Soalan:
Apa hukum mandulkan kucing betina untuk elak kucing beranak-pinak kerana risau akan banyak yang mati lagi. Sebelum ini berpuluh-puluh ekor kucing mati disebabkan oleh sakit atau kena langgar.
Ringkasan Jawapan:
Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram. Namun jika ada keperluan seperti menolak kemudaratan yang pasti, maka hukumnya adalah harus. Kami juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan proses pemandulan ini pada keadaan yang benar-benar memerlukan dan dilakukan tanpa menyakiti binatang tersebut.
Huraian Jawapan:
Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan seperti kucing adalah haram di sisi mazhab Syafi’i. Kami telah bincangkan mengenai perkara ini dalam artikel al-Kafi #313 bertajuk: Hukum Memandulkan Kucing[1]. Firman Allah SWT:
وَلَآَمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ
Ibn Umar, Anas, Said bin Musayyib dan Qatadah berpandangan bahawa ayat di atas menerangkan mengenai larangan untuk memandulkan binatang kerana ia termasuk dalam mengubah ciptaan Allah SWT[2]. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن إخصاء الخيل والبهائم
Walau bagaimanapun menurut mazhab Hanafi hukum memandulkan binatang kerana tujuan tertentu atau untuk menolak kemudaratan adalah harus[4]. Syeikh al-Sindi ketika menjelaskan hadis di atas berkata bahawa kemungkinan larangan untuk memandulkan binatang itu hanyalah ketika tidak ada keperluan[5]. Selain itu, Imam al-Qurtubi juga menjelaskan sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani:
الخصاء في غير بني آدم ممنوع في الحيوان إلا لمنفعة حاصلة في ذلك كتطييب اللحم أو قطع ضرر عنه
Jika terdapat keperluan yang mendesak seperti mengelakkan kematian atau lainnya maka harus untuk bertaqlid dengan mazhab Hanafi. Hal ini berdasarkan kaedah:
الضَّرَرُ يُزَالُMaksudnya: “Kemudaratan itu mestilah dihilangkan.”
Pandangan ini selari dengan fatwa daripada Dar al-Ifta’ al-Urduniyyah:
وأما إذا كان في خصاء الحيوان دفع مفسدة متحققة، وضرر واقع، فيجوز خصاؤه حينئذ؛ فالشريعة الإسلامية جاءت رافعة للحرج ودافعة للضرر،
KESIMPULAN
Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram.
Namun jika ada keperluan seperti untuk menolak kemudaratan yang pasti maka hukumnya adalah harus.
Kami juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan proses pemandulan ini pada keadaan yang benar-benar memerlukan dan dilakukan tanpa menyakiti binatang tersebut.
Wallahu a'lam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Nota kaki:
Setakat ni kiteorang dah bela 3 ekor kucing. Dalam ketiga-tiga kucing ni, cuma seekor je yang aku sendiri buat keputusan untuk mandulkan.
Kucing pertama kiteorang, Kitty. Kitty ni hadiah dari BFF aku, Zura sebelum dia berpindah ke KL |
Kenapa aku decide untuk mandulkan? Pertama, sebab dia ada sejarah tak suka dengan anaknya sendiri dan lepas beranak dia tinggalkan je anak-anaknya sampai ada yang mati kelaparan. Kedua, dia tak suka kucing jantan (mungkin trauma sebab dia kira masih kecik lagi masa dia mengandung anak-anak dia). Memandangkan dia lebih selesa lepak di luar rumah, untuk mengelakkan dia diganggu oleh kucing-kucing jantan, jadi aku rasa satu keperluan untuk memandulkan dia.
Kiranya untuk mengelakkan kemudaratan kepada dia dan bakal anak-anaknya la.
Kucing-kucing kiteorang selepas tu (Louis & Kiera) memang masa adopt dah siap-siap dimandulkan oleh SPCA.
Louis & Kiera - kucing-kucing SPCA |
Ada keperluan tak salah insyallah....
ReplyDeleteye, masa tu mmg saya rasa ada keperluan utk mandulkan kucing pertama kiteorg tu.
Deletepernah dengar jugak pasal ni, and x berdoa kalau atas sebab yg musabah... dr dia dok ngiau2 masa musim mengawan tu.elok la dimandulkan...
ReplyDeleteAah, kesian jugak time musim mengawan. Tapi kucing kiteorg yg first tu mmg benci betul dgn kucing jantan. Kalau ada kucing jantan lalu, dia memang takut sangat2. Trauma kot.
DeleteYe ye... uncle pernah baca info ni kat vat
ReplyDeleteIkut mazhab Syafi'i hukumnya haram sebab menukarkan kejadian Allah tapi kalau utk mencegah kemudaratan tak apa.
Deletesyukran for sharing...kekdg kesian jg bila hilangnya fitrah kejadian haiwan, tapi mencegah kemudaratan yg lbh besar tu lebih afdol..
ReplyDeleteBetul, utk mencegah kemudaratan tak apa.
Deleteok jer utk kebaikan
ReplyDeleteUtk mengelakkan kemudaratan dibolehkan.
DeleteItulah selalu terfikir pasal hukum mandulkan kucing.
ReplyDeleteBenda yg jadi dilema utk pencinta kucing. Kita ni ikut mazhab Imam Syafi'i jadi kena ikut hukum mazhab Syafi'i.
Deletedrpd terbiar x terjaga kena langgar etc better dimandulkan. kita bkn nak aniaya tp utk melindungi pembiakan x terkawal pf ms hadapan...
ReplyDeleteKalau ikut fatwa, jatuh haram bila kita buat sebab kita nak sekat pembiakan dieorg huhu. Sebab tu kiteorg ambik kucing2 dari SPCA je sebab tak payah fikir pasal dilema ni.
DeleteSaya pun memandulkan mereka pertama Krn jika beranak Pinak saya pasti tak akan sanggub memelihara dan memanjakan mereka. Saya tak bisa maksimal merawat Krn cost pasti akan tinggi.
ReplyDeleteKedua, jika yg betina ini tak dimandulkan, saat dia sedang birahi, akan ribut dan lebih agresif. Sementara kucing saya indoor. Mereka tak saya izinkan kluar rumah. Jadi tak tersalurkan pula nanti birahinya. Saya kuatir akan sakit.
Kucing yg hamil trus2an, juga ada kemungkinan terkena pyometra.
Yg jantan juga sama, Krn jika tak steril, terkadang mereka suka spraying di mana2. Mimo dulu sebelum di steril habis sudut rumah dijadikan spraying spot Ama dia. Sejak steril, lebih behave. Tak pernah lagi spraying.
JD dengan considering plus minus, memang lebih banyak manfaat jika mereka dimandulkan. Lebih sehat juga
Kalau melibatkan hukum-hakam agama memang risau juga....dalam mahzab kita . Imam Syafie memang jelas haram dan ia sebaiknya hindari daripada melakukan namun kerana kita jahil mungkin kita boleh bertaubat atas kejahilan tersebut....kmk belum pernah inang pusak dan mandulkan
ReplyDeleteYa Allah, ammi mandulkan semua 4 ekor kucing ammi sebab ammi risau dorang beranak-pinak dan ammi sendiri tak mampu nak bela banyak2.
ReplyDelete