World Mental Health Day 2024
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Korang tau tak, menurut Prudential Malaysia, 1 dalam 3 rakyat Malaysia pada masa sekarang ni mengalami masalah kesihatan mental? Masalah kesihatan mental ialah suatu penyakit yang sukar didiagnosis dan kadang-kadang dianggap sebagai remeh tapi sekiranya seseorang mengalami tekanan perasaan yang melampau dan berpanjangan (atau disebut tekanan kronik atau chronic stress), ianya juga mampu menjejaskan kesihatan fizikal dan keupayaan seseorang untuk berfikir. Stress yang tak terkawal ialah salah satu punca utama seseorang menghidap tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.

Menyedari kepentingan menjaga kesihatan mental, WHO telah menetapkan 10 Oktober sebagai Hari Kesihatan Mental sedunia. Tahun ni temanya ialah Kesihatan Mental di Tempat Kerja. Zaman pandemik menyebabkan tahap kesihatan mental pekerja merosot dengan teruk - kebimbangan tentang status pekerjaan dan kewangan, tekanan menguruskan keluarga dan bekerja di rumah pada masa yang sama, beban kerja yang melampaui keupayaan pekerja dan kes buli (majikan meletakkan work expectation yang tak masuk akal, diskriminasi kerja dsb.) menjadikan masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang tak boleh dipandang ringan lagi. Masalah ni berlarutan sampai la ke sekarang.

Aku sedih bila dengar kawan-kawan di tempat kerja yang terpaksa ambik cuti sakit berpanjangan sebab mengalami masalah depresi, lagi-lagi disebabkan tekanan kerja. Tekanan kerja ni banyak puncanya - selalunya dari hubungan tak baik dengan boss atau rakan sekerja, budaya kerja yang toksik, bebanan kerja yang melampau, skop kerja tak sepadan dengan keupayaan dan kelayakan pekerja dan banyak lagi. Yang selalu aku dengar ialah masalah kerja ni berpunca dari tak ngam dengan bos sendiri atau dengan skop posisi kerja sekarang. Kadang-kadang bila boss atas dengan boss sendiri tak ngam, staff pun tersepit di tengah-tengah. Yang sakitnya staff la sebab kena layan expectation berbeza dua-dua boss yang tak ngam ni.

So, buat kawan-kawan yang masih bekerja dan mengalami tekanan kerja, please take care of your mental health ya. Ya, kerja tu penting untuk kelangsungan hidup tapi tak la sampai kena mengorbankan kesihatan mental dan fizikal kita. Take the time to do self-care; salah satunya dengan membaca dan menghayati Al-Quran, bermeditasi/ berzikir/ journaling (blogging salah satu caranya), melakukan aktiviti hobi atau kesukaan, keluar berjalan-jalan dan YES, AMBIK CUTI untuk berehat! (Hehe, yang last ni ditujukan buat Suami Terchenta).

Dekat sini aku nak sertakan pautan video teknik-teknik menangani tekanan perasaan. Semoga ianya bermanfaat untuk kawan-kawan.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia!

14 comments:

  1. mental health is real..dan makin byk kes2 org2 sakit mental :( even among uni students pun ada kes depression etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, MZ. Even budak2 sekolah pun dah ada kes mental health ni. Mungkin benda ni dah wujud dari dulu lagi tapi cuma sekarang ni kesedaran tu dah meningkat di kalangan rakyat Malaysia.

      Delete
  2. Tiba-tiba teringat pula cerita orang yang mental melanggar anak2 kat UITM tu. Tak tahu la ye ke tak mental sebab orang semua bagitahu dia mental. Pernah dengar talk show kat TV dia kata kalau ada sakit mental ni awal2 lagi kena mendapatkan rawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la baru terbaca tadi pasal kes budak2 UiTM kena langgar kereta MPV tu. Baru2 ni pulak kecoh kes doktor bunuh diri sebab stress kena buli dgn boss.

      Delete
    2. yang kes doktor tu..masing2 dh bergelar pakar...ya Allah, terasa mcm sempitnya pemikiran orang yang membuli tu...

      Delete
    3. Tu la, kesian dgn si mangsa tu. Dah la jauh dari keluarga, mental pulak diasak sampai nekad bunuh diri 😔

      Delete
  3. linda masa mula-mula diarahkan berpindah ke hospital selayang nie pun murung jugak...walaupun orang luar nampak kita biasa je..tapi, ada masa nya..dada rasa sempit, dan terasa macam tak cukup nafas...walaupun tak kerap berlaku, tapi dalam masa 3 bulan pertama itu lah yang Linda rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertukar tempat baru pun boleh mendatangkan stress jugak. Saya dulu pun mcm tu, masa mula2 pindah ke Sarawak, walaupun happy dapat balik kampung dekat dgn mak tapi nak biasakan diri dgn persekitaran, rakan kerja & bos2 baru mmg stress jugak, lagi2 masa tu la start PJJ dgn suami jugak.

      Doktor pernah bgtau saya ni ada simptom2 anxiety tapi high functioning anxiety, org tak tau sbb nampak function mcm biasa tapi benda simple tapi tak biasa pun boleh buat berpeluh2 berdebar2 dibuatnya, lepas tu selagi tak setel kerja selagi tu la fikiran saya kusut smp tak boleh tidur malam.

      Delete
  4. ramai depression sekarang ni tanpa dapat bantuan. kadang tu mereka sendiri tak tau nak dapatkan bantaun di mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depression ni mcm chronic disease jugak - diam2 boleh membunuh. Kalau sesiapa ada depression boleh hubungi Talian Kasih 15999. Ni usaha kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk bantu rakyat Malaysia yang struggle dengan kesihatan mental.

      Delete
  5. sy ckp.kat opismet kalau ko rasa terbeban resign je. x berbaloi ko keje bagai nak rak tp hari2 stress. duit kita bleh cari. tp kesihatan? once dah hlg belum tentu kita pulih spt sedia kala...

    baca entry ni trs teringat mangsa2 kat uitm dungun... alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anies, tak berbaloi korbankan kesihatan mental sebab kerja. Sebab lama2 pendam akan efek dekat badan jugak - darah tinggi, sakit jantung, tu semua bila badan & mental dah stress sangat. Kalau stress cari kerja lain, kalau tak boleh kena belajar teknik2 kawal tekanan.

      Delete
  6. Terkadang banyak orang ga sadar kalo jiwa dia sedang 'sakit'. Merasa sehat2 saja, dan bahkan kalo disuruh pergi psikolog atau psikiater, langsung marah. Krn merasa tak gila. Itu anggapan banyak orang. Mental health problem = Gila. Padahal bukan itu.

    Kalo yg mentalnya kuat, mungkin dia akan sembuh, tp bagi yg bermental lebih lemah, tak ada support dari orang terdekat, dikuatirkan dia akan ambil langkah ekstrem seperti sui.cide.

    Jadi sebenarnya orang di sekitar dia pun ada andil utk membantu. Janganlah dibiarkan kalo teman kita sudah ada tanda2 depresi. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fanny. Macam saya ada anxiety tapi kategori high performing anxiety. Maksudnya walaupun ada anxiety tapi tak menjejaskan aktiviti harian malah boleh lagi bekerja dalam keadaan high stress. Tapiiiiii.... efeknya pada badan saya. Saya jadi mudah sakit, ada masalah tekanan darah tinggi dan migraine. Sebenarnya badan saya sudah tak mampu menerima stress yang bertambah parah sebab ada masalah anxiety tapi saya push diri-sendiri sampai satu masa saya fikir, sampai bila akan jadi begini.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .