Bila dah jumpa port makan best ni, wajib la bawak BFFs aku makan kat sini haha. Biar gemuk sama-sama! 🤣 🤣
Macam hari tu jugak, kiteorang ambik set talam Qaseh sebab kombinasi lauknya sedap sangat. BFF aku Donna tambah sambal udang petai jugak. Apa lagi, bila makan dengan BFF yang sama-sama kaki makan ni, sedar-sedar dah 2 pinggan nasi! Tapi makan ramai-ramai ni syok dan makanan pun rasa lebih sedap dari sebelum ni hihi.
Ikan siakap bakar belum sampai lagi masa ni. Tengok la dieorang tu sampai 2 gelas air seorang ye! Aku minum air kosong bawak dari rumah je (konon-konon insaf sekejap lepas jumpa doktor) |
Kesimpulannya, kawan-kawan aku pun cakap tempat ni sedap walaupun nama restoran ni buatkan kawan aku susah nak lelapkan mata malam sebelumnya 😝. Bila dia bagitau suami dia nama restoran yang kiteorang nak pergi ni, reaksi suami dia sebijik macam aku jugak masa mula-mula nak ke sini - ha, biar betul nak makan tempat yang namanya pun dah ngutik kata orang Sarawak (ngutik = seram). Tapi lepas ni dia plan nak ajak suami dia ke sini pulak haha.
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati! |
Alhamdulillah BFF aku Donna belanja kiteorang kali ni. Semoga murah rezeki ko, Don! 🫶🏻 Sebagai balasan, aku dan Nurul hantar dia sampai ke KLIA. Puas la bersembang dalam kereta. Lepas tu sambung lagi lepak-lepak di kafe di KLIA sebelum dia masuk ke balai berlepas. Balik tu, aku naik KLIA transit ke Putrajaya Sentral lepas tu ambik MRT dan LRT balik ke rumah.
Breakdown harga tiket: KLIA ke Putrajaya Sentral (KLIA transit): RM8.50; Putrajaya Sentral - Titiwangsa (MRT): RM4.70; Titiwangsa - Sentul (LRT): RM2+. Senang nak ke KLIA sejak ada perkhidmatan MRT ni.
Nama jer seram kan..tapi dalam resto tak seram pun..cuma jangan pandang cermin kat dinding tu lama2..nanti nampak penampakan...ala penampakan diri sendiri....hehehehehehe.
ReplyDeleteBukak pintu je dah bunyi seram kak fzy hehe. Sedap makanan kat sini, paling suka daging salai masak lemak & ikan siakap bakar 😍
DeleteHe hee namaanya tu seram tp bila mkn hilang seramnya
ReplyDeleteBila makan hilang seram tapi seronok pulak!
Deleteseremmm nama restoran ni hahahha
ReplyDeleteNama je seram tapi makanan sedap! Hehe
Deleteamboi Carneyz dah repeat nih kak ana tak sampai-sampai lagi, tak leh jadi nih hehe :)
ReplyDeleteKena pergi sebelum tempat ni viral Kak Ana hehe
Deleteaduh wehh..seram dengan namanyaa...hahaha
ReplyDeleteNama seram tapi makanan sedap! hehe
DeleteCantiknya lantai marmar tu....
ReplyDeleteItu lantai jubin la Uncle... jubin banglo dulu2 hehe
DeleteKenapalah pilih nama paku dan pontianak
ReplyDeleteEntah la Wak. Supaya senang orang ingat kot hehe
DeleteMemang kalo tempat dah sedap, pastilah akan repeat. Kalo ajak teman atau sodara pun at least kita udah tahu seperti apa rasanya.
ReplyDeleteBtw, murah juga dari KLIA ke Putrajaya ya Carneyz. December ini saya kan ke Vietnam. Tapi transit di KLIA semalam.
Sebenarnya dah terpikir nak kluar, tapi kalo ingat harga kereta KLIA express bandara tuh saya ingat mahal rasanya. Kalo kereta yg ini jenis lain yaa? Jadi nak pula beli tiketnya, supaya bisa kluar sebentar dari bandara sekedar cari makan 😄
Kalau Fanny nak ke KL waktu transit, Fanny turun ke stesen KLIA Express di KLIA tapi beli tiket KLIA transit ke Putrajaya Sentral. Dari sana, Fanny jalan ke stesen MRT dan ambik MRT ke destinasi di KL yg Fanny nak pergi 😄 Tiketnya jauh lagi murah dari ambik KLIA Express langsung ke KL Sentral.
Deletekalau dh sedap pasti repeat dtg kn
ReplyDeleteAah, tak payah pening2 fikir nak makan kat mana bila dah tau kat mana sedap 😄
DeleteNampak sedap menu nya. Boleh masuk list. Senang kan commute dengan public transport eg LRT, MRT dll kan.
ReplyDeleteBetul kak Mulan. Mmg senang commute di KL ni.
Deleteseram tak Carneyz?kenapa ye dia letak nama macam tu
ReplyDeleteTak seram pun bila dah sampai sana hehe. Makanan sini sedap2 semuanya.
DeleteYang namanya kumpul bareng BFF pasti menyenangkan ya Mbak. Apalagi bertemunya di tempat makan favorit, dijamin asyik banyak cerita dan ditemani menu makanan yang sangat mengundang selera.
ReplyDeleteSemoga pertemanan nya untuk selamanya.
Salam,
Iya, kalau berjumpa dengan teman2 memang senang apa lagi bila acara makan2 sebegini hehe
DeleteMakan bareng-bareng itu memang asiik, tau-tau nasi habis dua piring😁apalagi bareng BFF,udah makanan enak, bercanda terus hehe
ReplyDeleteYa, bahaya bila keluar makan dgn kawan2 terus lupa dietnya hehe
DeleteNama dia catchy....makanan sure sedap sebab Carneyz repeat lagi.
ReplyDeleteMemang sedap sangat, menepati citarasa kiteorang. Kalau ada kawan2 dari luar KL mmg akan ajak makan kat sini je la. Tempat pun tak sesak dan selesa hehe
Deleteteringin nak merasa makanan kat sini. semoga harganya x menyeramkan poket sy lah. hehehe
ReplyDeleteHarganya bagi saya berpatutan Abe Kie. Tapi tak boleh la lawan makan di Kelantan hehe
Deletesapa tak happy dpt makan free kannnn hehehe
ReplyDeletewahhh dia nak pergi mana tu naik flight?
Kecik tapak tangan, nyiru kiteorg tadahkan hehe. Dia balik ke Sarawak sbb mmg based dekat sana. Dia ke KL kalau outstation je.
Deletenama cafe nya..serraammm..but sedap, ok la
ReplyDeleteBetul2... mmg seram tapi makan sedap hehe
DeleteDalam keseraman ada kesedapan yg tersembunyi .
ReplyDeleteHaha, harap2 bukan kak ponti yg masak 🤪
Deletebetul, ada MRT ni jadi mudah nak kemana-mana. kena pandai dan rajin membaca je
ReplyDelete