Pagi semalam kiteorang berdua keluar ke Pertama Complex untuk cari seluar jeans. Kalau nak cari seluar jeans memang kiteorang akan pergi kat satu kedai ni dekat Pertama Complex. Sampai Aunty tu pun dah kenal kiteorang padahal bukan selalu pun, cuma dia jenis ingat muka kot.
Dulu Pertama Complex meriah dengan kedai jual hp dan aksesori tapi sekarang ni macam dah kurang |
Ni la kedainya... dari pintu masuk dekat tepi SOGO / food court jalan lurus je sampai la ke kedai seluar jeans tu |
Aku bagitau Aunty nak cari seluar jeans yang longgar. Seluar jeans yang aku beli sebelum ni ikut cutting kaki (straight cut) tapi sekarang ni aku selesa pakai seluar yang longgar. Faktor umur kot hihi.
Suami Terchenta pun beli seluar jeans untuk diri-sendiri sebab dia hari-hari pakai seluar jeans - masuk ofis pun pakai seluar jeans sebab sekarang dress code ofis dia ialah smart casual je.
Dah jumpa seluar yang berkenan di hati, kiteorang tinggalkan seluar dekat kedai Aunty untuk dia alter seluar jeans aku punya (potong kaki seluar sebab panjang sangat). Lepas tu kiteorang ke SOGO sekejap cari something untuk Suami Terchenta dan beli Rotiboy yang Khayla pesan.
Keluar dari SOGO, kiteorang singgah makan di food court Pertama Complex sebelum ambik seluar jeans dari kedai Aunty. Masa ni dah tengahari, jadi ramai la orang yang tengah beratur membeli makanan tengahari.
Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus dengan Nasi Ayam Kunyit ni paling ramai yang beratur. |
Food court memanjang sampai ke depan |
Memandangkan kiteorang nak cepat sebab nak kejar balik rumah sebelum Suami Terchenta pergi solat Jumaat, kiteorang pilih beli makanan di gerai nasi campur yang dekat dengan pintu masuk ke Pertama Complex
Dah lama betul tak makan nasi campur macam ni. |
Aku mintak nasi separuh dan ambik lauk sambal telur puyuh, sambal tempe dan sayur bayam. Suami Terchenta pulak ambik ikan keli balado, sayur kobis, ulam dan telur masin. Total harga makanan tengahari kiteorang ialah RM19.
Makanan aku dan Suami Terchenta tengahari semalam |
Alhamdulillah, sedap makanan kat gerai tu. Nasi aku tu walaupun mintak separuh, tapi gigih jugak nak menghabiskan. Suami Terchenta pun kata banyak betul nasi dia bagi.
Dah setel makan tengahari, kiteorang pergi ambik seluar jeans yang dah siap dijahit dan terus gerak balik ke rumah. Mujur naik motor, takde la rasa terkejar-kejar sangat. Ngam-ngam sampai rumah, azan Zohor berkumandang jadi Suami Terchenta drop aku dekat kawasan parking rumah dan terus pergi ke masjid.
OK la, dapat jugak Suami Terchenta spend cuti dia dengan keluar ke Pertama Complex. Nak buat aktiviti yang lebih jauh dari rumah tak boleh, sebab malamnya dia kena masuk ofis sampai pukul 7 pagi. Huhu... Macam tu la kehidupan orang IT, cuma boleh buat system upgrade sebelah malam masa semua orang tengah tidur.
nak try juga laa cari kat sini. kalau labuh bleh potong trs kat situ. mmg nk cari jeans lately tp kaler hitam
ReplyDeleteAah, kat sini dia terus boleh tolong alter FOC. Macam2 pilihan warna seluar jeans yg ada.
DeleteOoo..ye la..kat Pertama Compleks ada kedai jeans...nak ajak suami la pi situ..thanks Carneyz... SA x terfikir ke Partama Kompleks...
ReplyDeleteAda beberapa kedai jeans kat sini, tapi yg kiteorg selalu pergi ni kedai paling hujung sekali dekat ground floor.
DeleteBanyak juga tu telur puyuhnya.
ReplyDeleteMakan di gerai nasi campur memang best. Selain harganya lebih murah, kalau datang awal semua nasi dan lauk masih panas. Sedap!
Mula2 saya ambik 4 biji je, tapi orang gerai tu suruh ambik 2 biji lagi sebab nak genapkan harganya. Betul tu Kak Amie, datang awal lauk masih panas dan banyak, puas hati pilih lauk.
DeleteLama betul tak ke Pertama Complex ni. Oh ada kedai jeans ya, thanks for sharing. Lauk telur puyuh sedapnya.
ReplyDeleteAah kak Mulan, ada beberapa kedai jeans dekat sini. Dari zaman bujang lagi kalau cari seluar jeans mmg ke sini la selalunya.
DeleteWahhh. dalam berkurun tak ke Kompleks Pertama. zaman berjimba mmg selalu la ke sini.
ReplyDeleteSekarang dah tak semeriah dulu. Dulu ingat lagi tempat ni mmg sesak ramai org cari hp ke, laptop ke, baju mmg ke sini.
Deletelamanya tak ke Kompleks pertama... ingat zaman belajar dulu ada sekali dua pergi...
ReplyDeleteZaman tu mmg happening kan Pertama Complex ni. Sekarang mcm dah sendu sikit.
DeleteLama betul tak ke Pertama Complex ni... Dulu zaman u asal weekend je sinilah tempat healing ahahaha
ReplyDeleteAah, kalau saya pergi kl pun mesti singgah dekat pertama complex ni, kalau tak cari makan, jalan2 tgk hp baru dekat kedai2 hp kat bawah ni. Tak pun pergi cari seluar jeans baru hehe
Deletekebetulan last week i pun ada gi sana jugak dgn mr hubby sbb nya dia kena buat check up kat Daya (mcm klinik) kat bangunan DBKL, so kami parking kat pertama complex la...siap breakfast lagi kat kedai2 kecik kat situ heheheh
ReplyDeleteBanyak jugak gerai makanan dekat food court sini kan MZ. Sekarang kiteorang cuma ke sini kalau nak cari seluar jeans baru je.
DeleteSepertinya koleksi jeans di toko itu lengkap sekali ya Mbak. Saya suka juga pake jeans. Kalau masih muda sih pakai celana jeans yang ketat, sekarang pakai yang longgar saja, yang menyerupai baggy, biar leluasa bergerak dan karena sudah tua juga...
ReplyDeleteMenu makan siangnya...hmmm sangat mengundang selera Mbak.
Btw, oh suaminya orang IT ya Mbak. Anak saya yang pertama juga orang IT. Saat ini bekerja di perusahaan farmasi, di IT Dept. Satu minggu paling hanya 2 hari ke kantor, sisanya bekerja on-line di rumah saja.
Salam,
Wah, seronoknya anak Pak Asa dapat kerja dari rumah je, cuma perlu ke kantor 2 hari seminggu. Ya, suami saya orang IT tapi di perusahaan bank jadi pekerjaannya sangat sibuk kerana menjaga sistem bank dalam dan luar Malaysia.
DeleteSaya pun sama, faktor usia agaknya jadi lebih suka pakai jeans yang longgar hehe.
Bila pergi Pertama ni Carneyz?. Sis pergi hari ahad. Hubby nak betulkan kasut dia yang lekang. Kat sini labelinya juga. Lepas tu minum2 kat Food Court Pertama tu la. Lepas tu singgah Sogo jugak. Kat Pertama ni kalau nak cari boots kulit murah kat sini la. Masih fesyen lama kedainya ya....
ReplyDeleteAah sis Ezna banyak kedai kasut kulit kat sini. Tempatnya dah suram tak macam dulu2 kan.
DeleteSukaaa lah kalo toko bisa sekalian alter juga. Tak banyak yg begitu di sini. Saya jenis kalo beli celana, juga harus dipotong sebab terlalu panjang 😅. Nasib orang tak tinggi 😄
ReplyDeleteSama la kita hehe. Betul sebab tu saya suka ke pertama complex ni sebab kedainya boleh terus alter kaki seluar.
Deletesekarang ammi beli jeans Apple Mints je...jerut getah je. hahahah...ni pun faktor usia gak ni
ReplyDeleteJenama Apple Mints ni jarang2 jumpa yg muat saya huhu
Delete