Aku ni sejenis susah la nak minum air sebab aku tak cepat rasa dahaga. Kadang-kadang aku sendiri tak perasan aku dahaga sebab khusyuk dengan benda lain. Ada tak orang yang macam aku ni? Sebenarnya ini ialah tabiat yang tak baik tapi benda tu susah aku nak ubah.

Tapi sejak jumpa Dr Sakinah, dia selalu remind aku minum banyak air demi kesihatan buah pinggang. Jadi nak pastikan aku minum air, aku kena ada botol air pintar yang bukan setakat remind aku minum air sepanjang hari tapi jugak track jumlah isipadu air yang aku minum.

Bulan lepas, aku beli tumbler jenama WaterH dari Amazon. Takde pilihan terpaksa beli dari Amazon, sebab tumbler ni tak dijual di Shopee atau platform tempatan yang lain.


waterH tumbler
Jauh tumbler ni datang dari US padahal made in China hihi.

Keistimewaan tumbler ni ialah ada tracker untuk track jumlah isipadu air yang aku minum sepanjang hari secara automatik. Maksudnya, setiap kali aku teguk air dalam tumbler ni, smart tracker tu akan kira jumlah isipadu air yang aku minum.


waterH tumbler
Sebelum guna buat pertama kali, kena recalibrate botol supaya tracker boleh track jumlah air dengan tepat

Hidrate Spark
Perbandingan botol air lama dengan tumbler baru. Tumbler ni boleh isi sampai 1L air, berbanding cuma 640ml botol air lama

Aku sukaaaa sangat tumbler ni sebab aku selalu lupa minum air jadi selalulah aku tak minum air secukupnya hari tu. Tapi tumbler ni rajin mengingatkan aku minum air dengan cara keluar lampu glowing dekat penutup tumbler dan jugak alert dekat Apple Watch yang aku pakai.


waterH tumbler
Sejak guna tumbler ni, selalu la meet target jumlah air yang aku kena minum sepanjang hari

Satu lagi keistimewaan tumbler ni ialah baterinya yang tahan agak lama sebelum kena caj semula. Jadi nak bawak ke mana-mana senang tak payah risau bateri habis. Nak tengok progress minum air hari tu cuma tengok dekat penutup botol je. Dekat situ akan tertera berapa peratus air yang dah diminum (berdasarkan target jumlah isipadu yang dah siap-siap set dekat aplikasi botol air ni).


waterH tumbler
Jumlah bateri lepas 5 hari pakai. Banyak lagi dalam 80%

Selain dari fungsi botol air pintar, aku jugak suka warna tumbler ni iaitu warna purple lilac, which is my favourite colour! Ada lima pilihan warna tumbler ni - hitam, biru gelap, putih, pink dan purple lilac


waterH tumbler
Invest smart tumbler untuk kesihatan tubuh badan

Harga tumbler ni secara jujurnya tak mesra poket tapi aku fikirkan faedah dan kebaikan jadi pejam mata je la bayar! Total aku bayar sekali dengan cukai semuanya USD52.24 atau lebih kurang RM228. So far puas hati pakai dan harap-harapnya bertahan lama la smart tracker tu. 

20 comments:

  1. bagus eh ada tumbler mcm tok... tp rega ya hmm... tp mun ngenang kesihatan x apalah invest sikit kan... semoga konsisten minum byk air selalu

    ReplyDelete
  2. memang cantik dan nmpk mahal la tumbler tuuu (memang mahal punnnn)..err part tak suka minum air tu, boleh geng laaa...

    ReplyDelete
  3. wah...canggih sekarang yer.. cantik plak tu. nice!

    ReplyDelete
  4. Cantiknya warna tumbler tu. Tak apalah mahal sebab fungsinya bagus tu.

    ReplyDelete
  5. Samaaa ciknur jga sejenis payah minum air adoiii tp skrg paksa diri jga letak botol air dpn mata @meja menulis
    He hee sehari nk habiskan kalu blh 2 botol konon2 la
    Setakat ni alhamdulillah berjaya tp bila. Cuti kat rumah emm memang jarang
    Ye la mcm2 keja sampai lupa minum kadang x perasan pun ehh dah minum air blm
    🥰cantikk nya bekas airnya

    ReplyDelete
  6. Aiiiishhhhh kereeeeeen 😍😍😍👍. Belum pernah lihat juga saya Tumbler macam nih. Hrs beli dari Amazon yaaa.

    Tapi sbnrnya kalo saya memang unta sangat 🤣🤣. Minum pasti banyak. Bisa lebih dari 2 liter. Krn saya minum suplemen kan. Mau tak mau supaya ginjal tak masalah, minum hrs banyak. Mungkin Krn dah biasa, jadi memang kayak automatic aja minum di rumah. 😄Dah hapal jam nya

    ReplyDelete
  7. Baca post ni buat uncle rasa uncle punya tak pintar langsung!

    ReplyDelete
  8. Fuh! Baru tau ada tumbler pintar gini. Canggih sungguh.

    ReplyDelete
  9. Cantik la tumbler tu. Bagus sangat funsi nya. Sama la, tak ingat nak minum air. Memang tak bagus. Kadang malas sikit nak minum especially bila travel, tak mau kerap ke bilik air.

    ReplyDelete
  10. Bukan biashe biashe tumblr ni.. okla satu inovasi baru utk tahu berapa byk air minum sehari.. kita ni kdg2 buat keje mmg lupa nak minum air..

    ReplyDelete
  11. sy kan kalau benda ada tracker mcm ni...sy risau kena air dia jadi rosak pd hal x de apa2 pun hehehe

    ReplyDelete
  12. Canggih tumbler ni sebab sejenis pintar. Bukan jam, rumah, telefon dan peti ais je boleh pintar. Warna lilac tu suka sangat.

    ReplyDelete
  13. Saya sekarang setiap hari selalu membawa air dalam tumbler, Mbak. Kalau tidak lupa setelah ada #Gerakan1000Tumbler di twitter saya baru menyadari pentingnya selalu membawa air kemanapun pergi, sebab itu selalu saya bawa tumbler.

    Tumbler yang Mbak beli dari amazon itu istimewa sekali ya. Tapi harganya setelah saya cek dengan rupiah...duh mahal sekali...

    Salam,

    ReplyDelete
  14. bagus jugak...berbaloi lah untuk carneyz dan dengan harga nya...tapi, saya suka warna tumbler yang lama tu...lawanya

    ReplyDelete
  15. Alaaaa...xde kat pasaran Malaysia...SA pun sama gak masalah kurang air..sehari SA perlu minum 2 liter..selalu 1.5 liter je...

    ReplyDelete
  16. hebat btul tubler pintar...1st time dgr...senang la nk monitor ye sbb ada data tu

    ReplyDelete
  17. Salam singgah!
    Wow, pestime sy nampak org review Tumblr pintar. Canggih betul barang2 zaman sekarang.
    Harap pasni ada keluar tumblr yg boleh sejukkan or panaskan air secara auto pulak heheh

    ReplyDelete
  18. smart sangat tumbler ni.
    ammi pun kalau nak minum banyak mmg kena letak air dalam bottle. kalau minum guna cawan mmg cepat je rasa penuh perut. kene sip pakai straw juga. ngada2 betul

    ReplyDelete
  19. isipadu air tu akan track per day ke? macam menarik pula tumbler ni

    ReplyDelete
  20. canggih bener tumblernya, aku baru tahu ada tumbler dengan tipe seperti ini
    bisa mengingatkan kita untuk rajin minum air putih ya
    aku aja kalau urusan minum air putih masih suka malas

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .