Sarapan di kedai mamak |
Hari ni Suami Terchenta akhirnyaaaaa ambik cuti. Korang tau tak baki cuti dia ada 20 hari lagi? Ni dah masuk bulan Oktober dan berbaki 2 bulan je lagi sebelum masuk tahun baru. Setiap hari la aku membebel suruh ambik cuti sebab kalau tak ambik burn je cuti tu. Kerja tunggang-terbalik macamana sekalipun, kena ambik cuti sebab badan dan otak pun perlu rehat jugak. Cuti tahunan ni ialah cuti berbayar, kalau tak ambik rugi beb! Sepanjang aku bekerja memang tak pernah la aku nak sedekahkan cuti berbayar aku dekat company, jadi aku akan habiskan sebelum tahun baru.
Akhirnya selepas diasak bertubi-tubi dengan pertanyaan, "Bila nak ambik cuti, abang?" setiap hari, dia pun apply cuti 😆. Aku cakap kat dia bulan ni kena ambik 6 hari cuti, bulan depan 6 hari lagi dan bulan Disember sebab special sikit (birthday anak-anak dan anniversary kiteorang) ambik 8 hari cuti.
Tapi walaupun cuti, tak boleh kemana-mana pun sebab dia still kena join meeting online jugak 😑. Tahap workaholic dia ni memang tak boleh bawak bincang. Tapi aku tak kira, esok petang aku nak ajak dia gi dating jugak hahaha! Kat mana? Tunggu lepas publish kat blog ye hehe.
ammi masa berhenti di first office yang ammi kerja, ammi dapat bayaran utk cuti yang tak digunakan rasanya hampir 42 hari. sebab kat situ tak ada konsep burn cuti. ada kala bos bagi pulak "unrecorded leave" especially masa ammi belajar. kalau ammi terpaksa overtime (disebabkan dia tak bayar OT) jadi dia ganti dengan cuti juga
ReplyDeleteCompany lama saya dgn company suami takde konsep bayar cuti tak terpakai ni. Polisi company, dah bagi peruntukan cuti pandai2 la ambik. Kalau tak ambik, salah sendiri la tak plan cuti sendiri huhu.
DeleteHahahahaha..sama la kita..cuti macam tak cuti..tapi tetap kena cuti..cuma company flexi terutama bila melibatkan urusan follow up di hospital untuk abah dan arwah mak serta diri sis sendiri..
ReplyDeleteBaguslah company akak ada sifat timbang rasa tu. Tak semua company yg flexible bab2 cuti ni.
Deletesuami saya pun... cuti ke kerja ke.. kira kerja juga...hahaha
ReplyDeleteTu la, kadang2 fikir bila la Malaysia nak jadi macam negara Perancis bab2 ni. Time cuti tak boleh kena kacau urusan kerja!
Deletesweetttt
ReplyDeleteSweet2 kelat la sbb tak boleh nak ajak dia kemana2 time dia cuti sbb still kena kerja huhu
DeleteHaisyh.. Ada cuti tak nak cuti.. Hahaha.. Kalau suami linda dulu, nak cutiii... Tapi tak boleh cuti... CO tak lulus lah... OC tak bagi cuti lah... Kalau nak amik cuti raya pun, kena tunggu cuti dia lulus dulu. Memang menung lah orang lain Dah booking cuti dulu..
ReplyDeleteDah lulus pun, tiba2 kena masuk kem balik.. Setewess kite
DeleteHa part ni tak suka, sebab cuti berbayar ni dah sebahagian dari faedah kerja. Umpama dalam surat tawaran gaji sekian sekian tapi ditahannya sebahagian dari gaji tu, tak bagi langsung dekat staff nak pakai. Saya dulu bagi je staff cuti kalau dieorg apply melainkan kalau ada meeting penting yg perlukan dieorg join sekali sbb meeting ni kan dah plan lama. Melainkan ada hal kecemasan melibatkan keluarga.
Deletedulu..suka tak suka kena hadap je lah...incikSuami askar kan...negara no 1, keluarga no 2...gitu lah...
DeleteHuhu... yg tu tak boleh nak kata apa la kan. Perwira negara 🫡
Deletewaaa byk lagi cuti tuuuu...bestnya gi dating manaaa jeles2 hahahaah
ReplyDeleteTak boleh nak dating MZ, dia cuti dalam sistem je tapi hakikatnya, dok depan laptop join meeting online dari tengahari sampai ke petang. Esok petang katanya takde meeting tapi dia nak keluar bawak laptop sekali takut boss suruh dia check apa2 / join meeting terkejut 😮💨
DeleteYes dating selagi boleh. Hehe enjoy lah masa berdua. Banyak lagi cuti tu.
ReplyDeleteHaha, harap2 boleh la dating dgn aman besok 🤲🏻 😅
DeleteSama juak dengan kmk ...mun cuti sik ambik maka hangus la jawabnya...kmk pun masih banyak cuti dan kmk liat juak mok ambik cuti
ReplyDeleteAmbik jak cuti ya, jgn sayang gilak mok ambik sebab ya benefit berbayar bah. Kita mesti ingat perkara tok - staff tok senang diganti. Masa cuti ya sik dapat mok ganti. Ambik jak cuti spend time dgn keluarga / berehat di rumah 😄
DeleteBanyaknya cuti. so selamat berlibur yee..
ReplyDeleteHarap2nya dapat la berlibur tanpa gangguan ofis 🤲🏻 😅
DeleteNasib baik tak bukak laptop kat kedai mamak
ReplyDeleteTak, tapi asyik reply whatsapp kat hp je huhu...
DeleteMemang kena habiskan, kalau tak kita yang rugi . Sama policy mcm company lama saya kerja, kena habiskan cuti tahunan juga.
ReplyDeleteKan sis, rugi 20 hari cuti kalau tak habiskan.
DeleteBanyakkkknya cuti dia bestt ni
ReplyDeleteBiasanya camtu la burn cam ciknur dulu2
Rugi kalu ikutkan
Memang rugi Ciknur. Cuti tu dah berbayar sebenarnya. Macam kita sedekahkan je duit dekat company, padahal company dah kaya hehe
DeleteSepertinya suami Mbak tipe workaholic ya sehingga cuti nya masih banyak yang belum diambil.
ReplyDeleteKalau sudah cuti seperti begini, saatnya bepergian berdua saja Mbak. Menikmati kebersamaan...
Bahagia selalu Mbak dan suami tercinta.
Salam,
Padahal isterinya dulu Pengurus HR Pak Asa 😅 dah berbuih mulut nasihatkan dia supaya ambik cuti tapi dia sibuk sangat di ofis tak sempat nak ambik cuti katanya. Harap2 hari ni jadi la plan bawak dia keluar hehe
Deletehah byk tul cuti tu..ni dh oktober...rugi tk cuti...tkleh carry fwd ke....kt opis akak bole carry fwd half dr cuti tahunan...so mmg plan siap2 la cuti tu
ReplyDeleteKat ofis dia pulak blocked leave je boleh carry forward. Kalau tak plan blocked leave kena habiskan. Mcm tu la yg dia explain huhu
DeleteAdudu banyaknya baki cuti... My husb ada la kot 7 hari lagi ahahaha...
ReplyDeleteBanyak lagi cutinya tak pernah guna pun, isshhh geram pulak sebab dah selalu remind ambik cuti huhu...
Deletebleh transfer x cuti tu sket kat sy?🤣🤣🤣
ReplyDeletekalau sy laa cuti is cuti termasuklah weekends. bab2 keje cuma isnin-jumaat 8.30-6.00. lain2 sori😁
Tu la, workaholic ni tak boleh bawak bincang. Satu je cara nak bagi hilangkan perangai workaholic ni - cari kerja lain huhu.
DeleteSejak saya resign, saya juga yg ingatkan Raka utk habiskan cuti. Tapi nasib baik kalo Raka, cutinya bisa diforward ke tahun depan dengan syarat sampai february harus habis.
ReplyDeleteDi tempat suami tak ada core leave yg wajib diambil kah? Dulu saya di HSBC cuti itu wajib dihabiskan. Sejak November biasanya tanggal cuti tahun depan sudah diminta oleh bos, tujuan supaya tak bentrok dengan cuti staff lain. Jadi bisa diatur pembagian kerja.
Dan malah atasan biasanya suruh ambil awal2 lagi. Teman2 saya tak suka. Tapi saya suka lah. Krn memang kalo traveling kan saya selalu winter, jadi Januari dan February memang waktu fav saya buat liburan..nasib baik cuti di HSBC juga boleh ambil semua sekaligus. JD panjaaaang lah liburan 🤣
Cuti Raka pun sbnrnya bisaaa. Tp dia nih tipe pekerja yg suka kasian kalo cuti terlalu lama, nanti banyak pula teman dia yg susah 🤣. Makanya dia ambil cuti palingan maksimal sangat 10 hari. Sisanya utk nanti 😅. Beda dengan saya yg hantam sajalah 😁. Itu kan hak kita 🤭
Core leave tu maksudnya block leave kah? Katanya kena apply awal tahun dulu kalau nak ambik block leave tapi dia tak apply jadi kena habiskan tahun ni. Entahlah saya rasa pelik jugak dengan sistem cuti mereka. Entah-entah suami saya yang tak suka cuti sebab dia tu workaholic 🤣
Delete