Throwback masa cuti sekolah lepas. Di penghujung cuti sekolah, anak-anak nampak bosan je duduk di rumah. Memandangkan dah hari Jumaat dan balik dari road trip ke Pantai Timur kiteorang memang lepak di rumah je, jadi aku pun ajak dieorang keluar jalan-jalan ke Bukit Bintang lepas Asar.


monorel KL
Naik monorel ke Bukit Bintang

Sampai di Bukit Bintang, kiteorang decide nak jalan-jalan di Pavilion KL je. The girls bagitau nak tengok restoran Uncle Roger, pempengaruh Youtube yang terkenal, sebab dieorang ni memang follow Youtube channel Uncle Roger.


Bukit Bintang KL
Posing dengan baju batik beli di Pasar Payang, KT 🤭

Mak aii... panjang giler queue orang nak masuk ke restoran ni. Aku rasa mostly yang datang ni ialah Instagrammers atau pempengaruh media sosial. Sebenarnya barisan dia sampai ke belakang escalator ni ye. Tapi aku tengok review orang yang dah makan kat sini, macam biasa-biasa je nasi gorengnya.


Pavilion KL
Bertabahlah menunggu giliran kalau nak cuba makan di restoran ni

Dah jumpa dan tengok restoran Uncle Roger, kiteorang pergi cari tempat makan pulak. Aku mesej Suami Terchenta mintak dia pergi Pavilion KL lepas balik kerja. Since masing-masing tak tau nak makan apa, end up aku pilih ke Two Sons Bistro je sebab yang paling dekat.

Jom tengok menu pilihan kiteorang:



Two Sons Bistro
Spaghetti carbonara with beef bacon (rating Khayla: 8/10)

Two Sons Bistro
Chili butter clams, menu wajib aku (rating Carneyz: 10/10)

Two Sons Bistro
Belgian waffle (rating Khadeeja: 7/10) - Khadeeja ni memang tegas sikit bab-bab mengkritik makanan ni 😂

Two Sons Bistro
Sirloin steak (rating Suami Terchenta: 9/10)

Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah 😊.


Pavilion KL
Happy wife, happy life - motto Suami Terchenta 😂

Oh ya, aku sempat beli reed diffuser dari Hooga ni jugak sebab ada diskaun 50%. Harga asal RM64.90, aku beli dengan harga RM32.45. Suka bau Peony & Fuschia ni sebab sweet je baunya. Sampai di rumah, aku tuang setengah dalam botol kosong satu lagi, jadi dapat la dua botol; Satu tu aku letak dalam bilik air dan satu lagi dalam bilik tidur #tipsjimat.


reed diffuser
Kalau korang minat pewangi bilik jenama Hooga ni boleh la cari dekat kedai Hooga terdekat sementara masih ada diskaun ni

20 comments:

  1. Cantiknya ootd blouse batik tu💖🤩👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, terus berkenan bila nampak baju blouse ni in my favourite purple colour 😍

      Delete
  2. Baju cantik, gambar cantik, org lagi cantik... Semuanya on point 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semuanya dari Allah sis 🥰
      اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ 🤲🏻

      Delete
  3. bila nak pi two sons ni nk mkn clam tu haha...dlu pi klcc sold-out..dlu opis area pavi tkde byk tmpt mkn ..lps pindah opis...makin byk tmpt mkn haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sold out ke? So far pergi tak pernah pulak sold out. Mungkin masa awal2 dulu je sold out kot 😄

      Delete
    2. clam yg sold out tp mussel ada....masalahnya time pegi tu bkn viral dh...blum ada rezeki

      Delete
    3. Ye ke. Tu la belum ada rezeki la nampaknya tu 😅

      Delete
  4. Nie bagus.. Beli dan pakai.. Hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu malas nak beli kain belum jahit takut tak jadi baju sbb malas nak hantar ke tailor 🤭

      Delete
  5. Carneyz dah nampak slim la....makin cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 semoga jadi kenyataan betul2 kurus. Masih berusaha nak kurus lagi ni Afzan. Berat maintain lagi ni 😅

      Delete
  6. Butter Clams tu memang sedap. Tak hairanlah dapat 10/10. Waffle tu pun nampak yummy jugak.

    ReplyDelete
  7. Cantik batik tu. mmg best la kat Pasar Payang tu. ooo uncle roger ye. kena gak auntie carik nnt ni.

    ReplyDelete
  8. Di foto ini Carneyz nampak berbeda. 👍👍. Tadi saya pikir si anak sulung 😄.

    Kalo ingat two sons, JD teringat laksam fav saya itu 🤣.memang harus coba lagi kalo kesana. Nanti nak ajak Raka, biar dia juga rasa clam nya.

    Uncle rogers tuh penasaran lah. Tp malas pula antrj sepanjang itu 😂😂. Nanti kalo dah rasa, coba tulis di sini Carneyz. Kalo worth it, saya akan ikut antrian, kalo tak berbaloi dengan rasa, byeee 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh, jauh beda ya emaknya dgn anaknya 🤣🤣

      Kalau Raka peminat clam jugak, berbaloi ajak dia makan di Two Sons ni 😄

      Saya masih tunggu Uncle Rogers dapat sijil halal baru nak cuba nasi gorengnya. Kalau dah cuba, pasti saya akan post review di blog 👍🏻

      Delete
  9. tuuu diaaaaa
    kemain panjang lagi kat uncle roger punya resto...
    mesti ada yg sanggup nak bayar nasi goreng RM18 tu
    hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, panjang giler queue pelanggan yg nak cuba nasi goreng Uncle Roger ni

      Delete
  10. clam butter tu my fav gak tu..selalu makan yang kat KLCC...amboi panjangnya beratur..gigih erk diorang...kalau SA memang x la..jenama hooga memang best..eh kita minat bau yang sama laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, saya pun selalu makan kat KLCC bila kawan2 ajak jumpa sbb dieorg suka makan kat Two Sons. Itulah, gigih dieorg beratur semata2 nak makan nasi goreng Uncle Rogers.

      Sebelum ni saya suka beli 'White Tea & Ginger' tapi bila bau 'Peony & Freesia' ni rasa mcm lagi best pulak. 'White Tea & Ginger' tu bau dia mcm maskulin sikit.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .