Sebelum kiteorang bertolak road trip ke Pantai Timur, Suami Terchenta decide nak hantar kereta ke bengkel untuk servis dulu. Yalah, bila nak berjalan jauh ni, kena pastikan kenderaan kita selamat supaya tak berlaku kerosakan dalam perjalanan kelak.

Kali ni Suami Terchenta tak nak hantar ke pusat servis Proton sebab last time kiteorang hantar kereta servis kat situ, perkhidmatan agak kurang memuaskan. Kalau hantar servis kereta di pusat servis Proton, kena bagitau secara detailed suruh periksa apa-apa, kalau tak takdenya la dieorang ada inisiatif nak periksa. Takde dalam SOP kot. Lepas tu bila suruh periksa kenapa lampu 'check engine' kiteorang menyala, boleh pulak dieorang kata kena tinggalkan kereta berhari-hari dekat situ sebab dieorang kena bukak segala macam dalam enjin tu nak periksa masalah tu. Sudahnya kiteorang cari je bengkel luar untuk servis kereta dan periksa masalah lampu 'check engine' tu.


Proton Exora
First time hantar kereta untuk servis di bengkel luar

Tapi bila hantar kereta kat bengkel luar pulak, haaa... terlebih inisiatif kau! 😅 Bukan setakat periksa lampu 'check engine' tu, brake pad, radiator, bateri, coolant semua dieorang periksa lepas tu satu-satu masalah dieorang hantar kat Whatsapp sambil tanya Suami Terchenta nak tukar ke tak?

Rupa-rupanya banyakkkkk masalah kereta kiteorang ni yang Proton tak pernah nak tolong check setiap kali kiteorang hantar servis. Kalau hantar servis kat Proton, dieorang cuma tukar minyak hitam je, kalau suruh check brake pad baru tukar brake pad. So segala macam masalah mak nenek yang lain dieorang tak pernah nak check kalau kita tak mintak dieorang check kan.

Jadi seharian tu Suami Terchenta dapat whatsapp dari mekanik - radiator bocor, hos radiator bocor, brake pad tayar belakang dah haus dan ada satu benda ni aku lupa tapi Suami Terchenta tunjuk satu paip ni sampai berlumut ye. End up 4 angka jugak la kena keluarkan kos untuk repair segala macam kerosakan yang accumulated over the years... Berpinar-pinar mata kiteorang dibuatnya 😵‍💫. Yalah, usia kereta kiteorang ni lebih tua dari umur Khadeeja (more than 12 years). Jadi macam-macam la dalam tu yang dah worn out kan. Cuma kalau la pusat servis Proton periksa benda-benda ni dan bagitau kiteorang apa yang kena tukar setiap kali kiteorang hantar kereta untuk servis, aku rasa takde la sekali harung kena keluarkan duit untuk repair / tukar benda-benda ni semua huhu...


Proton Exora
Kereta ni jarang-jarang bagi masalah tapi sekali dia 'sakit', fuhh...

Dan guess what, masalah 'check engine' tu sekejap je dia detect dan betulkan. Dia tukar fius kalau tak silap. Setel masalah. 

Mujur bulan ni Suami Terchenta ada rezeki lebih sikit untuk cover kos repair kereta ni kalau tak mau cancel terus road trip kiteorang sebab tetiba bajet lari kan huhu...

Suami Terchenta kata lepas ni dia akan hantar servis kereta dekat bengkel ni je. Lagi puas hati sebab lebih teliti dieorang check kereta. Pagi hantar, petang dah boleh ambik dan semua masalah setel. Lagipun semua benda boleh buat kat bengkel ni dari tukar tayar, minyak hitam, bateri sampai la check enjin kereta semua boleh buat di bengkel yang sama. Kira one-stop service centre la. Senang macam ni.

28 comments:

  1. Alhamdulillah pergi service b4 road trip tu. Kalau apa² berlaku dlm perjalanan lagi haru kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, cuma tak syok bila tau total cost semuanya cecah 4 angka. Baru ingat nak memborong sakan di Pasar Payang & Pasar Siti Khadijah 🤭

      Delete
  2. Banyak juga kena tukar tu. Ok la selamat dalam perjalanan. Mujur check dulu siap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Cie, tu yg geram sebab kiteorang selalu hantar servis di Proton tapi tak pernah pulak dieorg check detailed mcm ni. Kalau tak, takde la sekali harung kena tukar semua.

      Delete
  3. Selalunya macam tu lah. Bagus lah ada servis yang teliti.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semua urusan service kereta siap sebelum bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Payah kalau tengah jem tiba2 kereta breakdown tepi jalan ke. Lebih baik pastikan kenderaan selamat sebelum bertolak.

      Delete
  5. Agak aneh juga yg service centre proton malah tak teliti kalo check. Saya selama ini selalu bawa mobil service di Toyota centre Krn justru di pusatnya lebih teliti. Tiap kali service 6 bulan sekali, selalu dicek semua. Krn itu suami LBH suka di bengkel resmi Toyota drpd di bengkel luar.

    Justru kalo di sini , bengkel luar terkenal suka mencekik harga. Pernah dulu spare part seenaknya mereka ganti pdhl tak perlu. Yg buat kesal, sebulan kemudian rusak lagi 🤣. Makanya LBH suka di bengkel resmi Toyota punya. Ada garansi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la Fanny. Mungkin sebab banyak sangat kenderaan yang perlu diperiksa atau tiada dalam SOP dieorang. Bengkel luar yg kami hantar tu nampak ok, semua masalah mekanik ambik gambar dan video hantar ke whatsapp tanya dulu mau tukar ke tak.

      Delete
  6. Seriuslah, Proton macam tu? Bukan patutnya ada dalam jadual mana2 servis pun, setiap 10,000km tu apa yg nak kena check dan tukar? Mujurlah jumpa bengkel yg tepat. Semoga baik2 saja kereta yg dah habis hutang ni, seronok kalau tak ada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la SK, pengalaman kiteorang kalau tak bagitau apa nak kena check (selain dari minyak hitam, minyak gear) dieorg tak check pun. Tu yg malas dah hantar ke servis centre, hantar bengkel luar je.

      Jarang2 kereta kiteorang ni bermasalah, sebenarnya elok pun boleh jalan lagi cuma takut je jadi apa2 sebab masalah dalaman ni tak boleh expect tiba2 je boleh berlaku.

      Delete
  7. Tak apa lah benda jarang2 berlaku.. tapi seklai kena 4k tu.. berpeluh juga tgn nak bayar tu .. apa pun syuukur byk benda yg lama dan rosak dpt dibaiki.. barulah dpt pergi bercuti dgn tenang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan 4k tapi 4 angka hehe. Kalau 4k hmm... takpelah duduk rumah je la cancel plan cuti sekolah hehe.

      Delete
  8. Nk jalan jauh nang mok x mok servis keta... mun dh servis br rs kompiden nk jalan jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok yalah tek. Kmk org dolok masa diam di Bintulu giya juak, mun mok balit Samarahan hantar kereta gi servis dolok baru jalan. Di Sarawak bukan kedak di kl ada R&R and peronda lebuhraya tolong mun kereta breakdown. Sebab ya dah terbiasa bila mok jalan jauh jak mesti hantar kereta pegi servis dolok.

      Delete
  9. kalau husband ammi pun mmg dia sanggup naik KL dan hantar kereta ke satu mekanik di Bandar Tun Razak...dah bertahun dengan apek tu kot. Dia jenis kalau perlu tukar baru dia tukar, kalau takat boleh repair dia repair je. "lu punya duit bukan angkat itu pokok sana", katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya apek tu. Bengkel kiteorang hantar ni pun mcm ok je. Ada yang dia kata tak ganti sekarang pun ok lagi tapi suami saya malas nak fikir panjang kebetulan tengah ada duit ganti je la sebelum melarat.

      Delete
  10. yg penting keta dlm keadaan selamat dan tip top!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setuju dgn MZ. Barulah dapat road trip dengan aman 😄

      Delete
  11. Selalu memang mcm tu, hanta bengkel luar... Segala mcm rosak... Linda pun hanta servis dekat perodua servis je... Cuma, untuk waranty jelah.. Nanti habis waranty, servis luar lah jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta kiteorg mmg dah lama habis warranty tapi igtkan hantar ke authorised service centre ni lagi elok dari hantar kat luar tapi hmm... lepas ni continue hantar kat bengkel luar je.

      Delete
  12. nasib baik service sblom trip tu kan....ini la perkara yang kita perlu korbankan bila pakai kereta kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, SA. Kalau nak beli kereta kena fikirkan jugak kos nak servis & harga alat ganti sekali, sebab tu kiteorg pilih kereta tempatan je masa nak beli kereta dulu. Kereta first kiteorg ialah Perodua Kancil tapi bila anak nak masuk 2 org, upgrade ke Proton Exora smp skrg belum terfikir nak tukar sbb masih elok.

      Delete
  13. mungkin masa overhaul baru depa check semua....Alhamdulillah, check seblum road tour, hati senang, fikiran tenang nak berjalan jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kiteorg hantar dekat bengkel kedai Intercontinental Sentul Boulevard. Servis kat sana lebih puas hati sbb semua benda dieorg check.

      Delete
  14. perodua pun sama jugaaaa.... esp yg area KL ni
    penah hntr kat perodua melaka. yg ni sy puji sebab mcm2 diorg check.
    smpi tayar krg angin pun dia tanya nak pam kan ke tak...
    bengkel2 biasa sy x penah try lg sbb x yakin
    kalau ada org lelaki tlg tu lain laa...
    tkt dgn org pompuan ni mcm2 pula dia chong kan kite hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh igtkan proton service centre je mcm tu. Rupa2nya tempat lain pun sama. Kalau saya seorang pergi mungkin tak confident nak bawak ke bengkel luar takut kena chong jugak 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .