse Texas BBQ
Mungkin owner dia pernah duduk di texas US kot... Jadi came up idea nak buat restoren konsep gini
ReplyDeleteMungkin la kot. OK la dah try sekali cukup la kot 😄 lepas ni cari steak tak pun daging salai masak lemak cili api je.
Deletemenarik cafe nya..
ReplyDeleteAah MA, konsep ala2 kat texas agaknya.
Deletesuka kedai konsep macam ni. botol sos pun comel. menarik jugak nampak menu2 tu.
ReplyDeleteSemua homemade termasuk sos tu. Penggemar daging brisket boleh la datang ke sini.
DeleteHouse of Patin Lipis pun tak pernah pergi lagi.. hahaha.. tambah dpn dia ada steak swood smoke pulak... Banyak nak kena kejar ni hahaha
ReplyDeleteHahaha! Dua2 dekat2 je dgn each other. Swood Smokehouse ni kena sediakan fulus lebih sikit kalau nak pergi sini.
Deletenampak sedap jer tu esp kalau daging tu lembutt time kunyah2 tu...
ReplyDeleteKalau peminat brisket / texas smoked meat, boleh cuba. Saya tak berapa sangat sbb makan sikit je dah rasa muak 😄
Deletecantik restorannya
ReplyDeleteKonsep texas rasanya 😄
DeleteAgreeeeee 😄😄😄👍.
ReplyDeleteDi jakarta ada resto smoked beef ala western seperti Ini. Sedaaap, tapiii saus dia agak manis bagi lidah saya. Dan biasa porsi personal pun besar kan. Terkadang kalo dah kenyang sangat, jadi mual pula berasa.
Beda dengan daging asap ala lokal. Kalo di JKT ada banyak resto daging asap dari Nusa tenggara timur, sebutannya Sei Sapi. Saya lebih suka itu lagi. Apalagi pedas dan gurih.
Kalo nak daging western, prefer steak lah drpd smoked macam nih
Kan, saya pun rasa muak bila dah makan banyak sikit. Sos nya ada rasa manis, bagi saya tak berapa kena dengan tekak saya 😅 lebih prefer steak dan daging salai local dari yg style texas ni.
DeleteCantik betul deko kedai ni Carneyz. Macam ala ala dekat ladang.
ReplyDeleteAah sis Ezna, ala2 texas ranch kot.
Deletewahh makanns., hehe
ReplyDeleteHaha saja la review Wak. Kalau suka brisket & smoked meat ni boleh la datang sini. Kedai Melayu Wak.
DeleteYeayyy, thanks Carneyz share..dah dapat venue untuk birthday husband SA next March....
ReplyDeleteWah, suka la husband SA nanti dapat makan brisket & smoked meat hehe.
Deletemahal sangat untuk dicuba haha...macam ammi pernah makan di Meat Cartel Bangi kalau tak silap tu pun buat American Style Smoked BBQ...tapi macam dry pulak...kurang kena dengan tekak
ReplyDeleteYang ni ok juicy, lembut je dagingnya. Cuma bbq smoked meat ni tak berapa kena dgn tekak saya sebab rasa manis2 sos bbq tu kot.
Deletefuhhh harga pun mantap juga tu... tapi sesekali nak rasa citarasa western boleh laa... sy pun prefer daging salai sbb suka dgn bau2 asap tu. lg kuat bau asap.lg berselera dibuatnya🤣🤣
ReplyDeleteYe sama! Daging salai nogori lagi sedap bagi tekak saya hehe 😜
Delete