Tahun ni kiteorang gigih la datang menonton acara perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 di Dataran Putrajaya. Siap tempah bilik hotel lagi sebab nak pergi tengok acara perbarisan secara langsung buat pertama kalinya dalam seumur hidup. 

Since kiteorang baca pengalaman orang yang pergi tahun lepas, rata-rata kata kena datang awal sebelum Subuh dan jalan confirm la sesak giler, jadi kiteorang buat keputusan untuk naik motor je dari KL ke Putrajaya. Hari Jumaat lepas solat Maghrib, kiteorang pun bertolak dari rumah dan sampai ke hotel di IOI City Putrajaya dalam 45 minit kemudian. Malam tu kiteorang semua tidur awal, tapi aku tak berapa lena tidur sebab tengah uzur dan agak heavy kali ni. Dua kali bangun untuk ke tandas. Sudahnya pukul 5 pagi bangun rasa macam tak cukup tidur, tapi gagahkan diri jugak untuk bangun sebab excited nak pergi tengok acara perbarisan.

 
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Gigih tidur kat hotel dan naik motor pagi-pagi lagi nak ke Putrajaya!

Dari IOI City Mall ke Dataran Putrajaya mengambil masa kira-kira 20 minit. Tu pun sebab boleh menyelit-nyelit di celah-celah kereta. Kalau yang naik kereta aku rasa mau 40-50 minit baru sampai. Tapi sampai kat Putrajaya sebelum ke Jambatan Seri Wawasan, jalan ditutup dan motor semua diarah untuk parking tak jauh dari jambatan. Kena pandai-pandai la menyelit celah mana sebab masa ni parking motor tu pun dah hampir penuh sampai berlapis-lapis parking.


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Pukul 5.20 pagi pun dah ramai orang yang datang

First thing first, mesti la kena singgah di masjid untuk solat Subuh. Dari tempat parking motor ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kiteorang kena menapak hampir 2km. Dengan tak cukup tidurnya, dengan uzurnya, uish... belum mula acara perbarisan lagi aku dah kepenatan 😵‍💫.


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Sementara anak-anak dan Suami Terchenta solat, aku duduk menunggu di tepi masjid

Dah selesai solat Subuh, barulah kiteorang bergerak ke Dataran Putrajaya. Tu pun kena menapak jauh lagi sebab kebanyakan tempat dah penuh. Akhirnya kiteorang dapat tempat kosong di tempat mula acara perbarisan. The good thing about our spot is belakang tu ada food trucks so boleh la beli makanan dan minuman untuk sarapan pagi sementara menunggu acara perbarisan bermula.

Dalam pukul 7.40 pagi macam tu, barulah program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku selepas ketibaan DYMM YDPA, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar, diikuti dengan lafaz ikrar yang dipimpin oleh wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa. Selepas lafaz ikrar, laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali dilafazkan dan diikuti oleh semua yang hadir dengan penuh semangat, termasuklah kiteorang.


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Ramai-ramai mengangkat tangan sambil melaungkan 'Merdeka'

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang selepas tamat laungan 'Merdeka'


Lepas tu barulah acara perbarisan dimulakan. Aku tak sempat nak ambik gambar semua tapi ni antara kontinjen perbarisan yang aku sempat snap. Korang baca je la caption gambar-gambar ni ye:


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Macam biasa, syarikat telco mesti bawak maskot masing-masing

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Atas: Tak kenal pun pelakon-pelakon yang naik bas Astro tu.
Tengah: Kalau tak kenal Upin & Ipin, mesti baru balik bertapa dari gua selama 100 tahun kot.
Bawah: Buat pertama kali penghantar Grab join acara perbarisan merdeka jugak

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Atas: Tengah bincang macamana nak bawak kuda lalu celah-celah orang ramai.
Bawah: Selain dari Grab, perarakan Chingay pun julung kali jugak join perarakan tahun ni

Yang ni pulak penyertaan dari agensi penguatkuasaan:


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Atas: Dari National Scam Response Centre. Masa ni ramai-ramai jerit - 'Tangkap scammer tu, bang!'
Tengah: Ni JPA zaman bila entah.
Bawah, kiri: Oyen pun join perarakan tahun ni, kanan: Abam JPA pun nak glamer jugak

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Amboi, abam JPJ pun nak bersaing dengan abam Bomba tahun ni, semua sado-sado jambu-jambu belaka


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Ni crowd favourite - Abam Bomba. Yang kelakarnya yang paling kuat jerit 'Abang Bomba!' ialah dari penonton lelaki 🤣

Tengah berdiri di khalayak ramai sambil ambik gambar, tiba-tiba aku dapat alert dari Apple Watch - 'Your heart rate rose above 120bpm while you seemed to be inactive for 10 minutes'. Mak ai... patut la aku rasa pening-pening lalat, rasa nak terhuyung-hayang je. Bukan sebab tengok abang bomba tau, tapi sebab lupa bawak ubat malam sebelum tu, tak cukup tidur, period heavy, too crowded tak cukup oksigen... So Suami Terchenta kata balik je la. Dia takut aku terpengsan pulak kat situ.

Dengan berat hati kiteorang terpaksa balik sebelum acara perbarisan sampai ke kemuncak. Aku singgah di masjid sebab nak ke tandas, time ni la pulak jet pejuang dan helikopter lalu atas masjid! So tak dapat la aku tengok pertunjukan jet pejuang di udara. Betul-betul terkilan tapi tu la, bukan rezeki namanya.

Masa berjalan kaki balik tu heart rate aku yang biasanya kalau berjalan dalam lingkungan 90+ ke 119 bpm, naik mendadak ke 130 - 150+ bpm. Dah la kena menapak jauh! Kena jalan slow-slow, so sempat lagi ambik gambar trak tentera lalu di Jambatan Seri Wawasan:


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67
Tentera dan aset tentera. Ramai yang berkerumun tepi jalan sambil melambai dan ambik gambar

Khayla yang paling enjoy tengok acara perbarisan ni sebab dia ni memang ada semangat patriotik yang tinggi. Khadeeja pulak kurang feel sikit sebab orang kat depan dia tu tinggi, so dia tak nampak sangat pun acara perbarisan kat depan.

Aku rasa cukup la sekali je pergi tengok acara perbarisan ni sebab lagi best tonton di televisyen, lain la kalau dapat tempat duduk yang strategik. Nak dapat tempat duduk strategik kena datang tengah malam dan tidur dekat situ, which aku rasa tak sanggup la weyh. Haha.

32 comments:

  1. Thanks for sharing. Seronok tengok semua foto. Kami tak pergi tahun ni sebab banyak hal. Takut stucked dalam crowd nak balik macam tahun lepas. Tapi dapat tengok sebahagian airshow dari porch rumah. Alhamdulillah kebetulan aircraft tu lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya siapa yg duduk dekat area Putrajaya boleh tengok airshow dari porch rumah je hehe

      Delete
  2. wah...semangat sungguh sayang sbb x dpt stay sampai abis.. x pe.. yg penting kesihatan tu kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah rasa terkilan sikit MA sebab tujuan utama saya join tahun ni nak merasa suasana live masa pertunjukan udara tu tapi takde rezeki pulak hmm... Ye nervous jugak bila heart rate tiba2 naik.

      Delete
  3. Selamat hari kemerdekaan....saya juga suka nonton parade pawai, ..jalan jadi ramai dan tumpah ruah dengan berbagai atraksi,meriahlah pokoknya, hiburan buat rakyat,cuman jadi macet 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mreneyoo. Ya, seronok tapi penat hehe. Bukan selalu kan.

      Delete
  4. Wahhh.. salute la Carneyz sekeluarga. Kesian tak dapat tengok sampai habis tapi takpe, demi kesihatan yang lebih utama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SK, takut terpengsan pulak bila dah mula pening2 tu. Balik hotel kena baring dulu baru heart rate jadi elok balik.

      Delete
  5. SA sebenarnya x pernah pi tengok secara live tapi pernah join perarakan kereta berhias, duduk atas kereta berhias sambil lambai- lambai..hahaha...ada gak plan nak ajak diorang ni pi tgok kat Putrajaya tapi fikir balik crowd ramai macam tu...erm..tgok kat tv je la..semangat patriotik kat rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang dah lama dalam bucket list saya nak join tengok perarakan hari merdeka dari dulu lagi haha. Masa buat kat KL tak pernah pegi tengok, sanggup pulak nak pergi yg dekat Putrajaya ni.

      Delete
  6. Seronoknya. Meriah sambutannya. Eh Abang Bomba masih beraksi ye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni ada saingan katanya... abang askar pun tak kurang hebat tunjuk sado hahaha

      Delete
  7. Kita tengok dekat TV je.. Niat nak pergi.. Tapi, tak nak bersesak2.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulannya tengok dekat tv lagi puas hati Linda hahaha

      Delete
  8. bagus nya. sekali seumur hidup mmg kena buat kan. akak pun tak pernah. lagi ni dah tak larat lutut. mmg tidak la tu.
    so balik bilik boleh rest ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, cukup la sekali je pegi hehe. Next year tengok dekat tv je. Boleh tengok sambil baring-baring lagi selesa hihi

      Delete
  9. Betul..yang berjiwa kental sahaja nak dapat spot terbaik akan tidur semalaman di situ. Tahniah pada mereka..dan tahniah pada carneyz dan family sebab sama2 take part meraikan sambutan hari kemerdekaan. Kalau sis..memang tengok kat TV jer la...hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk dekat IG, siap solat subuh dekat seat sebab taknak orang ambik spot dia kan hehe. Tahun depan plan nak tengok depan tv je la sebab dah merasa tengok live, syok lagi tengok kat tv dpt nampak semuanya.

      Delete
  10. nasibaik ada moto bole nyelit2 gk tp mmg hebat la sbb tgh period heavy tu nk pi tgk perbarisan...kalo akak time period heavy mmg terbaring je la...apa2pn pengalaman manis tu walaupun tk dpt tgk smp abis kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sebab dah plan nak bawak budak2 tengok tahun ni, ingatkan tak heavy mcm selalu sejak ambik pil perancang ni kan. Sekali tengok kali ni heavy pulak. Sayang tak boleh tengok sampai habis, especially part airshow tu.

      Delete
  11. Aaaahhhh... Makna nya tak betul la ada 'orang' cakap yang pegi sana tak sembahyang subuh.... Pandai-pandai je diorang tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kot yang tak sembahyang tu hihi. Ramai je orang solat Subuh termasuk yang join perbarisan pun solat subuh di Masjid Besi tu.

      Delete
  12. Tahun lepas ya saya ada tengok perbarisan kat Putrajaya dengan Dania. Tahun ni taubat nak buat lagi sebab kena bangun jam 3 pagi. Bertolak ke Putrajaya sebelum jam 5 pagi sebab jalan tutup jam 5. Dah suami drop...saya dan Dania solat kat masjid besi. Tunggu masjid buka pagi tu baru dapat masuk. Nak kata spot menarik....depan semua dah ada org. Dengan mengantuk lagi. Cumanya bila nak balik dapat lambai permaisuri agong (pahang) dengan dpt salam ....kak wan...kak wan.....DS Wan Azizah. Bila fikir balik haaa??? Kak Wan jer panggil....hehehe....

    Nak balik tu suami ambik lewat sikit sebab jalan nak masuk putrajaya sesak. Tapi tu la....at least sekali kita experience kan....eh bukan sekali...2 kali dah cumanya kali pertama sebab nak cheer sekolah dania bawa bendera negeri utk perarakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Experience sekali pun dah cukup. Wah, 3 pagi dah keluar rumah ye. At least dapat la lambaian dari permaisuri agong dan dapat salam dgn DS Wan Azizah. Kiteorang ni dapat tengok dari jauh je. Tapi terasa la semangat patriotik time menyanyi lagu negaraku dengan bacaan ikrar rukun negara tu.

      Delete
  13. gigih betul!! terbaek laaa! salam hari kemerdekaan yg ke 67!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni je la gigih MZ. Tahun depan tengok kat TV je la hahaha!

      Delete
  14. Aisssh paham rasanya. Kalo berada dalam kerumunan yg padat sangat, sayapun pentiiing. Makanya saya tak suka tempat2 crowded macam konser atau apapun.

    Beda perayaannya dengan di sini yaa. Tiap 17 Agustus acara utamanya dah pasti upacara bendera di istana negara. Yg paling ditunggu pastinya paskibra (pasukan pengibar bendera). Krn ini diambil dari murid2 teladan setiap sekolah di seluruh Indonesia. JD yg terpilih pastilah bangga karena akan diliput televisi dan media.

    Cuma THN ini upacara bendera diadakan di Nusantara IKN, ibukota baru . Dah bukan jakarta lagi capital Indonesia 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dah tukar lokasi ke Nusantara ya? Wah, barangkali kalau saya dah pindah balik ke Sarawak boleh la road trip ke capital Indonesia yang baru 😅

      Saya memang tak suka / tak tahan dengan tempat crowded. Tapi pagi tu memang seribu satu masalah - period heavy, tak cukup tidur, tak makan ubat malam sebelumnya sebab lupa bawak... 😵‍💫

      Delete
  15. pernah sekali tgk yg kat Dataran Merdeka..mmg lain rasanya tgk live dengan tengok kat TV...terasa kemeriahannya bila ramai2...tapi itulah, crowded space tu yg x tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah tapi tak berapa enjoy bila pandangan tersekat dengan orang yang berdiri dekat depan kita. Rasa lebih puas bila tengok dekat kaca tv sebenarnya hehe

      Delete
  16. alaaa sayangnyaaaa
    awal sangat tu baliknya
    air show tu laa yg paling best
    deruman pesawat mmg bikin putrajaya bergegarrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu laaa... tapi klu stay takut pengsan pulak sebab mmg rasa badan dah nak melayang time tu. Tup2 masa dalam toilet la pesawatnya nak lalu 😅 Memang takde rezeki sungguh nak tengok air show live.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .