Tahun ni tarikh 16 September special sikit sebab ada dua cuti umum yang jatuh pada tarikh yang sama iaitu Maulud Nabi dan Hari Malaysia. Alhamdulillah, company Suami Terchenta bagi 2 hari cuti berturut-turut iaitu Isnin dan Selasa. Barulah syok sikit boleh jalan-jalan keluar KL 🤭.
Tapi sebelum tu, marilah kita menghayati sejarah Hari Malaysia.
Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan telah ditubuhkan dan lahirlah gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (dan Singapura) untuk membentuk sebuah negara iaitu Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita kena hargai sejarah penubuhan Malaysia sebab masa tu sangat la mencabar dan bukan sedikit tentangan terhadap hasrat Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Pemimpin-pemimpin negara jiran rata-rata tak setuju dengan penubuhan Malaysia sebab merasakan ianya satu ancaman. Bukan tu je, pemimpin-pemimpin tempatan di Sabah dan Sarawak pun ambil langkah berwaspada dengan menetapkan memorandum untuk melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak yang dipersetujui bersama (Perjanjian Malaysia 1963). Which is understandable, sebab masa tu Persekutuan Tanah Melayu masih baru ditubuhkan dan Sabah dan Sarawak tak berapa kenal lagi pun dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Tapi semuanya berjaya diatasi secara diplomatik dan lahirlah negara Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan kaum.
Proud Malaysian & proud Sarawakian... |
Bercakap tentang kepelbagaian budaya, baru-baru ni sekolah Khayla menganjurkan majlis penutupan bulan kebangsaan dan menggalakkan para pelajar datang ke sekolah dengan pakaian tradisional. Kebetulan aku ada baju tradisional Melanau, jadi aku pun suruh dia pakai baju Melanau siap dengan topi terendak Melanau ni.
Khayla posing sebelum ke sekolah |
Tak sangka petang tu dia balik sekolah dan bagitau dia terpilih sebagai pemenang pakaian tercantik! Alhamdulillah, rezeki Khayla dapat wang sebanyak RM25 dari pihak sekolah 👏🏻👏🏻.
Dapat anugerah pakaian tercantik sebab unik kot. Pelajar lelaki yang dapat anugerah pakaian tercantik siap pakai baju melayu lengkap dengan tengkolok |
Masalahnya anak aku ni kan, bila cikgu tanya, "Topi apa yang awak pakai tu?" Dia boleh jawab, "Tak tau, Cikgu." Padahal aku dah explain sebelum dia turun ke sekolah 🤦🏻♀️. Adoi la anak! Penting kita tahu budaya kita sendiri, tau.
Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia! Siapa lagi nak bangga dengan keunikan dan kepelbagaian negara kita kalau bukan kita sendiri? 😄
tuuu diaaaa pakaian tercantikkkkk
ReplyDeletetahniah!!!
patut dpt sijil. ada jg bukti kannn 😁
Mungkin sekolah buat suka2 je hehe. Selamat Hari Malaysia anies!
DeleteSelamat hari Malaysia...tahniah Khayla..
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia kak nohas 🇲🇾
DeleteUnik bajunya Carneyz dan siap topi lagi.
ReplyDeleteNi baju tradisional orang Melanau, sis. Memang lain dari yang lain sebab tu dapat pakaian tercantik kot 😄
DeleteCongraaats khayla 🎉🎉🎉🎉. Anak skr harus kita inform trus menerus ttg budaya daerah 🤣. Mereka tak macam kita dulu yg diajarkan sangat ttg budaya2 daerah setempat.
ReplyDeleteDulu zaman saya ada pelajaran bahasa daerah sesuai dengan lokasi sekolah. JD saya yg sekolah di Aceh, tentunya dpt pelajaran bahasa Aceh. Yg di Bali ada pelajaran bahasa Bali. Juga di Medan, Jawa etc.
Lalu ada pelajaran budaya. Belajar budaya setempat.
Tp kalo pelajaran masa sekarang, tak adoooo 🤣🤣🤣. Dah dihapus semua. Sayaaang sebenarnya. Tapi menteri pendidikannya ingin seperti itu.
Sayangnya... lama-lama anak2 akan lupa bahasa tempatan. Budaya itu kan identiti kita, jadi anak-anak kena tau supaya tak hilang identiti 😊
Deleteselamat hari msia!
ReplyDeleteMalaysia tetap di hati 🥰
DeleteTahniah Khayla, dia x ingat kot Carneyz...dia kan pemalu...
ReplyDeleteBudak2 ni klu benda yg dieorg tak minat takdenya nak ingat. Cuba benda yg dieorg minat haa... benda yg 3 tahun lepas pun dia boleh igt SA 😂
Delete