Hari ni memang tak sempat nak blogwalking sebab pagi tadi ada appointment di hospital. Aku rasa tahun ni paling kerap aku ke hospital. Awal tahun dulu, setiap bulan, sekarang setiap dua bulan. Tapi takpe, at least aku sentiasa tau progres tahap kesihatan sekarang. Semoga fungsi buah pinggang aku makin improve atau sekurang-kurangnya tak semakin merosot 🤲🏻. Takut jugak kalau sampai tahap kena buat dialisis.
Bismillah... semoga dipermudahkan urusan di hospital |
Macam biasa, malam sebelum tu kena start berpuasa sebab esoknya nak ambik darah. Mula-mula lepas sampai kena pergi ke klinik ambik slip untuk makmal darah dan buat ultrasound. Kali ni kena buat ultrasound nak check kalau ada batu karang dalam buah pinggang.
Sampai di makmal, ehhh boleh pulak terserempak dengan BFF Nurul! Rupa-rupanya dia pun ada appointment dengan doktor pakar dia. Macam berjanji pulak kiteorang 🤭.
Lepas ambik darah, then turun ke bahagian x-ray / ultrasound. Terkujat beb bayar harga ultrasound! RM300+ jugak melayang! Rupa-rupanya ni ultrasound dari abdomen sampai ke bawah. Bukan scan buah pinggang je. Hairan jugak sebab apa nak kena scan limpa, hati, perut, pundi kencing dan uterus sekali? Hmm... takpe la, dah bayar kan. Proceed je la. Sekurang-kurangnya aku boleh tau tahap kesihatan organ dalaman yang lain.
Sebelum buat ultrasound kena pastikan bladder full. Seksa tau bila pundi kencing penuh lepas tu kena tekan-tekan sampai rasa nak terkencing kat situ jugak 😅. Lepas habis je ultrasound terus aku pergi toilet. Nasib baik toilet kat sebelah je.
Finally dapat makan! Tapi aku makan salad je la sebab nanti dekat klinik mesti doktor suruh timbang berat 😅 |
BFF bermurah hati belanja makan dekat kafe German dalam KPJ Ampang Puteri ni. Semoga murah rezeki ko, Nurul 🤲🏻
Salad German. Lain macam sikit sebab ada jeruk / pickled gherkin. Portion besar jugak, kiteorang berdua kongsi pun tak boleh nak habiskan |
Salmon sandwich |
Lepas makan, baru la naik ke klinik masing-masing. Dia pergi ke klinik doktor dia, aku pergi ke klinik Dr. Sakinah (endocrinologist / diabetologist). Macam biasa, patient ramai jadi kena bersabar menunggu. Nurul dah habis appointment dia dan ambik ubat di farmasi pun tak sampai lagi giliran aku 😅.
Secara ringkasnya:
- Bacaan gula dalam darah masih stabil (HbA1c)
- Bacaan tekanan darah normal (alhamdulillah)
- Bacaan kolesterol improved (4.6, normal)
Tapiiiiii... part ni aku rasa terkilan jugak la. Rupa-rupanya dalam slip makmal tadi pembantu doktor terlupa nak tick yang aku patut buat blood test untuk check buah pinggang! So takde la bacaan eGFR kali ni! Padahal ni benda yang aku tunggu-tunggu nak tau result dia ada improvement ke tak. Huhu... Sudahnya next 2 months kena repeat balik test. Doktor pun bebel lagi berat tak turun-turun (macam biasa laa... aku pun dah tak tau lemak aku ni dah tahap nak kena ruqyah ke baru dia nyah dari badan? 🤣). Jadi pesanan penaja macam biasa - minum banyak air, kurangkan berat badan. Huhu. Baiklah, sis cuba...
Memandangkan Nurul MC hari ni, aku pun ajak dia me-time di Ayu Borneo Spa kat seberang hospital. Konon nak hilangkan stress lepas jumpa doktor. Laju je member tu cakap OK. Nurul buat urut kaki je, aku sekali dengan bahu dan kepala.
Thank you Nurul, nasib baik jumpa ko di hospital terus hilang stress 😄 |
Sorry ye kawan-kawan, tak sempat nak blogwalking hari ni. Balik dari hospital terus ambik Khadeeja then aku terus flat sebab it's my time of the month 😴. Nasib baik kuah spaghetti malam semalam ada lagi jadi malam ni buat another round of spaghetti untuk makan malam anak-anak.
Alhamdulillah hasil yg terlihat, oke 👏👍. Semoga bacaan buah pinggang pun bagus yaa. Tak apa, improve pelan2. Yg penting konsisten workout dan jaga makan. Banyak minum juga. Saya pun JD ingin MCU. Dah lama tak. Menyesal pula saat di Penang tak ambil paket mcu. Terlalu fokus bawa papa berobat.
ReplyDeleteTerima kasih Fanny atas tips nya 😘 Semoga kita semua baik2 aja.
DeleteSemoga yang baik2 je kak..
ReplyDeleteTang turun berat badan tu... Susah beno rasenya... Hihihi
Itulah, tak tau la kenapa. Kita taknak kat lemak, tapi lemak yg nak sangat kat kita 😂😂
DeleteMoga baik-baik saja.
ReplyDeleteBagus tu, pemeriksaan kesihatan berterusan dapat mengesan lebih awal kalau ada masalah tubuh badan.
Memang kena monitor Kak Amie, sebab bacaan buah pinggang merosot mendadak. Awal2 tahun dulu sebab bacaan bp tak stabil, tapi Alhamdulillah dah ok. Sekarang fokus dekat buah pinggang pulak.
DeleteWaaa bestnya ur kolesterol dah normal tuuu.mine masih tinggi ni🥹🥹🥹
ReplyDeleteTurun sebab makan ubat, MZ 😅
DeleteNanti share tips tau camner nak lower down cholesterol tu
ReplyDeleteTak tau la... memang jarang makan daging merah skrg ni, tapi yg lain2 mcm biasa je. Tak de tips kecuali makan ubat kolesterol yg doktor bagi 😅
DeleteSemoga baik2 hendaknya
ReplyDeleteBagus buat chekup kerap
Ciknur pun rasa nk kena jga asyik sakit pinggang dan pinggul
Bln 6 chekup kk je emmm biasa la kk ni Doktor tak detail sgt kan
Nak tak nak kena selalu buat check up Cik Nor, sebab fungsi buah pinggang saya merosot teruk 🥺
DeleteSemoga baik² semuanya...bagus buat check-up organ² dalaman...cabaran nk turunkan bb..akk pun naik bb between 2 appointment doctor...huhu ..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Nohas. Tu la, skrg dah tau organ dalaman semua ok normal. Tapi time bayar tu la terkejut tgk harganya 😅 berat saya tak naik tak turun, maintain gitu je. Tak tau nak buat macamana lagi nak turunkan.
DeleteMY jumpa doktor 9hb ni.. untuk review full profile, hba1c, egfr, cholestrol dan lain lain lagi... debar gak ni...
ReplyDeleteGood luck MY. Memang berdebar nak jumpa doktor bila kita ni ada penyakit kronik kan.
DeleteLZ bila bab check-up kesihatan memang berdebar-debar.. tapi tak boleh elak demi kesihatan.
ReplyDeleteBetul... tak boleh nak elakkan. Sekarang banyak sangat kes mati mengejut / mati dalam tidur among kategori umur 30-40an. Selalunya sebab ada penyakit tapi tak sedar ada penyakit. Sebab tu walaupun berdebar2 nak jumpa doktor, at least tau tahap kesihatan tu yg penting.
DeleteSemoga kesehatannya kian baik dan selalu terjaga Mbak.
ReplyDeleteSaya juga biasa check setiap bulan ke dokter. Awalnya sih dari gangguan lambung, tapi selanjutnya jadi gangguan jantung, jadi setiap hari harus minum obat dan setiap bulan harus check.
Sehat selalu ya Mbak.
Sihat selalu ya Pak Asa. Ameen YRA atas doanya 🤲🏻
DeleteTertarik dengan cafe tu. Nampak sedap menunya.
ReplyDeleteOK la, saya suka lagi pergi kafe hospital sebab kat situ menu kampung dia sedap 😄
DeleteBerat tak turun tapi nampak macam dah banyak beza saiz muka Carneyz tu. Takkan pasal tudung pulak nampak kurus. Memang otot dah mengecil ni cuma berat masih statik. Apapun semoga semuanya baik² sahaja ya.
ReplyDeleteRasanya saya serasi pakai tudung bawal kot 😅 lagi satu, sekarang ni saya amalkan urutan guasha dekat muka. Ni Fanny yg kongsi tips 😄
DeleteUntunglaaa ada Nurul....
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada kawan2 yg baik & murah hati 🥰
DeleteNampak berseri Carneyz dengan baju dan tudung tu lah 😊
ReplyDeleteBetul, takpe kerap ke hospital boleh tau tahap kesihatan. Ni kami (akak ler tu) yang tak pergi buat check up, tak tau tahap kesihatan 😅
Warna terang ni memang masuk dengan tona kulit saya Kak Ujie 😄
DeleteTu la saya fikir positif je bab kena pergi check up ni. Tapi kadang2 kosnya tu yg buat rasa mcm menyesal 10,000x sebab tak ambik insurans perubatan peribadi masa sihat-walafiat dulu. Sekarang ni harapkan medical coverage syarikat suami je tapi bila dah habis, kena bayar sendiri la. Tu yg takut sangat kalau sampai kena buat dialisis, sbb tau kos dialisis tu mahal huhu 🥺
Okay tu sis, lepas stress jumpa Doc, de-stress pulak dgn urut² hehe ..
ReplyDeleteSemoga sihat² selalu hendaknya...
Ameen YRA 🤲🏻 semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik 💕
DeleteYe, lagi2 bila ada geng lagi seronok hehe.
At least selalu ke hospital utk check up boleh tahu keadaan diri kan.. moga cepat sembuh dan kembali kepada sedia kala.. alhamdulillah ada kawan sekali dibelanja makan sekali tu.. tak la boring sangat.. :D
ReplyDeleteAah, ada la teman berborak nak hilangkan rasa nervous tu hehe. Ameen YRA atas doanya 🤲🏻
Deletebila check up ni and dpt result yg menyenangkan hati....lega sikit kan...
ReplyDeleteYang lain2 tu alhamdulillah elok stabil lagi, cuma nak tau buah pinggang je. Tapi nampaknya kena tunggu 2 bulan lagi.
Deletealhamdulillah.. cantik result semua...
ReplyDeleteAlhamdulillah... gula dalam darah tu boleh diperbaiki lagi. Kesihatan buah pinggang je tak dapat tau sebab assistant doktor lupa nak tick utk suruh buat blood test utk kidney function.
Deletesmoga baik2 aje utk next check up...bole plak terjmpa bff kan trus pi spa
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 aah tak plan langsung tiba2 terjumpa 😄
DeleteYou look so slim in the yellow outfit...fewitttt....
ReplyDeleteCutting baju yg longgar kak fzy. Doktor masih bebel berat tak turun2 😅
DeleteBab kena tekan pundi kencing tu alamak Carneyz....tak leh bayangkan sebab rasa nak pergi tandas dan dan tu kan?. Carneyz tahu tak yang Carneyz dah nampak kurus sikit. Alhamdulilah.
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 semoga betul2 kurus next visit 2 bulan nanti 😅
DeleteSemoga sentiasa sihat yer Carneyz..sama la kita usia dah menjelang senja ni macam- macam kan...SA pun sama berat ni macam susah betul nak turun..dah buat macam- macam dah...denga period x teratur..stress kadang2...sygnya x dapat tau result buah pinggang tu...
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 Terima kasih SA atas doanya. Tu la, bila dah umur 40an ke atas ni, badan pun dah mula meragam. Masa ni baru menyesal sbb tak jaga kesihatan betul2 dari 20 tahun lepas.
DeleteMasih risau lagi pasal buah pinggang ni tapi setakat ni takde rasa sakit belakang atau susah nak kencing ke apa, jadi husnuzon yg buah pinggang masih dalam keadaan terkawal. Masih cuba nak minum air 3L ke atas.
kena bersenam jugaklah sambil jaga makan...bab berat ni memanglah payah nak turun tapi kalau bagi dia naik laju je tak payah mintak pun dia bagi free je
ReplyDeletetu la pasal Ammi. Bab naik senang je, tapi turun tu payah nau.
Delete