Minggu lepas BFF aku turun ke KL sebab ada meeting jadi macam biasa kalau dia turun kiteorang akan arrange untuk berjumpa.

Malas nak berpusing-pusing cari tempat, paling senang jumpa di food court KLCC la. Lepas ambik Khadeeja balik dari sekolah, aku terus bawak dia ke KLCC sekali jumpa dengan BFF. Since dia meeting dekat Impiana KLCC, kiteorang la yang sampai dulu dan terus cari tempat. Dapat la seat yang membelakangi taman KLCC dekat belakang ni. Nampak tak perkataan KLCC belakang air pancut tu? 😆


klcc food court
Kalau kiteorang berjumpa harus la ambik selfie sama-sama untuk men jealous kan kawan-kawan lain yang tak dapat jumpa sebab masih stuck kat ofis 🤭 Kemain lawa gambar dari hp baru dia (lupa brand apa, tapi semestinya bukan ipong!) 😝

Penafian / disclaimer: Sebelum korang kata 'ehh dah kurus laaa'... tak aihhh. Cheq belum kuruih 🤣🤣 Ni efek kamera dan sudut ambik gambar semata-mata. BFF aku ni bab ambik gambar dia memang pro. Kalau kat ofis lama dulu, tugas ambik gambar department memang 100% kiteorang serahkan dekat dia sebab gambar dia ambik memang on point!

Ternyata lepas post gambar dekat group whatsapp kawan-kawan ofis lama, akhirnya berjaya la mengumpan seorang lagi kawan ni turun join kiteorang lepak sekali hehe.


klcc food court
Bertiga lebih rancak bergossip dari berdua kihkih...

Dah puas berborak-borak, moh ler kita gerak balik sebelum Maghrib. Tapi sebelum tu dengan tak disangka-sangka, BFF aku hadiahkan sehelai tudung kayangan dari jenama yang aku tak pernah terfikir nak beli sendiri 🤭. Belated birthday gift katanya. Alhamdulillah, terima kasih my BFF sebab hadiahkan tudung kayangan ni 😍. Kalau nak beli sendiri memang fikir 200-300x yang akan berakhir dengan keputusan 'tak payah la...' 🤭


duck scarf
Macam tau-tau je aku takde tudung warna hijau hihi. Cantik sangat materialnya, semoga murah rezeki BFF aku hadiahkan tudung mahal ni

Nota kaki: Nampaknya kena cari baju warna hijau la nak pakai tudung ni 🫣. Alasan sangat nak shopping baju baru! 🤣

32 comments:

  1. Terus akak pergi tengok harga tudung jenama Duck ni. Makk aihh....ada sampai RM350. Tak tau nak ketawa atau nangis 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, sebab tu la saya memang tak pandang pun tudung jenama itik ni Kak Ujie. Takut tergoda 😆 Harga dia kayangan sungguh. Tak boleh basuh mesin kena basuh pakai tangan je.

      Delete
  2. Replies
    1. Mahal... sebab tu founder dia kaya-raya hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki BFF hadiahkan tudung mahal 🥰

      Delete
  4. wah! hanya org ada2 aje yg pakai tudung jenama itik ni... murah rezeki kali ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Abam Kie, alhamdulillah merasa pakai tudung orang ada2 hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Aah memang cantik, warna dia lembut 😄 kena cari baju yg sesuai ni

      Delete
  6. alhamdulillah.. betul, cantik warna hijau nya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... tu la cantik warna hijau tu 😊

      Delete
  7. Alhamdulillah, dapat rezeki tudung cantik.
    Moga ukhuwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga murah rezeki kawan baik 🤲🏻😊

      Delete
  8. Waaa mahal la tudung tuuuu.nanti ootd tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, bila dah jumpa baju yg sesuai 🤣🤣

      Delete
  9. Cantik warnanya! Berseri serilah!! 🤩 Saya pun takda lagi koleksi shawl ni..hikhik...Memang kayangan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan, nona? Dapat jugak merasa pakai tudung kayangan ni hihi

      Delete
  10. wah rezeki dapat hadiah tudung kayangan dik, alhamdulillah... kemanisan ukhwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki dapat kawan2 yg baik hati kak Ana 🥰

      Delete
  11. Hahahaha kalo bukan Ipong, dah pasti android laah 🤣🤣.

    Itu bahannya satin ya Carneyz? Saya masih belajar kalo bahan mengkilap atau licin . Biasa tak bisa rapi 🤣🤣

    Terkadang bingung lah, beli hijab based on warna stok baju di rumah, atau beli baju based on warna hijab 😄? Saya pun dulu pernah beli segala macam warna. Tp ternyata yg cocok di kulit saya hanya merah, hitam, purple muda , coklat, dan kuning. Sisanya buat wajah tampak gelap pula. Akhirnya saya bagi2kan. So skr ini kecendrungan beli hijab warna itu2 saja. Baju pun begitu 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau gambar cantik dan siap filter ni ialah telefon android 🤣🤣

      Betul, fabrik satin. Kalau satin ni biasanya saya pakai inner kapas biar tak cepat terlorot 😅.

      Depend jugak, biasanya saya beli hijab ikut warna baju yg ada dalam almari, tapi kalau beli baju baru saya akan fikir ada tak hijab yang secocok? 😅 Baju saya kebanyakannya berwarna gelap (biru/hitam/purple mostly) tapi ada jugak satu dua baju berwarna terang (pink/kuning mustard). Hijau belum ada lagi hehe. Kalau saya, baju warna cerah contohnya putih/biru muda tak cocok dengan kulit saya tapi warna gelap dan warna terang ok.

      Delete
  12. Alhamdulillah... Merasa tudung kayangan... Hihihi... Lawa jugak warna dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 🥰 kalau nak beli sendiri mmg idok ler.. hehe

      Delete
  13. Senangnya dapat berkumpul dengan teman-teman kerja. Santai dan banyak cerita pastinya ya Mbak.
    Hadiah tudungnya warna hijau, cantik. Hehehe...benar jadi bisa alasan untuk beli baju baru yang selaras warnanya.

    Btw, disana istilahnya tudung ya Mbak. Kalau disini populer dengan sebutan "kerudung".

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, walaupun saya sudah tak bekerja & jadi ibu rumahtangga tapi masih lagi bertemu kawan-kawan sekerja yang lama. Masih rapat lagi. Betul tu Pak Asa, kerana saya tak punya baju warna hijau lagi 😅

      Ya di Malaysia kami panggil tudung atau hijab, di Indonesia kerudung ya.

      Delete
  14. wow weeeeee tudung mahal uuuu
    bleh pakai raya nanti
    hehehe
    awal bebenaor nak raya kan?puasa dok lagi hahaha

    ReplyDelete
  15. SA pun x mampu nak beli tudung jenama ni..ada kawan opis memang every month beli 2 helai..blom time bonus lagi..seram tgok dia shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepuasan dia kot pakai tudung jenama Itik ni. Tapi setiap bulan beli 2 helai... mak aih 🫣 husnuzon... mungkin tudung lama dia jual preloved kot, sebab tau jenama mahal ni kalau jual preloved pun laku.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .